Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggunakan istilah yang dianggap memperlekehkan orang India dalam kecamannya terhadap SPR. Dr Mahathir menggunakan istilah itu ketika mengulas laporan yang mendakwa Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu mendapat kebenaran SPR untuk menggunakan satu logo yang sama untuk kesemua parti komponennya. “Pagi ini kita dengar konco-konco (Datuk Seri najib Razak), termasuk pengerusi SPR (Datu Seri Hashim Abdullah) berkata kononnya untuk guna satu simbol kita kena merangkak dan menyembah orang ini untuk mendapatkan kebenaran. “Saya nak guna perkataan keling. Orang keling kata, ‘podah’. “Mana undang-undangnya (yang mengatakan kita tidak boleh guna logo yang sama), peraturan ini baru dibentuk pagi ini,” katanya dalam majlis kutipan dana di Muar.
Dalam konteks hari ini, perkataan ‘keling’ dianggap sebagai istilah yang memperlekeh atau menghina kaum India meskipun perkataan itu pada asalnya tidak dianggap sedemikian ketika mula-mula digunakan pada abad ke-15.Dr Mahathir pernah menjadi sasaran ucapan seumpamanya apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan menghina keturunan pengerusi HARAPAN itu dengan mendakwa nama sebenar Dr Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty.”Dr Mahathir merujuk laporan media yang mendakwa Hashim berkata komponen parti HARAPAN perlu mendapatkan kebenaran SPR untuk menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.Ditanya pada sidang media hari ini jika DAP boleh bertanding menggunakan logo PKR, Hashim berkata: “SPR perlu meluluskan logo-logo parti yang bertanding. Jika kita lihat tiada masalah, kita akan benarkan. Tapi penggunaan logo oleh parti yang mempunyai logo lain, kita tengok macam mana.”Sebelum itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mempersoalkan kenyataan Hashim yang dilaporkan media.Menurut Muhyiddin, seorang calon yang ingin menggunakan logo parti lain hanya memerlukan surat watikah.
Terdahulu, dalam satu program di Pasir Gudang, Dr Mahathir mengumumkan HARAPAN akan hanya menggunakan logo PKR sebagai logo tunggal yang dikongsi kesemua parti komponen di Semenanjung. Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar gambar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Suriyati Ibrahim dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dipamerkan di akhbar dan sosial media.Dr Mahathir berkata, ini kerana kedua-dua mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan “kerja-kerja kotor Najib”.”Kita akan pamerkan di akhbar seluruh dunia, melalui media sosial dan sebagainya, gambar Suriyati dengan apa nama pengerusi SPR (Hashim).”Biarlah dunia tahu manusia ini kerana dedak atau mungkin lebih dari itu, mereka sanggup menidakkan hak orang Malaysia,” katanya pada majlis kutipan dana di Muar hari ini.Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas tindakan ROS membubarkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sementara dan laporan media yang memetik Hashim didakwa sebagai berkata HARAPAN perlu mendapatkan kebenaran SPR untuk menggunakan logo tunggal untuk kesemua parti komponennya.
Menurut bekas perdana menteri itu, tindakan yang diambil oleh ROS dan SPR itu adalah bertujuan menghalang HARAPAN menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.Dr Mahathir juga mengulangi ikrarnya untuk terus melawan meskipun BERSATU atau HARAPAN dikekang.”Saya cabar Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bawa polis dan tangkap semua orang. Tangkap sembilan juta rakyat Malaysia. “Hanya dengan cara itu Najib boleh menang pilihan raya, namun ia bukan kemenangan yang sah kerana begitu ramai rakyat Malaysia tidak dapat hak mengundi,” katanya. Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Umno mempertahankan kepentingan orang Melayu hanyalah propaganda untuk meraih sokongan. Anwar berkata demikian sebagai mengulas keengganan kerajaan mengembalikan keperluan perkenan Yang Di-Pertuan Agong sebelum sesebuah Rang Undang-Undang menjadi akta. “Saya amat terkejut dengan pendirian Umno dalam isu ini. “Ia membuktikan bahawa dakwaan Umno mempertahan institusi Raja-Raja Melayu dan kepentingan orang Melayu hanyalah dakyah propaganda semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu terhadap Umno-BN,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam jawapan bertulis parlimen bulan lalu, Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan belum bercadang mengembalikan keperluan perkenan Yang Di-Pertuan Agong dalam penggubalan sesuatu akta selain menjelaskan bahawa ia memerlukan kajian yang terperinci dan mendalam. Azalina berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan yang dibangkitkan Anggota Parlimen PKR N Surendran berhubung sama ada kerajaan bercadang meminda Klausa 4(a) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan. Sementara itu Anwar menambah, Perlembagaan sedia ada yang tidak memerlukan perkenan diraja mengakibatkan salah guna kuasa oleh kerajaan BN terutama dalam pewartaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Walaupun Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang tersebut perlu diperhalusi. MKN telah diwartakan tanpa menerima perkenan Yang Di-Pertuan Agong,” jelasnya. MKN telah menjadi akta secara automatik selepas 30 hari tanpa memerlukan perkenan diraja seperti yang diwajibkan dalam Artikel 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan. Awal tahun ini, Anwar memfailkan tindakan mahkamah terhadap kerajaan di Mahkamah Persekutuan untuk memulangkan keperluan mandatori bagi perkenan diraja.
“Saya berasa jijik mendengar kemunafikan pihak yang berkata kononnya mereka lah yang mempertahan Institusi Raja-Raja, tetapi kerajaan Umno-BN melalui peguam-peguamnya lah yang melawan habis-habisan tindakan mahkamah yang saya mulakan ini. “Perkenan diraja amatlah penting dalam menjamin keseimbangan di antara pihak eksekutif, legislatif dan Raja-Raja dalam meluluskan undang-undang,” katanya.