KUALA LUMPUR, 7 NOV
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini menggesa Parlimen mencadangkan usul bagi meminda Akta Sivil 1956 supaya tuntutan ganti rugi teladan dalam kes melibatkan kematian akibat kecederaan seperti kematian dalam tahanan dimasukkan dalam akta tersebut.
“Saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman menasihati kerajaan supaya pindaan ke atas peruntukan dalam akta ini dilakukan dalam sidang Parlimen akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Biro Undang-undang DAP itu berkata, sekiranya kerajaan masih enggan, beliau selaku Ahli Parlimen akan mengemukakan usul pindaan Rang Undang-undang Persendirian pada sesi Parlimen akan datang.
Gobind berkata demikian merujuk kepada laporan ketetapan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan bahwa tiada ganti rugi teladan akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang mati dalam tahanan melibatkan tindak-tanduk polis dalam kes kematian A. Kugan.
“Adalah tidak masuk akal sekiranya pampasan diberikan dalam kes di mana mangsa survive tetapi tidak bagi mangsa yang telah mati akibat kecederaan atau sebarang tindak-tanduk dalam kes tersebut.
“Perlanggaran hak dan undang-undang ini sepatutnya dikenakan tindakan berat dan, ataupun penalty,” katanya lagi.
Kes kematian A. Kugan pernah mencetuskan kontroversi seluruh negara apabila pemuda berusia 22 tahun itu didapati mati dalam tahanan lokap Balai Polis USJ 8 pada 20 Januari 2009.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika itu mengklasifikasikan kes tersebut mengikut sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mendapatkan pengakuan.

1-:霹州行动党第一时间成立志工团,赶往梹州灾区救援。前左起谢保恒、罗思义、郑国霖、黃家和、倪可敏、西华古玛、许祟信及添仁奈都。.jpg)
2-霹州行动党志工团在州秘书黃家和率领下往梹州灾区派送食品及矿泉水于灾民。.jpg)
3-霹州行动党志工团在州秘书黃家和率领下往梹州灾区派送食品及矿泉水于灾民。.jpg)
4-:霹州火箭战车队在派发救济品予梹州水灾灾民后合影。前右二起谢保恒、郑国霖、黃家和及罗思义等。.jpg)