Najib malu jika Perdana Menteri (PM) Malaysia terdiri dari orang tua berumur 90 tahun lebih. Tetapi Najib tak berasa malu apabila Malaysia mempunyai PM yang dunia kenal sebagai kleptokrat, perasuah dan pencuri. Apabila percubaan untuk membersihkan duit yang dicuri dari 1MDB oleh anak tirinya dengan membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, membuat filem lucah dan sebagainya dan didakwa oleh Department of Justice Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang “money laundering” di Amerika dan harta-harta yang dibeli dirampas, Perdana Menteri Malaysia yang dituduh terlibat tidak berasa sedikit pun malu. Kapal layar Equanimity dirampas oleh polis Indonesia bersama Federal Bureau of Investigation (FBI) – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat.
TV dan majalah Indonesia melapor kapal ini dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB oleh Jho Low, sahabat karib Najib. Seluruh Indonesia dan kepimpinannya sekarang tahu Najib terlibat dengan mencuri duit 1MDB, Najib sedikitpun tak berasa malu. Malah Najib hadiri mesyuarat ASEAN/Australia di Melbourne tanpa sedikit pun berasa malu berada bersama Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Australia dan Singapura, bahkan semua ketua-ketua kerajaan yang hadir tahu akan pencuriannya. Tidak pun malu apabila cuba menasihat ketua-ketua Kerajaan ASEAN dan Australia akan cara menangani masalah. Negara malu mempunyai Perdana Menteri yang seluruh dunia percaya telah selewengkan berbillion Ringgit duit Kerajaan. Negara malu Malaysia diklasifikasi sebagai negara rasuah dan kleptokrasi. Demikianlah rakyat berasa malu sehingga tidak mengakui rakyat Malaysia apabila ditanya di luar negara. Rakyat Malaysia malu tetapi Perdana Menteri mereka tidak malu. Kononnya mempunyai Perdana Menteri, berumur lebih dari 90 tahun memalukan Najib.
Sesungguhnya amat pelik Perdana Menteri Malaysia ini. Apalah nasib rakyat Malaysia mendapat Perdana Menteri yang dipandang hina oleh dunia dan tak tahu malu. Rakyat malu. Najib tak malu; tak malu apabila berjumpa dengan pemimpin negara lain dengan berlagak sebagai seorang yang boleh nasihat pemimpin negara lain.
PRU14 | Ada ribuan orang yang turun menyaksikan ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Guar Chempedak yang terletak di dalam negeri Jelapang Padi malam tadi. Anak kelahiran negeri itu yang pernah menjadi perdana menteri – dan kini menjadi pengerusi HARAPAN – Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang daripada penceramah yang ditampilkan. Bagi salah seorang pemimpin DAP, jumlah kehadiran itu mencecah 15,000 orang dan ia membayangkan tsunami pengundi Melayu yang akan diterjemah melalui peti undi tidak lama lagi. Apabila pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan tidak lama lagi, anggota parlimen Kluang Liew Chin Tong yakin pola tsunami pengundi Melayu itu akan melanda ke seluruh Malaysia.
“Dengan tekanan politik yang ada, orang ramai masih sanggup menghadiri ceramah HARAPAN walaupun hujan berjam-jam. “Setiap seorang daripada mereka mereka mungkin boleh mempengaruhi lima individu lain apabila pulang ke rumah. “Program besar-besaran ini boleh menjadi penanda aras buat kita, terutamanya apabila media tidak melaporkan (program HARAPAN),” kata Liew dalam satu kenyataan. Liew juga menyatakan kehadiran orang Melayu di majlis ceramah HARAPAN di kawasan luar bandar dan kubu Umno juga menunjukkan keadaan sama. Sambutan sebegitu katanya tidak pernah dibayangkan pada masa lalu. “Media berbahasa Cina dan The Star yang dikuasai MCA selalu menafikan berlaku tsunami Melayu. Mereka juga menemu ramah pemimpin Melayu bagi menafikan wujudnya perubahan berkenaan. “Sebagai ahli politik pertama yagn membangkitkan isu tsunami Melayu, saya tertanya-tanya mengapa mereka (media terbabit) tidak pernah menghubungi saya (untuk mendapatkan pandangan)?” katanya. Ajak ke Perlis pula. Liew yang juga pengerusi DAP Johor berkata dia membangkitkan kemungkinan berlaku tsunami berkenaan pada 2015 dan ketika itu wujud kelompangan kepimpinan Melayu.
“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib terpalit dengan skandal, presiden PAS cenderung kepada Najib dan pemimpin umum HARAPAN dipenjara,” katanya. Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP itu menambah perdana menteri tidak mengendahkan kesulitan dialami rakyat dan tetap melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). “Jika pembangkang boleh mendapat tambahan 15 peratus undi Melayu yang menyokong BN pada PRU ke-13 lalu serta mengekalkan tahap sokongan pengundi Cina dan India, maka BN akan kehilangan sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia kali ini,” katanya. Menurut Liew, pengundi di kalangan petani yang berada di kawasan separa bandar yang akan menunjukkan perubahan ketara dengan memberikan sokongan kepada HARAPAN kali ini. Sementara itu mengulas mengenai sokongan ditunjukkan orang Kedah malam tadi Dr Mahathir berkata rakyat memang sudah menunjukkan kesediaan mereka untuk berubah. Sementara itu mengulas mengenai sokongan ditunjukkan orang Kedah malam tadi Dr Mahathir berkata rakyat memang sudah menunjukkan kesediaan mereka untuk berubah.
“Terima kasih Kedah. Parlimen belum dibubarkan, tetapi rakyat sudah bersedia untuk berubah. Bangkitlah demi masa depan Malaysia,” katanya. Dr Mahathir juga mengajak orang ramai menunjukkan sokongan sama pada ceramah HARAPAN yang akan diadakan di Perlis pula malam ini. “Semalam di Kedah, malam ni Gunung Medan Utan Aji, Perlis. Jumpa di sana,” katanya melalui Facebook.