Rakyat akan hukum pembangkang khianati hasrat Sabah, Sarawak

Ahli Parlimen DAP menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan parti pembangkang yang mengagalkan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak untuk melihat negeri itu diangkat pada kedudukan yang sepatutnya. Pada Selasa lalu, Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. Pembentangan RUU tersebut adalah bertujuan untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan bagi mengembalikan semula status asal Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hing berkata peluang keemasan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak itu musnah akibat daripada “sikap mementingkan diri” pihak pembangkang. “Tindakan tidak mengundi yang secara tidak langsung menolak pindaan Fasal 2 Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan tentu akan dihukum oleh rakyat nanti. Hasrat rakyat dikhianati, aspirasi rakyat diketepikan. “GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang selamanya melaung-laungkan ‘berjuang mengangkat MA63’ terbukti satu penipuan yang paling besar dalam sejarah politik Sabah dan Sarawak,” katanya yang juga Setiausaha DAP Sabah kepada Roketkini.

VIDEO: "TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANG

"TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANGhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin

Ahli Parlimen GPS, selain BN dan PAS, adalah antara 59 wakil rakyat yang berkecuali semasa undian belah bahagi diadakan selepas bacaan kedua RUU tersebut di Parlimen. Sementara itu, 138 wakil rakyat yang majoritinya Ahli Parlimen Pakatan Harapan menyokong RUU berkenaan. Bagi Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol pembangkang sejak sekian lama telah mengkhianati hasrat rakyat Sabah dan Sarawak apabila gagal mengembalikan status kedua-dua negeri tersebut meskipun pernah menjadi kerajaan sebelum ini.“Bukan menuding jari, jika betul mereka ikhlas, kenapa perkara ini tidak berlaku dulu? Mereka nak bincang berapa lama? Mereka nak berhati-hati setakat mana? Terlalu takut untuk memulakan langkah sehinggakan Sabah dan Sarawak kehilangan dan terlepas banyak perkara.

VIDEO: Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.

Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol

“Ini terbukti bila mereka menolak cadangan untuk meminda Perkara 1 Fasal 2 yang sepatutnya memudahkan Sabah dan Sarawak menuntuk hak-hak lain,” ujarnya yang juga Naib Pengerusi DAP Sarawak. Ahli Parlimen GPS dalam sesi perbahasan RUU berkenaan memberikan alasan bahawa kononnya mereka – semasa dalam kerajaan – “ragu-ragu” untuk membawa perkara itu di Parlimen kerana bimbang ditolak pembangkang ketika itu. “Sama ada mereka ragu-ragu dengan pembangkang ketika itu, atau mereka gagal meyakinkan pentadbiran Najib (Razak) pada ketika itu,” katanya. Tambah Mordi, akibat daripada tindakan pembangkang, Sabah dan Sarawak kini tidak boleh menuntut hak sebagai wilayah, sebaliknya hanya sebagai negeri seperti mana negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu. “Ini merupakan peluang keemasan dan kita jelas bahawa pindaan ini sememangnya tidak menyentuh perkara-perkara lain seperti hak autonomi dan sebagainya untuk Sabah dan Sarawak kerana perkara-perkara lain itu masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Kabinet Khas. “Jika pindaan Perkara 1 (2) itu diluluskan, maka ia akan membolehkan Sabah dan Sarawak menuntut perkara lain dalam perbincangan Jawatankuasa Kabinet Khas sebagai Wilayah.

VIDEO: TERKINI! Rosmah Ditangkap SPRM, Bakal Didakwa Esok!

TERKINI! Rosmah Ditangkap SPRM, Bakal Didakwa Esok!https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

“Kini, selepas pindaan ditolak, Sabah dan Sarawak hanya mampu menuntut atas kapasiti sebuah negeri. Ini sangat-sangat mengecewakan,” ujarnya. – Roketkini.com

Nie Ching mahu jadikan DBP setaraf institut bahasa negara maju

Kementerian Pendidikan yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan berhasrat untuk menjadikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pusat rujukan bahasa Melayu seperti mana institut bahasa lain di negara maju. Kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, terdapat juga usaha untuk menjadikan DBP setaraf pusat bahasa lain seperti British Council di United Kingdom, Goethe Institute (Jerman) dan Nippon Institute (Jepun). “Bahasa Kebangsaan akan diperkasakan di peringkat rantau ASEAN dan di persada dunia,” katanya seperti dipetik Bernama dalam ucapan Perasmian Sidang ke-58 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Seminar Kebahasaan di Kuala Lumpur, hari ini.

VIDEO: Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.

Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Tambah Nie Ching, pihaknya akan melipatgandakan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia dan menyeru agar semua pihak memainkan peranan dengan memantapkan penguasaan bahasa Kebangsaan itu. “Ciri dan sifat bahasa Melayu yang fleksibel, menjadi satu ciri bahasa ilmu yang relevan dengan peredaran zaman sekaligus menjadi kekuatan untuk bahasa kita berkembang dengan bahasa-bahasa lain di dunia,” ujarnya. Sidang ke-58 MABBIM anjuran DBP bertema ‘Bahasa Melayu/Indonesia sebagai Bahasa Utama Dunia’ berlangsung selama enam hari dan dijadualkan berakhir Sabtu ini. MABBBIM ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu serta Indonesia, dianggotai Brunei, Indonesia dan Malaysia. Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menyifatkan pengumuman itu sebagai perkara yang dinanti-nantikan sejak sekian lama. “Usah hanya dendangkan slogan “bahasa jiwa bangsa”. Sudah tiba masanya martabat bahasa Melayu diangkat secara praktikal. “Bahasa yang tinggi ialah bahasa yang mampu membawa ilmu yang tinggi.

VIDEO: "TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANG

"TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANGhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

“Ilmu yang tinggi hanya datang jika para pemikir dan cerdik pandai tidak dikongkong pemerintah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

VIDEO: GEMPAR!! ROSMAH TELAH DITANGKAP DAN BAKAL DIDAKWA ESOK

GEMPAR!! ROSMAH TELAH DITANGKAP DAN BAKAL DIDAKWA ESOKhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

PAS digesa terima nasihat UNESCO, benarkan semula Mak Yong, Wayang Kulit

Seorang pemimpin DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) supaya Kerajaan Negeri Kelantan menarik balik larangan ke atas tarian tradisional seperti Wayang Kulit dan Mak Yong daripada dipersembahkan di negeri itu.“Wayang Kulit dan Mak Yong adalah antara persembahan budaya tertua di dunia yang perlu diangkat, dipelihara dan dihargai, ia harus diturunkan kepada generasi akan datang.“Tarian Mak Yong juga adalah tarian tradisional yang tertua di Kelantan, malah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebuah warisan dunia,” kata Adun Keranji, Chong Zhemin dalam kenyataan, hari ini.

Selasa lalu, pelapor PBB Karima Bennounce seperti dilapor media menggesa Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan larangan ke atas Mak Yong, wayang kulit dan lain-lain bentuk persembahan tradisional Melayu.“Malaysia terkenal dengan persembahan dan amalan tradisional yang luar biasa. Saya fikir amat memalukan jika budaya ini diharamkan di negeri asal ia dilahirkan,” katanya seperti dipetik media.

Video Parlimen : “Selagi jubah ini atas bahu saya, saya akan menjalankan tugas Speaker dengan adil, saksama & berkeamanahan.”

MP UMNO Biadap lagi. Kita minta Speaker halau dia keluar!! Buat Malu je….https://youtu.be/UMMuoZNn_tI

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Wednesday, March 13, 2019

Zhemin dalam pada itu, turut melahirkan kebimbangan jika larangan itu akan turut diperluaskan di beberapa negeri lain susulan kerjasama antara UMNO dan PAS. “Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini menyatakan bahawa Wayang Kulit dan Mak Yong boleh dipentaskan di negeri lain.

Video Parlimen : Kantoi! Terbukti BN FITNAH lagi & terpaksa tarik balik kernyataan fitnah. Sebarkan! 💥💥

Kantoi! Terbukti BN FITNAH lagi & terpaksa tarik balik kernyataan fitnah. Sebarkan!https://youtu.be/F1hcAR3nXfk

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Friday, March 15, 2019

“Dengan UMNO dan PAS kini membentuk kerjasama dan meneroka kemungkinan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, adakah larangan Wayang Kulit dan Mak Yong ini akan diperluaskan ke negeri yang majoriti kerusinya dipegang oleh UMNO dan PAS iaitu di Terengganu dan Pahang?” katanya yang Setiausaha Publisiti DAP Perak.Beliau turut menyatakan kebimbangan sama ada larangan itu akan diperluaskan di seluruh negara jika gabungan PAS dan UMNO, bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional, menang pilihan raya seterusnya.“Jika perikatan PAS-UMNO-MCA-MIC (PUMM) ini menang pilihan raya seterusnya, adakah persembahan Mak Yong dan Wayang Kulit akan dilarang di seluruh negara?” soalnya. – Roketkini.com

VIDEO: KECOH Satu Dewan! Tony Pua 'SEKOLAHKAN' Bung Moktar ''Hidup Tak Mengaku Pembangkang!''

KECOH Satu Dewan! Tony Pua 'SEKOLAHKAN' Bung Moktar ''Hidup Tak Mengaku Pembangkang!''https://youtu.be/uZqy4FD_dBY

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Thursday, March 14, 2019

Syed Saddiq Hampir Dipukul [VIDEO]

Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much! Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri. Dalam perjalan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong penyokong BN. Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya. Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN.

Video : Tergempar!! Presiden PAS Hadi Awang kantoi bila diserlah sebagai racun perkauman yang memalukan ISLAM di London!! 💥💥

Video : Tergempar!! Presiden PAS Hadi Awang kantoi bila diserlah sebagai racun perkauman yang memalukan ISLAM di London!! 💥💥

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月25日火曜日

Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang. Insiden seperti ini mengingatkan saya kenapa saya masuk politik. Bukan untuk bermusuhan, tetapi untuk kekal berkhidmat. Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular dikalangan masyarakat kita. I want to be a “Yang Berkhidmat” which serves all Malaysians regardless of race, religion and political ideologies. Kerana Malaysia menyatupadukan kita semua. May Allah swt open up their hearts and minds. Laporan polis akan saya buat pada pukul 2pm di Balai Polis Sungai way.; Syed Saddiq

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月15日土曜日

PAS sudah boleh mengaku terima dana UMNO

PAS jadi lauk di media sosial satu dua hari ini lantaran penarikan balik saman fitnahnya terhadap Sarawak Report (SR). Saman fitnah ini dijalankan di mahkamah London, tempat bermastatutinnya Clare Rewcastle Brown, yang menyelenggara laman web SR itu. SR adalah sebuah portal yang cukup lantang mendedahkan skandal-skandal di Malaysia, terutamanya 1MDB. Arakian maka bermulalah kisah bagaimana SR telah membuat satu pendedahan bahawa PAS telah menerima dana daripada UMNO, dan dana itu terkait syarikat bermasalah milik negara, 1MDB.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; justeru melancarkan perang terhadap SR dan dengan penuh yakin memberitahu anggota jemaahnya bahawa PAS akan memfailkan saman terhadap Clare, demi memelihara maruah PAS. Tabung-tabung derma pun dilancar di peringkat akar umbi supaya PAS mempunyai dana yang mencukupi untuk mengheret SR ke mahkamah. Akar umbi PAS pun bingkas menyerahkan apa termampu demi memastikan fitnah terhadap parti mereka dapat ditewaskan. Alih-alih saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah. Pejabat presiden PAS mengeluarkan kenyataan satu muka surat dengan empat perkara diberi penekanan. Pertama Haji Hadi menarik semula tuntutannya, justeru Clare juga menarik semula tuntutan balas beliau. Seterusnya, mahkamah tidak memberi sebarang perintah berkenaan kos. Akhir sekali, terma penyelesaian kedua-dua pihak dirahsiakan. Yang menarik balik saman ialah orang yang memulakan saman.

Fitnah yang mahu dilawannya tidak pula ditarik balik. Tiadanya perintah kos, bererti segala sumbangan yang telah diberikan hingga ke saat-saat akhir tindakan undang-undang itu tidak mencapai tujuannya untuk melawan tuduhan berat SR. Kerahsian terma-terma bererti ada persetujuan yang tidak akan kita ketahui apa isinya. Berdegar-degar serata alam dicanang mahu membersihkan nama PAS daripada tuduhan menerima wang UMNO, kutip derma di kalangan ahli dan penyokong sampaikan ada yang lelong baju vintage untuk bantu perjuangan presiden di London. Semuanya ternyata sia-sia. Tetapi ada juga pandir penyokong PAS yang tidak melihat ini sebagai musibah kepada partinya. Yang dia tahu, partinya tahun lalu sudah memperolehi kemenangan yang pertama; seperti dalam cerita Nujum Pak Belalang. Menang apa benda, dia pun tak tahu sebenarnya. 1 Mei 2018, akhbar lidah rasmi parti pemerintah ketika itu, Utusan Malaysia telah melaporkan bagaimana PAS telah menang saman fitnah terhadap SR. Beberapa hari sahaja sebelum UMNO melingkup, lidah partinya mencanang kejayaan kekasih baharu ketika itu.

Kejayaan apa benda, penyokong PAS tidak perlu peduli. Hakikatnya tidak menang apa pun. Dan kini Haji Hadi sendiri menarik balik tindakan undang-undangnya. Tetapi kenapa isu tarik balik saman SR ini sangat penting? Pastilah kerana dakwaan berat SR terhadap PAS bahawa ia telah makan duit UMNO yang menjadi punca utama bagaimana PAS terbelah dua. Maksudnya orang yang menerima duit UMNO telah menjalankan tugasnya untuk memecahkan PAS dan mengeluarkan PAS dari gabungan Pakatan Rakyat (ketika itu). Kita semua tahu PAS adalah komponen paling kuat dalam Pakatan Rakyat, dan kerana itu UMNO mencari point lembik tengkuk PAS. Seteleh dibelai dan dimanja, ia akhirnya termakan umpan perpaduan yang membuka jalan mudah menuju kuasa. Kuasa yang disangkanya akan mudah diraih apabila UMNO menang bergaya dalam PRU ke-14. Maka UMNO pun membeli jiwa beberapa pimpinan PAS. Mereka timbulkan perbalahan, dan PAS pun berpecah, dengan harapan ia akan pasti dapat menyertai kerajaan bersama UMNO setelah PRU14.

Perbahasan halal haram makan duit UMNO ini ambil masa yang cukup lama juga dalam lingkungan penyokong dan pekerja parti. Boleh baca berjela-jela perbahasan sesama mereka di Facebook, yang kemudiannya meletup dengan tertirisnya rakaman ucapan yang didakwa suara Nik Abduh, anak kepada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Kita semua tahu akan hal rakaman itu. Jenaka ‘ana tahu’ berlegar cukup lama dalam kalangan bekas pimpinan PAS yang kini menganggotai parti Amanah. Namun manusia hanya merancang. Usai PRU14, UMNO melingkup dan duitnya putus. Berjuta ringgit dana yang disimpan di pejabat dan rumah pemimpinnya kerana begitu yakin akan menang besar, telah disita. PAS kiranya putus duit juga, selain putus harapan untuk naik tahkta di Putrajaya. Melengung lah masing-masing, tak dapat jadi menteri. Mujurlah ada saguhati jadi kerajaan di Terengganu. Jadi sekarang begini saja lah. Memandangkan hukum undi BN pun sudah jadi wajib sejak pilihanraya kecil Cameron Highlands, dan bakal menyusul di DUN Semenyih. Serta jelas sudah tidak ada segan silu lagi tentang kerjasama politik kedua-duanya, tanzim PAS sewajarnya berlaku jujur sahaja dengan akar umbi.

Mengaku sahaja bahawa pemimpin sudah ambil duit UMNO untuk kempen menghalau para ‘jebon dan Anwarinas’ dalam muktamar bersejarah itu, dan dengan tindakan tersebut menjahanamkan jemaah sehingga hancur berkecai. Mengaku bahawa ya, pimpinan telah makan duit UMNO supaya Pakatan Rakyat melingkup. Mengaku supaya akar umbi tahu pengkhianatan pimpinan dan berapa sebenarnya harga untuk membeli sebuah tanzim jemaah Islam. Seperti wirid Najib Razak sekarang, ‘Malu apa bossku?’ Mengaku sahaja, supaya ahli dan pekerja parti benar-benar tahu dan faham. Katakan bahawa kalian makan duit UMNO seperti yang disurahkan panjang lebar oleh Clare Rewcastle dan Sarawak Report di portal dan juga kenyataan pembelaannya di mahkamah. Segalanya sudah pun sudah berlalu. Saman fitnah pun sudah ditarik balik, dan laporan SR tetap kekal disiar tanpa sebarang pindaan. Segeralah mengaku dan katakan dengan lidah yang fasih, “Ya, ana ambil duit UMNO. Ana buat semua ni demi Islam dan Melayu”. Senang.

Jangan malu-malu ya akhi. Enta tahu. Ana pun tahu. Sekarang biar semua orang tahu. – Roketkini.com