希盟不一样 (教育篇)

(12-4-2018)

每一次大选前,国阵都会准时开始表演,尤其是马华、民政等成员党,更是借母语教育、承认统考、增建华小等等课题许下承诺来骗取华裔选民的选票,大选后就跳票,从不兑现承诺。无论是在拨款、

建校、设备、师资及各种辅助的计划方面,国阵从来不曾将母语教育纳入国家教育主流政策,导致华教不曾获得公平待遇。制度化拨款华教,希盟说到做到!希盟坚信,打造一个良好的教育体系是政府对人民的重要责任。而所有的政策偏差、政府体制的不公,是母语教育的地位被政府置之于主流教育以外的根本原因。尽管教育属于联邦政府的责任,

但由希盟执政的槟州、雪州政府,自2008年执政至今,每一年都风雨无阻的制度化 拨款给州内独中、华中、华小等学校。自2009年起,槟州政府拨给州内5间独中的拨款总计高达1900万,雪州政府更是高达2000万。这就是希盟政府正视华社意愿、尊重华校的最佳证明。希盟在3月8日公布的竞选宣言《希望宣言》第5篇章第50条承诺中,

以白纸黑字写明“希望联盟将承认统考文凭,让获得 SPM 国文优等的独中生以统考成绩申请进入本地国立大专学府”。这意味一旦希盟执政,政府将会承认统考就必然是铁铮铮的事实。相比国阵,就算是在国阵最新公布的竞选宣言,独中生以统考申请进入本地大学也还是可以考虑“boleh dipertimbangkan”而已。承认独中统考的最后一哩路,无疑就是换政府!

华社的优良传统,就是特别重视下一代的教育,希望子女在未来能有好前途。因此,百年来华社辛辛苦苦的办校办学,无非就是深信先辈“十年树木,百年树人”的教诲。尽管宪法阐明,各族都拥有学习母语的权力。然而,多少年来国阵不仅漠视我国多元民族、多元文化、多种语文和多种源流学校的社会现实,更通过各种手段推行“一种语文,

一种源流学校”的单元主义教育政策,使到华教不但受到压制,更面对被变质甚至消亡的危机。每一次大选前,国阵都会准时开始表演,尤其是马华、民政等成员党,更是借母语教育、承认统考、增建华小等等课题许下承诺来骗取华裔选民的选票,大选后就跳票,从不兑现承诺。无论是在拨款、建校、设备、师资及各种辅助的计划方面,

国阵从来不曾将母语教育纳入国家教育主流政策,导致华教不曾获得公平待遇。【制度化拨款华教,希盟说到做到】希盟坚信,打造一个良好的教育体系是政府对人民的重要责任。而所有的政策偏差、政府体制的不公,是母语教育的地位被政府置之于主流教育以外的根本原因。尽管教育属于联邦政府的责任,但由希盟执政的槟州、雪州政府,

自2008年执政至今,每一年都风雨无阻的制度化拨款给州内独中、华中、华小等学校。自2009年起,槟州政府拨给州内5间独中的拨款总计高达1900万,雪州政府更是高达2000万。这就是希盟政府正视华社意愿、尊重华校的最佳证明。

Najib akhiri teori RAHMAN, perdana menteri seterusnya adalah Tun Dr Mahathir

(12-4-2018)

Kempen PRU14 telah bermula di media sosial meski hari penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April, diikuti hari mengundi pada 9 Mei. Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak dipercayai sedang berada dalam keadaan ketakutan apabila tarikh hari Rabu 9 Mei itu dilihat sebagai cubaan untuk menyusahkan rakyat untuk pulang mengundi. Bagi pemimpinan vetera DAP Lim Kit Siang, teori RAHMAN sudah sampai ke penghujungnya, dengan Najib Razak sebagai perdana menteri terakhir dalam urutan teori tersebut. “Secara berseloroh saya ada mencadangkan teori RAHMAN diganti dengan teori MAHATHIR,” ujar Kit Siang.

Tun Dr Mahathir adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon seterusnya. Namun tegas Kit Siang, apa yang penting untuk dilakukan sekarang ialah memastikan  HARAPAN boleh menewaskan sebarang cabaran bagi membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Boneka siapa sebenarnya? Pun begitu katanya, persoalan mengelirukan yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional mesti segera dijawab terlebih dahulu oleh parti pemerintah itu – Adakah Mahathir boneka Kit Siang, atau Kit Siang boneka Mahathir? Bagi Kit Siang, soalan tersebut kini sedang menghantui kepimpinan UMNO-BN, dan membuatkan ucapan serta kenyataan mereka habis berterabur, mengarut dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti. “Minggu lalu, aparat propaganda UMNO cuba menghidupkan kembali kempen momok mereka, kononnya Tun Dr Mahathir hanyalah boneka saya, dan saya akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Harapan menang dalam PRU14. “Tetapi pemimpin MCA diketuai Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menuduh saya sebagai boneka Mahathir,” ujar penyandang kerusi Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan. Kempen UMNO dimulakan semula oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang

cuba meyakinkan anggota parti PPBM kononnya Kit Siang yang akan menjadi perdana menteri, bukannya Mahathir. Liow pula kemudian mendakwa bahawa DAP telah mengkhianati pengundi Cina apabila tidak menggunakan lambang roket ekoran kemunculan Mahathir memimpin pakatan pembangkang. Padahal kata Kit Siang, MCA tidak pernah pernah menggunakan logo partinya, dan bersembunyi di sebalik lambang dacing Barisan Nasional. “Jadi adakah Mahathir boneka Kit Siang, atau Kit Siang boneka Mahathir? “Atau adakah pimpinan UMNO da MCA, propagandis dan tentera cyber ‘quinoa’ mereka akan menempuhi PRU14 dengan kedua-dua dakwaan, walaupun ia saling bertentangan?” soal beliau. – Roketkini.com Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ngakorming.net

DAP memang mahu sokongan Melayu, seperti UMNO mahu sokongan Cina

(12-4-2018)

Menarik sokongan orang Melayu supaya mengundi DAP bukanlah benda baru. Malah usaha itu lebih jelas dilihat sejak tsunami politik 2008.Pelancaran portal Roketkini.com, penerbitan akhbar The Roket berbahasa Malaysia, penubuhan Sekolah Demokrasi, penganjuran forum, dialog, majlis berbuka puasa dan sebagainya oleh DAP– semua ini adalah usaha bagi menyampaikan maklumat tepat tentang DAP dan perjuangannya. Semua usaha DAP ini jelas, memang untuk menarik sokongan masyarakat Melayu yang selama ini dimomokkan dengan pelbagai karut-marut dongeng UMNO memburuk-burukkan parti roket ini.

Justeru, apabila terkeluar suara sumbang yang cuba memomokkan kononnya undi PKR sama dengan mengundi DAP; kononnya DAP pergunakan PKR untuk tarik sokongan Melayu – nampaknya dakyah sedemikian sudah makan tuan; ini benar-benar dakwaan kelakar. Dakyah dangkal itu tidak lain cuba memanipulasi fakta kononnya DAP mahu menyelinap masuk ke dalam PKR semata-mata meraih sokongan pengundi Melayu lalu merebut kuasa dan menghakis segala keistimewaan. Ini juga satu tuduhan basi maha-kelakar. Jika ikutkan logik semacam ini, mana nak letak PKR, Amanah dan BERSATU? PRU14 ini, DAP bukan sahaja memerlukan sokongan Melayu tetapi DAP juga memerlukan sokongan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum di negara ini. Begitu halnya dengan komponen HARAPAN yang lain. Kenapa pencacai UMNO – PAS terlalu benak untuk menerima kenyataan jelas ini? Hakikatnya, undi PKR bukan sahaja untuk memenangkan DAP tetapi juga seluruh komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) seperti Amanah, BERSATU, PKR malah termasuk rakan sekutu HARAPAN iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN). Nampaknya, keputusan penggunaan logo PKR yang diumumkan

Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini  bagi memberi tamparan hebat kepada lawan politik UMNO-BN termasuk PAS yang semacam tidak boleh menerima keterbukaan parti-parti komponen HARAPAN. Niat mereka jelas, apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih gagal meluluskan gabungan HARAPAN secara rasmi, maka pembangkang akan lebih mudah berpecah belah. Namun, niat itu terbantut – HARAPAN malah semakin kuat. Antara tuduhan liar lain yang sering dimomokkan ialah, kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempergunakan PKR demi meneruskan hayat politiknya – termasuk dakwaan kononnya keputusan itu adalah satu penghinaan kepada pejuang-pejuang era reformasi 98. Pada masa yang sama, Mahathir juga dituduh dipergunakan oleh Lim Kit Siang supaya DAP berkuasa di Malaysia. Anehnya, di pihak MCA, pencacai mereka mendakwa DAP pula telah ditindas oleh Mahathir dan BERSATU. Segalanya sudah jelas, UMNO-BN makin tertekan, takut dan mungkin mereka juga merasakan, PRU14 kali ini adalah penamat buat mereka, sebagaimana teori RAHMAN yang meletakkan huruf ‘N’ mewakili

Najib sebagai penghujung pemerintahan parti cap dacing itu. Ya, DAP memang perlukan sokongan Melayu untuk membawa perubahan kepada Malaysia bersama-sama Pakatan Harapan. Simbol PKR adalah faktor penyatu kemarahan rakyat Malaysia. Apa masalah ‘macai’ UMNO? Dia pun bertanding pilihanraya guna lambang dacing untuk raih sokongan Cina. – Roketkini.com Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ngakorming.net

Mahathir dedah cara Najib ‘tipu dan curi’ PRU14

(11-4-2018)

ULASAN l Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakberada dalam keadaan cemas. Sentimen rakyat 90 peratus menolak Najib. Mereka tidak akan undi BN dalam PRU14.Oleh itu sudah ternampak penipuan yang dilakukan dan akan dilakukan oleh Najib.Demikianlah dunia percaya Najib akan tipu sehingga The Economist UK telah siar berita bertajuk Najib akan curi PRU14 di Malaysia. Apakah jenis penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib. Saya senarai dibawah penipuannya.

Senarai pengundi sudah diubah sehingga empat juta tidak ada alamat yang penuh. Beratus pengundi mempunyai nama yang sama, umur sama tetapi tinggal di negeri-negeri berlainan. Hingga 70 pengundi memiliki alamat yang sama – iaitu tinggal di satu rumah – walaupun berlainan kaum. Apabila diselidik terdapat hanya dua orang di rumah itu. Pengundi pos dan pengundi awal bertambah hingga 1 juta. Cara mengundi pos tidak jelas dan terbuka untuk penipuan. Peti undi boleh disembunyi dari pemerhati parti lawan. Besar kemungkinan kertas undi ditambah. Sempadan kawasan pilihanraya diubah supaya kaum-kaum diasingkan. Kononnya Melayu mudah disogok supaya mengundi BN. Mengikut Najib orang Cina sukar disogok. Ini dilihat dalam PRU13. Pengundi terutama kakitangan Kerajaan ditakutkan dengan dakwaan kononnya Najib tahu siapa undi siapa. Pegawai dan kakitangan Kerajaan diberi amaran oleh Najib sendiri bahawa mereka mesti undi BN atau tindakan akan diambil terhadap mereka. Sebenarnya tiada siapa yang akan tahu siapa undi siapa apabila perkiraan dibuat.

Bantuan wang kepada parti lawan disekat dengan tindakan oleh LHDN dan MACC menambah cukai atau membeku wang di bank supaya perniagaan tidak dapat diteruskan. Semua kawan-kawan pemimpin parti lawan ditegah berdekat dengan pimpinan parti lawan. Maka pemimpin parti lawan kehilangan semua kawan. Sudah tentu mereka tidak boleh bantu Pakatan Harapan. Kontrak mereka, perniagaan mereka, hutang bank mereka akan dihentikan jika masih berjumpa pemimpin parti lawan. Tindakan-tindakan ini menentukan parti lawan tidak ada kewangan yang diperlukan untuk biayai pilihanraya. Sebaliknya Najib memiliki banyak duit yang diselewengkan dari 1MDB dan lain-lain dan lain-lain dana kerajaan. Sogokan wang dan barangan kepada bakal pengundi dibuat secara terbuka oleh Najib dan Umno sebab polis atau SPRM tidak dibenar oleh Najib mengambil tindakan undang-undang. Tempat mengundi ditukar tanpa diberitahu pengundi supaya apabila mereka pergi ke tempat mengundi biasa nama mereka tidak ada disitu. Tempat undi mereka dipindah jauh dari tempat tinggal pengundi.

Dengan itu mereka tidak dapat mengundi. Hak mereka dicabul. Daftar pengundi baru disembunyi daripada parti lawan sehingga tidak dapat parti lawan berkempen di kalangan mereka. Pada kebiasaannya parti politik yang baru ditubuh didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan dengan segera. Tetapi permohonan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan tidak dijawab setelah sembilan bulan berlalu. Keadaan tidak menentu ini meletak Pakatan Harapan dalam keadaan serba salah. Pakatan Harapan tidak dapat membuat persiapan sebagai sebuah parti dengan mengguna satu logo dan satu simbol baginya. Jika diketahui Pakatan Harapan tidak akan didaftar maka parti-parti dalam Pakatan Harapan perlu guna empat simbol sendiri. Ini akan mengelirukan pengundi berkenaan yang manakah simbol bagi parti-parti lawan yang bergabung dalam Pakatan Harapan. Kononnya Pakatan Harapan tidak dilulus pendaftarannya ialah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengikut perlembagaannya. Ini disebut dalam ucapan ROS tetapi tidak disampaikan secara bertulis kepada BERSATU.

BERSATU tidak dapat perbetulkan kesalahannya untuk mendapat kelulusan ROS. Arahan mahkamah kepada ROS untuk jawab surat BERSATU hanya menghasil surat dari ROS meminta tambahan maklumat yang sudahpun lama diberi oleh BERSATU. Di antara sebab-sebab yang banyak ialah kerana mesyuarat agung BERSATU tidak mengikut perlembagaan. BERSATU mesti adakan mesyuarat cawangan dahulu. BERSATU parti baru dan belum ada cawangan jauh sekali mengadakan cawangan yang disahkan oleh ROS. BERSATU hanya dapat tubuh bahagian dan tidak semua diluluskan oleh ROS. Sebab itu BERSATU terpaksa mengadakan mesyuarat agung BERSATU dengan dihadiri oleh wakil bahagian yang dilulus sahaja. Ternampak jelas ROS hendak cari salah supaya Pakatan Harapan tidak didaftar. Sekarang ROS telah bubar sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya. Bermacam syarat dikenakan termasuk ditegah pamer gambar pengerusinya. Pembubaran selama 30 hari didapati sama dengan pilihanraya. Niat jahat Kerajaan dan ROS amat jelas. Undi Pos.

Peraturan mengundi pos tidak jelas. Pengundi boleh undi di rumah dan hantar undinya kepada SPR. Tidak ada polling agen parti pembangkang mengawasi pengundi atau sesiapa lain semasa mengundi. Parti lawan tidak dapat mengetahui siapa yang mengundi, ke mana undi itu dihantar, siapa yang menyimpannya, di mana peti undi (jika ada) disimpan. Pengundi pos juga disenarai dalam senarai pengundi biasa dan boleh mengundi secara biasa. Besar kemungkinan pengundi undi dua kali. Juga undi mungkin tidak dapat dirahsiakan; yang mana ini mendedahkan kepada ugutan tindakan tertentu oleh Kerajaan. Amatlah jelas proses PRU14 akan dipenuhi dengan aneka jenis penipuan oleh Najib. Ia tidak akan bersih. Benarlah Najib akan mencuri PRU ke -14. Namun penipuan ini boleh dibantut oleh rakyat dengan keluar mengundi lebih dari 85 peratus pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya. Dan sekarang hari mengundi ditetapkan pada hari Rabu, hari bekerja. Ini satu lagi cara Najib untuk sekat rakyat dari mengundi. Ya, semasa saya PM pernah hari mengundi ditentukan pada hari Isnin.

Tetap diberi cuti pada hari itu. Jangan takut. Undi biasa di tempat mengundi adalah rahsia. Jika kelebihan mengatasi 10,000 bagi Pakatan Harapan, undi pos tidak akan mencukupi untuk disumbat ke dalam peti undi. Jika disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib. Pengundi tidak perlu terima kasih kepada Najib atau mengundi BN. Jika disuruh bersumpah, bersumpahlah. Tetapi buat niat lain – niat untuk menolong Pakatan Harapan Niat lebih diterima dari sumpah paksa yang dilafaz. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri keempat yang dicalonkan sekali lagi ke jawatan itu oleh Pakatan Harapan. Beliau kini adalah pengerusi BERSATU dan menerajui gabungan pembangkang, Pakatan Harapan. Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ngakorming.net.

人民辛苦已太久、改朝换代五月九!快来点击倪可敏最新演讲!

(10-4-2018)

随着槟城州议会今天较早宣布解散,选举委员会接踵宣布,第14届大选提名日为4月28日(星期六),投票日则是5月9日(星期三),而竞选期共11天。

选委会主席莫哈末哈欣在布城召开记者会表示,竞选期将从4月28日提名后正式开始,并在5月8日深夜11点45分结束。另外,提早投票则落在5月5日。首相纳吉上周五(4月6日)宣布国会将于翌日解散,为第14届大选铺路。根据宪法,选举必须在国会解散后的60天内举行。除了砂拉越,各州属11个议会也已陆续解散,准备与国会同步举行选举。

砂拉越议会已于2016年举行选举,因此不会参与这次大选。沙巴、玻璃市、马六甲、柔佛、森美兰、吉兰丹和吉打7个州属上周六解散州议会。接着,登嘉楼、霹雳及雪兰莪州议会昨天正式解散。最后,槟城则在今天较早宣布解散。总的而言,这次全国选举涉及的国席有222个,而州席则有505个。上届国会于2013年4月3日解散。

选委会随后宣布,提名日为4月20日,投票日则落在5月5日,竞选期长达15天。