Harga barang mahal? Kos sara hidup tinggi? Rakyat tak nak GST? Saksikan Pelancaran MANIFESTO PAKATAN HARAPAN
Pakatan Harapan (HARAPAN) malam ini melancarkan manifesto 138 halaman yang antara lain, memperincikan rancangan pakatan pembangkang menangani kenaikan kos sara hidup, jika menawan Putrajaya.
Tawaran paling popular adalah menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun manifesto itu memasukkan beberapa langkah lain yang tidak diterbitkan sebelumnya.
Antaranya termasuk rancangan mengurangkan cukai eksais bagi mereka yang membeli kereta pertama.
Dasar ini adalah untuk kereta di bawah 1600cc dan bagi pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
Manifesto itu juga memperkenalkan kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada kumpulan sasaran.
Subsidi bahan bakar akan diberikan untuk motosikal dengan enjin di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1300cc.
HARAPAN juga akan memperkenalkan pas masuk RM100 di kawasan bandar bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Selain itu, gabungan itu juga mengulangi rancangan untuk menghapuskan tol dalam beberapa fasa.
HARAPAN juga mencadangkan pelbagai langkah untuk menangani kos sara hidup, termasuk kos penjagaan kesihatan.
Ia merancang untuk memperkenalkan baucar tahunan RM500 bagi membolehkan mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 mendapatkan penjagaan kesihatan asas di klinik.
Manifesto itu juga mencadangkan peningkatan pendapatan boleh guna dan simpanan penduduk.
Antara mekanisme dicadangkan adalah menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pindidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga peminjam mencapai gaji sebanyak RM4,000.
Kerajaan HARAPAN juga akan menawarkan insentif cukai kepada majikan untuk membantu membayar pinjaman PTPTN kakitangan mereka tanpa potongan gaji.
Selain itu HARAPAN juga mahu meningkatkan gaji minima kepada RM1,500 dan menyelaraskannya antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
HARAPAN juga memperkenalkan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah di mana potongan akan dibuat menerusi caruman suami mereka yang bekerja sebanyak 20 peratus.
Sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah, kerajaan HARAPAN juga akan menyumbangkan sebanyak RM50 sebulan kepada KWSP mereka
Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengurangkan kuasa perdana menteri sekiranya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Perkara itu dinyatakan berdasarkan manifesto parti pembangkang itu yang dilancarkan di Shah Alam malam ini.
Dokumen itu memperincikan beberapa mekanisme bagi mengekang kuasa perdana menteri dan parlimen memainkan peranan penting dalam melaksanakan prinsip semak dan imbang,
Selain mengehadkan tempoh dua penggal perdana penteri, HARAPAN juga akan menyekat pemegang jawatan itu daripada memegang sebarang portfolio lain.
Ia juga akan mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri daripada RM17 bilion kepada RM8 bilion dan mengurangkan 10 menteri di jabatan itu kepada tiga orang.
Beberapa agensi dalam Jabatan Perdana Menteri juga akan dipindahkan dan ditempatkan di bawah kementerian yang berkaitan.
SPRM direformasikan
Semua pelantikan pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman, yang sedang dilaksanakan mengikut budi bicara perdana menteri, perlu diluluskan parlimen.
SPR juga akan diletakkan di bawah kuasa parlimen sementara SPRM akan dinaik taraf kepada suruhajaya penuh yang diiktiraf oleh perlembagaan persekutuan.
Begitu juga, SPRM juga akan bertanggungjawab kepada parlimen.
Di samping semak dan imbang terhadap kuasa perdana menteri adalah reformasi institusi dan politik.
Pejabat pendakwa raya akan diasingkan daripada pejabat peguam peguam.
Di bawah susunan baru, peguam negara akan merupakan anggota parlimen dan seorang menteri, sementara pendakwa raya pula adalah bebas.
Pembangkang diberi kuasa
Parlimen juga akan diberikan autonomi manakala menteri pembangkang akan mempunyai keistimewaan yang sama dengan seorang menteri.
Jawatankuasa pilihan parlimen juga boleh memanggil menteri dan penjawat awam tertinggi untuk disoal.
Selain itu, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam akan diketuai oleh anggota parlimen Pembangkang.
Langkah-langkah lain juga akan diperkenalkan untuk melaksanakan semak dan imbang terhadap Speaker Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.
Seseorang anggota parlimen dan senator boleh merujuk kepada jawatankuasa aduan jika mereka merasakan keputusan oleh speaker atau Yang Dipertua Dewan Negara adalah tidak adil.
Laporan juga akan dikeluarkan setiap tahun bagi anggota parlimen yang menduduki lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma lain serta jumlah elaun yang mereka terima.
Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto 138 muka surat yang dilancarkan malam ini berjanji untuk menyelesaikan masalah monopoli di negara ini.
Menurut manifesto berkenaan, antara lain monopoli oleh syarikat seperti BERNAS dalam pengeluaran beras, Astro dalam sektor penyiaran dan lain-lain akan dikaji semula.
Begitu juga, HARAPAN dalam manifestonya berjanji akan berusaha memecahkan monopoli ubat-ubatan.
Gabungan itu berkata ia akan menggalakkan persaingan kesihatan agar pengguna memperoleh ubat dengan harga yang kompetitif.
HARAPAN menambah ia juga akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan matlamat menghapuskan tol secara beransur-ansur.
Bagaimanapun, ia memberi jaminan bahawa syarikat konsesi akan diberi pampasan sewajarnya.
Mengenai pelaburan asing, HARAPAN berkata ia akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-negara Asia lain walaupun sebelum ini mengkritik langkah diambil BN.
Bagaimanapun, ia berkata kajian semula akan dijalankan ke atas pelaburan sedia ada, terutamanya yang melibatkan projek mega.
“Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-nagara Asia yang lain, setelah semua perjanjian projek mega yang diumumkan sebelum ini diteliti semula untuk memastikan tiada salah laku dan rasuah,” katanya.
HARAPAN menambah gabungan itu mahu memastikan pelaburan berkenan akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia termasuk perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera.
Menyedari lawan utamnya adalah Umno, Pakatan Harapan (HARAPAN) menyenaraikan isu-isu yang dekat dengan masyarakat Melayu dalam manifestonya.
Posted by Kini YouTube on Saturday, February 24, 2018
Tetapi pada masa yang sama, gabungan itu juga memasukkan tuntutan yang telah lama dibuat oleh masyarakat Cina dan India.
Sebagai contoh, HARAPAN akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diambil di sekolah persendirian Cina untuk memasuki universiti awam. Ini dengan syarat bahawa pelajar mesti mendapat kredit dalam Bahasa Melayu.
HARAPAN dalam manifestonya juga mengambil langkah untuk mengangkat isu-isu masyarakat India.
Video : Bekas Pengerusi SPR sudah marah! Satukan tenaga, kalahkan penipuan! ??
Posted by Kini YouTube on Sunday, February 25, 2018
Berhubung isu-isu Melayu, selain memberi penekanan terhadap peruntukan perlembagaan mengenai hak keistimewaan Melayu dan Raja-raja Melayu, ia juga menggariskan beberapa perkara dasar.
Di antaranya cadangan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera menerusi pembelian syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu agenda mengenai Melayu akan dibentangkan dan dibahaskan di parlimen setiap tahun.
Video : Panas! Kapal bernilai RM1 billion yang dibeli dengan duit curi 1 MDB disita oleh kerajaan Indonesia. Bila nak tangkap NajiB? ???
Posted by Kini YouTube on Wednesday, February 28, 2018
HARAPAN juga akan memaparkan data mengenai pemilikan ekuiti Melayu yang akan dimasukkan dalam bajet negara setiap tahun.
Manifesto itu juga mencadangkan untuk menaik taraf muzium diraja di Istana Negara kepada Muzium Pendidikan Nasional dan menggalakkan universiti awam memperbanyak kajian mengenai kesultanan dan tamadun Melayu
Gabungan itu juga berjanji akan melindungi tanah rizab Melayu.
Bagi masyarakat India yang dinyatakan dalam seksyen khusus manifesto berkenaan, HARAPAN antara lain akan membantu membina sekolah menengah Tamil dengan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Ia juga akan menyelesaikan isu kaum India yang tidak mendapat taraf kewarganegaraan dalam masa 100 hari jika HARAPAN mengambil alih Putrajaya.
HARAPAN juga akan mengarahkan agensi perumahan negara untuk membina perumahan bagi pekerja kaum India yang tergolong dalam golongan B40 dan bekas pekerja ladang.
Selain itu, ia juga mensyaratkan pemaju membina perumahan bagi bekas pekerja ladang.
Manifesto itu menambah antara lain, HARAPAN akan mewujudkan satu skim yang serupa seperti Felda untuk masyarakat India.
Gabungan itu turut berjanji untuk menyelesaikan masalah penukaran agama sepihak secara harmoni.
Terdapat juga peruntukan khusus untuk kampung-kampung baru Cina, di mana gabungan itu berjanji akan menaikkan peruntukan sehingga tiga kali ganda dari RM20 juta kepada RM60 juta.
Ia juga berjanji untuk memberi pinjaman kepada peniaga di kampung-kampung Cina.
Gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (HARAPAN) malam ini melancarkan manifestonya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Antara lain, manifesto 138 halaman itu berikrar menangani kenaikan kos sara hidup, sekiranya gabungan itu menawan Putrajaya.
Ini termasuk janji untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan tol, secara beransur-ansur serta menyalurkan subsidi minyak kepada kumpulan sasaran.
Dokumen itu juga cuba mengangkat agenda Melayu, namun pada masa sama menyenaraikan tuntutan yang telah lama dibuat oleh masyarakat Cina dan India.
Manifesto yang dilancarkan di Shah Alam itu juga berjanji mengurangkan kuasa perdana menteri, termasuk menyekat perdana menteri daripada memegang portfolio lain dan memotong separuh peruntukan dan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
HARAPAN juga berikrar menghapuskan monopoli di negara ini, seperti industri beras oleh BERNAS dan industri televisyen satelit oleh Astro.
Majlis perasmian manifesto itu dihadiri oleh pemimpin kanan parti komponen gabungan itu, seperti pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan sekurang-kurangnya 62 kesalahan sejak beliau memegang jawatan pada 2009, dakwa pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya telah senaraikan kesalahannya dan menemui 60 daripadanya. Sampai hari ini saya telah senarai 60 keburukan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib,” dakwanya ketika melancarkan manifesto Pakatan Harapan malam tadi.
Kesalahan terbaru, kata Mahathir, adalah rampasan kapal layar mewah, Equanimity, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low.
Pada 21 Februari, Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) meminta pihak berkuasa Indonesia untuk menyerbu kapal layar itu.
Selepas menjejaki kapal layar itu selama lapan hari, pasukan bersama terdiri daripada polis pusat dan polis marin Indonesia serta pegawai FBI merampas kapal itu di Benoa, Bali, minggu lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan berkata Khamis lepas bahawa kerajaan Malaysia tidak akan menuntut kapal itu dari pihak berkuasa Indonesia, kerana ia bukan milik kerajaan Malaysia.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Equanimity yang dianggarkan berharga AS$250 juta (RM1 bilion), diperolehi menggunakan wang yang didakwa diseleweng dari 1MDB.
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU mendakwa Najib telah merosakkan negara ini sehingga dia tidak dapat meneruskan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju.
Najib sebaliknya bergantung kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan lain-lain bentuk ‘dedak’ ketika merangka dasarnya, kata Mahathir.
Mahathir berkata sesetengah rakyat telah disumbat dengan dedak itu sehinga mereka tidak boleh bergerak, tidak boleh bertutur dan tidak boleh mendengar apa-apa pun.