PANAS! BERAPI Najib kena dengan Tun Mahathir! DEDAK Perompak Bugis!
Tun Mahathir ajak Gen Y mengundi, singkir ‘kerajaan kleptokrat’ Najib
KUALA LUMPUR, 24 MEI: ‘Semuanya sama’. Mungkin itu tanggapan sebahagian rakyat Malaysia khususnya golongan muda atau Gen Y terhadap politik.
Akibatnya, sebahagiannya mengambil keputusan memilih untuk tidak mengundi kerana berasakan politik itu membosankan.
Namun, keputusan untuk tidak mengundi hanya boleh menyebabkan situasi ekonomi dan politik negara menjadi mundur dan tidak stabil.
“Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.
“Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib. Najib menang; semua kalah,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam tulisannya di blog beliau baru-baru ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menegaskan, perubahan dalam negara ini hanya boleh tercapai dengan gandingan orang muda dan ‘lama’.
Oleh yang demikian, penglibatan golongan muda atau Gen Y dalam politik amat penting demi masa depan negara yang lebih baik.
“Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka,” kata Dr Mahathir lagi.
Menurut beliau, tanpa penglibatan golongan muda, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menang.
“Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama.
“Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah. Bermakna penerima dedak akan menang. Bermakna cash akan terus jadi King,” katanya lagi. –Roketkini.com
Melayu-UMNO patut bimbang kalau Najib kekal PM – Tun Mahathir
KUALA LUMPUR, 3 MEI: UMNO dan orang Melayu sepatutnya bimbang apabila Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri, dab bukannya jika Lim Kit Siang mengambil alih jawatan tersebut.
Kenyataan tersebut dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini.
“Rekod Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.
“Sebaliknya rekod DAP di Pulau Pinang tidak seburuk Kerajaan BN di pusat,” ujar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Menurut beliau kenyataan Najib bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO tewas dalam pilihanraya akan datang adalah tidak berasas sama sekali.
“Kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.
“Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi,” jelas beliau.
Sebaliknya ujar Tun Mahathir, Najib Razak sendiri yang telah membuat perjanjian ketenteraan dengan China.
“Kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.” tegasnya.
Kenapa Melayu boleh sokong MCA?
“MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu.
“Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu,” tambah beliau lagi.
Mahathir turut mempersoalkan bagaimana orang Melayu dan UMNO masih tidak membantah walaupun MCA yang sebenarnya menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.
“DAP adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India.
“Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia,” tegas beliau. – Roketkini.com
Keindahan Bulan Ramadan : Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming(DAP) & ADUN Pokok Assam Teh Kok Lim dijemput berbuka puasa di masjid, beri sumbangan kepada masjid & membeli baju raya kepada kanak-kanak beragama Islam. Inilah keindahan ajaran Islam sebenar yang maha penyayang & pemimpin yang berkhidmat & berbakti untuk semua. Negaraku kita bina semula! ??❤❤