‘Kenapa tak tanya Najib?’, Tony Pua tempelak Khairy

Tony Pua menempelak bekas menteri Barisan Nasional yang bertindak menjarakkan diri daripada dakwaan kerajaan China menawarkan bantuan kepada 1MDB yang mengalami masalah kewangan sebagai balasan penganugerahan projek. Walaupun ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet sekalipun, kata Ahli Parlimen Damansara itu, mereka sepatutnya mempersoalkannya apatah lagi selepas terdapat bukti mengesahkan berbilion dolar dana 1MDB diselewengkan.

“Pernahkah kamu membangkitkan persoalan itu di dalam Kabinet dan meminta Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak) menjelaskan perjanjian yang penuh muslihat itu?” soalnya dalam kenyataan, hari ini. Beliau yang juga pegawai khas kepada Menteri Kewangan berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang kononnya tidak tahu menahu mengenai perjanjian antara China dan pentadbiran Najib. “Sebagai bekas anggota Kabinet saya boleh katakan dengan jelas bahawa Kabinet tidak pernah diberitahu bahawa urus niaga China berkaitan dengan bail out 1MDB. “Jika ada bukti ia berlaku, ia tanpa kelulusan Kabinet,” kata yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan di Twitter baru-baru ini. Laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa kerajaan China pada 2016 pernah menawarkan untuk menebus 1MDB yang menghadapi masalah kewangan sebagai balasan penganugerahan projek saliran paip bagi inisiatif ‘One Belt, One Road’.

Akhbar yang paling awal melaporkan mengenai salah laku membabitkan 1MDB itu memetik minit mesyuarat yang tidak didedahkan sebelum ini. “Minit mesyuarat menunjukkan pegawai China memaklumkan bahawa kerajaan China akan menggunakan pengaruh bagi memastikan AS dan negara lain menggugurkan siasatan berhubung kes melibatkan perdana menteri ketika itu Najib Razak dan sekutunya, yang didakwa menyeleweng dana 1MDB. “Sebagai balasan, Malaysia menawarkan kepentingan dalam projek saliran paip untuk program infrastruktur kerajaan China ‘One Belt, One Road’. “Dalam tempoh beberapa bulan, Najib, yang menafikan sebarang salah laku dalam kes 1MDB, menandatangani perjanjian projek saliran paip bernilai AS$34 bilion dengan syarikat China, yang akan didanai bank-bank China dan dibina oleh pekerja China,” demikian menurut laporan yang ditulis Tom Wright dan Bradley Hope.

DAP Perak lapor MCA pada polis, desak pulangkan wang 1MDB

Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin hari ini membuat laporan polis terhadap MCA yang didakwa menerima RM16.5 juta, yang dipercayai wang hasil penyelewengan 1MDB, daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2013. Laporan itu, katanya, dibuat bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyimpan wang curi. “Bekas Presiden MCA Chua Soi Lek mengaku bahawa MCA menerima dana daripada Najib pada 2013 dan wang tersebut kini dibuktikan berasal daripada 1MDB.

“Wee Ka Siong selaku Presiden MCA yang sekarang tahu bahawa RM16.5 juta yang diterima oleh MCA pada 2013 adalah wang yang dicuri daripada 1MDB, justeru tidak harus menyimpannya. “Jika Wee Ka Siong enggan memulangkannya dan terus menyimpannya, dia boleh disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan,” katanya yang juga Adun Keranji dalam kenyataan. Beliau turut menggesa agar Ka Siong segera memulangkan wang tersebut kepada rakyat kerana MCA tidak mempunyai sebab untuk menyimpannya. Untuk rekod, Soi Lek dalam memoirnya mengaku menerima wang berkenaan daripada Najib menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, Ka Siong dalam wawancara dengan akhbar milik MCA, The Star berkata beliau tidak tahu mengenai wang yang diterima partinya itu.

Urge the police to immediately investigate MCA under Penal Code Section 411 dishonestly receiving stolen property for receiving RM16.5 Million which originated from 1MDB

Urge the police to immediately investigate MCA under Penal Code Section 411 dishonestly receiving stolen property for receiving RM16.5 Million which originated from 1MDB; I have today lodged a police report against MCA for receiving RM16.5 Million in 2013 from Dato Seri Najib which originated from 1MDB. Former MCA president Chua Soi Lek has admitted that MCA did receive the funds from Najib in 2013 and the money is now proven to be originated from 1MDB.

Under Penal Code Section 411, whoever dishonestly receives or retains any stolen property, knowing or having reason to believe the same to be stolen property, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years or with fine or with both. Wee Ka Siong as the MCA President currently had knowledge that the RM16.5 Million received by MCA in 2013 was stolen funds from 1MDB thus should not retain the money anymore.

Should Wee Ka Siong refuse to return the money and continue to retain it, he can be investigated under Penal Code Section 411. I urge Wee Ka Siong to immediately return the money to 1MDB as the money belongs to the people and MCA has no reason and moral ground to retain the funds. Media Statement by Chong Zhemin State Assemblyman for Keranji and DAP Perak Publicity Secretary at Ipoh IPD on 9th Jan 2019.

Dua Kolonel Bersara RAMD serah borang sertai DAP

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini menerima kunjungan dua pesara profesional kerajaan, Ahmad Ghazali Abu Hassan dan Mohamad Azudin Othman Fuad di Ibu Pejabat DAP dekat Kuala Lumpur. Mereka masing-masing adalah Lt Kolonel Bersara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan ditauliahkan pada 1974. Pertemuan hampir sejam tersebut antara lain membincangkan isu seputar politik semasa dan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Lt Kolonel Bersara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Mohamad Azudin Othman Fuad.

Mereka turut mengisi borang keahlian DAP dan berikrar membantu kempen calon Pakatan Harapan pada PRK berkenaan. Dalam temu bual ringkas, Ahmad Ghazali yang tidak pernah menyertai mana-mana parti berkata, beliau memilih DAP kerana kecekapan yang ditonjolkan pemimpin parti berkenaan dalam menjalankan tanggungjawab. “Dalam hal kecekapan, tiada (parti) yang boleh tandingi DAP. Ia berpegang teguh kepada perjuangannya. “DAP boleh menjadi teras kepada Pakatan Harapan,” katanya yang juga bekas pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Mohamad Azudin pula menyifatkan DAP sebagai parti yang telus, berintegriti dan bebas rasuah. “Siapa yang terlibat rasuah dalam DAP? Berikan saya nama kalau ada. “Dia cakap pasal (Lim) Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) punya rumah. Rumah selekeh itu, kamu tengok rumah (pemimpin) lain, macam istana,” katanya.

Bekas pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Ahmad Ghazali Abu Hassan.

Turut hadir adalah Adun Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong.

Menteri Kewangan serah cek peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menyerahkan cek berjumlah RM25 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Rawa untuk disalurkan ke 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat yang berdaftar. Peruntukan yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 berkenaan adalah sebahagian inisiatif kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu melicinkan operasi institusi terbabit.

“Lazimnya peruntukan akan diberikan secara berfasa sepanjang tahun dan bukan pada Januari, tapi saya rasa harus diberikan awal supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri dapat buat perancangan yang lebih teratur dan menyeluruh supaya bantuan sampai secepat mungkin. “Pengagihan kelak akan mengikut budi bicara pihak Mujahid, kita tidak letak syarat hanya janganlah ada unsur politik sama ada dalam perniagaan, media dan juga pendidikan, institusi sekolah pondok tidak boleh dimiliki ahli atau parti politik,” kata Guan Eng kepada pemberita di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya. Turut hadir pada sesi penyerahan cek tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh; Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.