Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Ayer Hitam, Johor merupakan petunjuk penting kemenangan HARAPAN mengambil alih Putrajaya kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.Menurutnya, pengumuman DAP menurunkan Liew Chin Tong di kubu kuat MCA yang diwakili Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong baru-baru ini bukanlah pertembungan antara dua personality sebaliknya perlawanan antara BN dan rakyat.
“Kalau Liew Chin Tong menang, Pakatan akan menang Putrajaya. Kita takkan menang Putrajaya kalau kerusi seperti Ayer Hitam (kubu MCA) tidak dimenangi.“Ini bukan perlawanan peribadi antara dua personaliti. Ini adalah perlawanan untuk masa depan Malaysia di mana BN mendokong dasar-dasar merugikan rakyat seperti GST, skandal dan sebagainya.“Oleh sebab itu, kita hantar general DAP supaya dapat memastikan masa depan dapat dimenangi. Kerana kalau tak menang Ayer hitam, kita berkemungkinan tak menang di Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP sebentar tadi.
Guan Eng berkata demikian ketika melancarkan tabung kempen gerakan Selamatkan Malaysia khusus bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam.Ketua Menteri Pulau Pinang itu menaruh keyakinan terhadap gelombang kesedaran rakyat Malaysia khususnya daripada masyarakat Melayu yang semakin jijik dengan dasar-dasar yang menekan rakyat.“Beliau (Chin Tong) sedia membuktikan hujahnya bertanding di kawasan bahaya sebagai satu contoh kepimpinan melalui tauladan.“Satu contoh beliau yakin tentang gelombang ini yang akan bukan sahaja menghanyutkan BN tapi pada masa yang sama menyelamatkan Malaysia.
“Kita perlukan perubahan dan sokongan daripada BN kepada PH di kalangan orang Melayu. Jika tidak, keadaan (negara) akan semakin sukar,” katanya lagi.Mereka yang mahu menyumbang boleh terus melakukan transaksi melalui akaun bank berikut:Bank: Public Bank, No Akaun: 3101109707 (DAP Johore State Committee)
Nampaknya semakin ramai bekas pemimpin dan veteran UMNO menzahirkan kegusaran mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal mega kehilangan puluhan billion dana berdaulat negara 1MDB yang cuba disorok dari pengetahuan rakyat.Antara tokoh dan veteran UMNO yang telah menyuarakan kegelisahan dan kritikan mereka terhadap sikap berdiam diri dan dolak-dalik Najib menangani isu 1MDB bermula apabila bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyindir kerajaan kerana gagal menjejak kapal mewah Jho Low yang didakwa mempunyai hubungkait dengan dana 1MDB.
Tindakan itu disusuli dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Rais Yatim yang memuat naik status twitter mempersoal telatah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak yang galak mempertahankan Jho Low berbanding mencari kebenaran di sebalik rampasan kapal mewah ahli perniagaan tersebut.Terkini, Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Mustapha Yaakub pula membuka mulut dan mendakwa mereka yang menyokong Jho Low sebagai pengkhianat kepada parti dan negara.
Bagaimanapun menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, segala kegelisahan yang disuarakan rakyat mahupun pemimpin veteran dan akar umbi UMNO itu telah sengaja dipesongkan dengan isu-isu lain.Akhirnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi “serangan jahat bertali-arus oleh tentera siber UMNO” mengingatkan kepada serangan yang dibuat ke atas hartawan Tan Sri Robert Kuok baru-baru ini katanya dalam kenyataan hari ini.“Tetapi ini tidak menyebabkan Rais ataupun Rafidah berasa gentar dengan kritikan mereka terhadap menteri dan pemimpin UMNO yang menjadi apoligetik serta membela skandal 1MDB dan Jho Low.
“Saya menyeru Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan UMNO supaya mempedulikan suara-suara pemimpin veteran UMNO seperti Rais Yatim dan Rafidah,” katanya lagi. – Roketkini.com