Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini membangkitkan persoalan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil tindakan saman terhadap media antarabangsa di atas dakwaan salah laku penyelewengan dana melibatkan 1MDB. Sedangkan, beliau tidak pula teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Pakatan Harapan dan beberapa portal atas talian dalam negara ini.
Menurutnya, sejak digemparkan dengan pendedahan Wall Street Journal pada Julai 2015 lalu, Najib pada 5 Julai 2015 dilapor media mengumumkan untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar terbabit pada Selasa minggu yang sama. “Semua media kita pada 5 Julai 2015 melaporkan Najib akan saman WSJ pada hari Selasa. Kabinet Najib juga telah memberi sokongan penuh kepada beliau untuk menyaman WSJ malah setiausaha politiknya juga menganggap dakwaan WSJ itu sebagai ‘jenayah fitnah’.
“Tetapi, Selasa demi Selasa berlalu tanpa sebarang tindakan,” kata Nie Ching. Pendakwaan serius ‘rompakan’ dana berdaulat negara 1MDB itu makin menjadi-jadi apabila beberapa media antarabangsa lain turut membuat pendedahan. Majalah Tempo baru-baru ini membuat laporan eksklusif 12 mukasurat berhubung rampasan kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low yang ‘Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak.’
“Sekarang, majalah Economist dan MSNBM secara terang-terangan mendakwa najib sebagai ‘pencuri’. “Jika Robert Kuok mahu menyaman Raja Petra kerana memburukan namanya, mengapa tidak Najib? Seorang yang memimpin 32 juta rakyat Malaysia yang juga pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia. “Mengapa beliau enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa jika laporan mereka fitnah dan berniat jahat?” soalnya lagi. – Roketkini.
Tun Dr Mahathir Mohamad: Peneroka FELDA pun dah bangkit, apakah anda tunggu lagi?
Seluruh negara berasa aneh dengan sikap yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memilih untuk berdiam diri dari menjawab atau mendakwa media antarabangsa yang menggelarkannya sebagai ‘pencuri’.Satu demi satu persoalan muncul, sekiranya Najib berani mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Pakatan Harapan dan media tempatan berhubung perkara itu, mengapa pula tidak media asing? Persoalan ini semakin menimbulkan kecurigaan kepada rakyat Malaysia tentang kejujuran Perdana Menteri menangani dakwaan ‘kecurian’ dana berdaulat negara melibatkan 1MDB.
Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, kelantangan media antarabangsa itu menggelar Perdana Menteri negara ini sebagai ‘pencuri’ merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah 61 tahun negara. “Apakah Najib akan saman? Apakah PM Malaysia akan membersihkan nama dan reputasi beliau, bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk negara Malaysia dan 30 juta rakyatnya? Katanya, dua hari berturut-turut antarabangsa iaitu The Economist dan MSNBC menggelar Perdana Menteri sebagai ‘pencuri’.
Laporan The Economist pada 8 Mac lalu dalam artikel bertajuk “Stop, thief! Malaysia’s PM is about to steal an election” mendakwa Najib sedang ketakutan kerana pengundi mungkin tidak lagi akan memilih Barisan Nasional (BN). Laporan itu turut menyentuh skandal 1MDB dan pelbagai helah Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya termasuk melakukan persempadanan semula. Pada 9 Mac 2018 pula, pengacara Rachel Maddow turut menggelar Najib ‘pencuri’ dalam rancangan “The Rachel Maddow Show” siaran MSNBC.
Pengacara terkenal itu juga menceritakan secara terperinci mengenai permulaan skandal 1MDB sehinggalah ke perkembangan mutakhir melibatkan rampasan kapal pesiaran mewah Equainimity milik Jho Low di Bali, Indonesia. Kit Siang berkata, skandal 1MDB bukan sahaja dilaporkan dalam media barat di Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Eropah tetapi juga oleh media negara Asean seperti di Majalah Tempo, Indonesia. “Najib tidak boleh terus bersikap mendiamkan diri seolah-olah matanya tidak melihat, telinga tidak mendengar dan mulut tidak mampu bertutur.
“Beliau tidak mempunyai pilihan selain membersihkan nama beliau dan juga nama negara ini,” kata beliau dalam kenyataan baru-baru ini. – Roketkini.com
有关一马公司的动议在其他国家的国会里提呈和受到辩论,但唯独不在马来西亚。举例来说,在英国下议院里,工党的卡嫩河谷(Cynon Valley)国会议员安克卢伊德(Ann Clwyd)在去年7月提呈了一项早期动议(early day motion),动议的内容如下:“本院已经对有关从一个马来西亚发展有限公司挪移数十亿美元的指控警觉,这是一家主旨为推动马来西亚经济发展的国营投资公司,由现任马来西亚首相纳吉拉萨所创立。”
在美国,参议院的银行、房屋及城市事务委员会在今年1月针对“打击洗钱及其他违法金融形式”召开听证会, 美国副助理总检察长(刑事部门)M. Kendall Day 在供证时,做出了以下和一马公司丑闻相关的陈述:“这些贪腐官员和他们的伙伴从2009年到2015年之间,透过四个阶段从发展基金拿取了逾45亿美元的资金。”“这些资金是透过不明汇款和诈骗性的空壳公司(而它们的银行账户遍布全世界,其中包括了瑞士、新加坡、卢森堡和美国)的复杂网络来洗钱的。”