Rakyat akan hukum pembangkang khianati hasrat Sabah, Sarawak

Ahli Parlimen DAP menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan parti pembangkang yang mengagalkan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak untuk melihat negeri itu diangkat pada kedudukan yang sepatutnya. Pada Selasa lalu, Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. Pembentangan RUU tersebut adalah bertujuan untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan bagi mengembalikan semula status asal Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hing berkata peluang keemasan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak itu musnah akibat daripada “sikap mementingkan diri” pihak pembangkang. “Tindakan tidak mengundi yang secara tidak langsung menolak pindaan Fasal 2 Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan tentu akan dihukum oleh rakyat nanti. Hasrat rakyat dikhianati, aspirasi rakyat diketepikan. “GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang selamanya melaung-laungkan ‘berjuang mengangkat MA63’ terbukti satu penipuan yang paling besar dalam sejarah politik Sabah dan Sarawak,” katanya yang juga Setiausaha DAP Sabah kepada Roketkini.

VIDEO: "TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANG

"TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANGhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin

Ahli Parlimen GPS, selain BN dan PAS, adalah antara 59 wakil rakyat yang berkecuali semasa undian belah bahagi diadakan selepas bacaan kedua RUU tersebut di Parlimen. Sementara itu, 138 wakil rakyat yang majoritinya Ahli Parlimen Pakatan Harapan menyokong RUU berkenaan. Bagi Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol pembangkang sejak sekian lama telah mengkhianati hasrat rakyat Sabah dan Sarawak apabila gagal mengembalikan status kedua-dua negeri tersebut meskipun pernah menjadi kerajaan sebelum ini.“Bukan menuding jari, jika betul mereka ikhlas, kenapa perkara ini tidak berlaku dulu? Mereka nak bincang berapa lama? Mereka nak berhati-hati setakat mana? Terlalu takut untuk memulakan langkah sehinggakan Sabah dan Sarawak kehilangan dan terlepas banyak perkara.

VIDEO: Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.

Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol

“Ini terbukti bila mereka menolak cadangan untuk meminda Perkara 1 Fasal 2 yang sepatutnya memudahkan Sabah dan Sarawak menuntuk hak-hak lain,” ujarnya yang juga Naib Pengerusi DAP Sarawak. Ahli Parlimen GPS dalam sesi perbahasan RUU berkenaan memberikan alasan bahawa kononnya mereka – semasa dalam kerajaan – “ragu-ragu” untuk membawa perkara itu di Parlimen kerana bimbang ditolak pembangkang ketika itu. “Sama ada mereka ragu-ragu dengan pembangkang ketika itu, atau mereka gagal meyakinkan pentadbiran Najib (Razak) pada ketika itu,” katanya. Tambah Mordi, akibat daripada tindakan pembangkang, Sabah dan Sarawak kini tidak boleh menuntut hak sebagai wilayah, sebaliknya hanya sebagai negeri seperti mana negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu. “Ini merupakan peluang keemasan dan kita jelas bahawa pindaan ini sememangnya tidak menyentuh perkara-perkara lain seperti hak autonomi dan sebagainya untuk Sabah dan Sarawak kerana perkara-perkara lain itu masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Kabinet Khas. “Jika pindaan Perkara 1 (2) itu diluluskan, maka ia akan membolehkan Sabah dan Sarawak menuntut perkara lain dalam perbincangan Jawatankuasa Kabinet Khas sebagai Wilayah.

VIDEO: TERKINI! Rosmah Ditangkap SPRM, Bakal Didakwa Esok!

TERKINI! Rosmah Ditangkap SPRM, Bakal Didakwa Esok!https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

“Kini, selepas pindaan ditolak, Sabah dan Sarawak hanya mampu menuntut atas kapasiti sebuah negeri. Ini sangat-sangat mengecewakan,” ujarnya. – Roketkini.com