Setiausaha Politik Kit Siang bantah penahanan pemimpin UMNO ikut Akta Hasutan

Peguam Syahredzan Johan membantah penahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam mengikut Akta Hasutan. Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang itu, ada banyak akta lain boleh digunakan terhadap Lokman. “Sekiranya benar Lokman Adam ditahan polis di bawah Akta Hasutan, saya bantah penahanan beliau bawah Akta drakonian ini. Ada banyak Akta lain yang boleh digunakan untuk ambil tindakan terhadap Lokman Adam,” katanya yang dikenali lantang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan.

Dalam kenyataan semalam, Pemantau Malaysia Baru berkata Lokman ditahan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kerajaan Pakatan Harapan cuba melindungi pembunuh anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Ia bagaimanapun masih belum mendapat pengesahan polis.

PH mampu tawan Pahang PRU15 jika menang di Cameron Highlands

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang bakal berlangsung pada 26 Januari nanti akan membuka peluang untuk gabungan itu merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, jika calon PH M Manogaran dari DAP berjaya merampas kerusi tradisi MIC itu, kemungkinan besar Kerajaan Negeri Pahang yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) tumbang dalam PRU empat tahun lagi. “Tidak mudah untuk menawan Kerajaan Negeri Pahang, tetapi, ia mampu dilakukan seperti mana tidak mudah menawan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya namun Pakatan Harapan berjaya melakukannya.

“Justeru itu, PRK Cameron Highlands adalah tirai pembuka kepada pertempuran hebat untuk merampas kuasa pentadbiran negeri Pahang pada PRU seterusnya yang bakal berlangsung dalam tempoh empat tahun akan datang,” kata dalam kenyataan, hari ini. Manogaran bakal berdepan calon BN iaitu bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor, yang merupakan Orang Asli beragama Islam dari suku Semai dan Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas. Bagi sesetengah pihak, kata Kit Siang, UMNO tidak mungkin akan tewas di Pahang, namun perkara sama diperkatakan mengenai PRU14 yang menyaksikan parti itu tewas di peringkat Persekutuan. “Namun hanya lapan bulan lalu, adalah sesuatu yang tidak diduga yang UMNO akan hilang kuasa di peringkat Persekutuan dan jawatan Perdana Menteri, namun kedua-dua peristiwa itu berlaku,” ujarnya.

Pakatan Harapan namakan peguambela Sdr Manogran sebagai calon PRK Parlimen Cameron Highlands.

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang bakal berlangsung pada 26 Januari nanti akan membuka peluang untuk gabungan itu merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, jika calon PH M Manogaran dari DAP berjaya merampas kerusi tradisi MIC itu, kemungkinan besar Kerajaan Negeri Pahang yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) tumbang dalam PRU empat tahun lagi. “Tidak mudah untuk menawan Kerajaan Negeri Pahang, tetapi, ia mampu dilakukan seperti mana tidak mudah menawan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya namun Pakatan Harapan berjaya melakukannya.

Video : Tergempar!! Presiden PAS Hadi Awang kantoi bila diserlah sebagai racun perkauman yang memalukan ISLAM di London!! 💥💥

Video : Tergempar!! Presiden PAS Hadi Awang kantoi bila diserlah sebagai racun perkauman yang memalukan ISLAM di London!! 💥💥

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月25日火曜日

“Justeru itu, PRK Cameron Highlands adalah tirai pembuka kepada pertempuran hebat untuk merampas kuasa pentadbiran negeri Pahang pada PRU seterusnya yang bakal berlangsung dalam tempoh empat tahun akan datang,” kata dalam kenyataan, hari ini. Manogaran bakal berdepan calon BN iaitu bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor, yang merupakan Orang Asli beragama Islam dari suku Semai dan Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas. Bagi sesetengah pihak, kata Kit Siang, UMNO tidak mungkin akan tewas di Pahang, namun perkara sama diperkatakan mengenai PRU14 yang menyaksikan parti itu tewas di peringkat Persekutuan. “Namun hanya lapan bulan lalu, adalah sesuatu yang tidak diduga yang UMNO akan hilang kuasa di peringkat Persekutuan dan jawatan Perdana Menteri, namun kedua-dua peristiwa itu berlaku,” ujarnya. – Roketkini.com

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月15日土曜日

Muhyiddin digesa arah Ketua Polis Negara buka semula siasatan kematian Beng Hock

Ketua Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh menggesa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) membuka semula kertas siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock. Gesaan itu dibuat kerana terdapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara supaya kes itu dibuka semula, selain Mahkamah Rayuan mendapati terdapat bukti perbuatan khianat dalam kes tersebut. “Kegagalan Menteri Dalam Negeri mengarahkan Ketua Polis Negara membuka semula siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock walaupun telah digesa oleh Peguam Negara amat dikesalkan dan membingungkan.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin direkodkan berkata bahawa siasatan ke atas kematian Teoh akan dibuka semula selepas menerima arahan Peguam Negara,” katanya yang merujuk laporan akhbar pada 25 Oktober 2018. Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Pasir Gelugor turut menghantar surat bertarikh 26 Oktober 2018 kepada Muhyiddin bahawa Peguam Negara telah mengarahkan kes itu dibuka semula. Bagaimanapun, katanya, surat itu sehingga kini tidak dijawab. Malah, katanya, Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga mendapat surat penjelasan daripada Peguam Negara bahawa pejabat itu telah mengarahkan KPN membuka semula kes tersebut Sejak 17 Julai 2018. “Kenapa Muhyiddin masih tidak mengarahkan KPN membuka semula siasatan ke atas kematian Teoh walaupun Peguam Negara sudah mengarahkan KPN berbuat demikian sejak Julai?

“Kenapa Muhyiddin tidak mengarahkan KPN buka semula kertas siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock walaupun Mahkamah Rayuan sendiri mendapati terdapat bukti perbuatan khianat dalam kes kematian Teoh dan Peguam Negara sendiri berpandangan bahawa siasatan ke atas kematian tersebut mesti dibuka semula?” soalnya.

Kenapa baru sekarang letak calon Orang Asli di Cameron Highlands, soal Kit Siang

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa baru sekarang UMNO mempertaruhkan calon Orang Asli. Beliau mengulas desas-desus yang UMNO akan mempertaruhkan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor dari suku Semai untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. “Adalah menyedihkan dan malang apabila Ramli tidak dicalonkan oleh UMNO semasa UMNO masih berpengaruh, dan seterusnya dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, sekali gus mengakhiri peminggiran masyarakat Orang Asli dan membawa mereka masuk ke dalam arus perdana pembangunan negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang mengakui Pakatan Harapan bakal menghadapi laluan sukar untuk menang PRK Cameron Highlands jika UMNO mencalonkan Ramli. Justeru itu, katanya, jentera pilihan raya Pakatan Harapan perlu melakukan keajaiban sepanjang dua minggu tempoh berkempen untuk memenangi PRK berkenaan. PH sekali lagi mencalonkan M. Manogaran di kerusi Parlimen Cameron Highlands, yang mempunyai 22% pengundi Orang Asli. Berbeza dengan UMNO, DAP lebih komited dalam mengangkat martabat Orang Asli apabila meletakkan Nasir Dollah, bertanding di kerusi DUN Galas, Kelantan pada PRU14. Nasir adalah antara 230 individu masyarakat Orang Asli Temiar yang menyertai DAP tahun lalu di Kampung Orang Asli Parik, Kuala Betis, Gua Musang.