ProGuam jawab kekeliruan masyarakat tentang UEC

Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) tampil menjawab kekeliruan masyarakat berhubung Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang lulusannya diiktiraf untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP). Presidennya, Noorazmir Zakaria seperti dipetik Sinar Harian berkata, kekeliruan itu timbul ekoran sikap masyarakat yang cenderung memandang UEC dari sudut sentimen kaum semata-mata tanpa memahami apa itu UEC dan di peringkat mana.

Parliment Malaysia 10-4-2019 (Pagi)

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

“Pada hari ini masyarakat keliru dengan menganggap UEC seperti ijazah. “Individu yang mahu menduduki peperiksaan (CLP) itu, mesti memenuhi syarat dan kemudiannya tetap mengambil ijazah dalam undang-undang di peringkat universiti pula,” katanya seperti dipetik akhbar berkenaan, hari ini. Malah tegas Noorazmir lagi, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB) telah lama mengiktiraf lulusan UEC untuk menduduki CLP sejak – era pentadbiran Barisan Nasional (BN) – 20 tahun lalu. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa hanya kerajaan berhak mengiktiraf UEC. Meskipun bersetuju dengan pandangan itu, Noorazmir menegaskan, dari sudut profesionalisme peguam ia adalah berbeza dan harus dilihat secara terperinci.

Parliment Malaysia

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Jumaat lalu, Pengerusi LPQB, Tommy Thomas yang juga Peguam Negara dilaporkan berkata, mulai 1 Januari 2021, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil UEC ialah memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian, termasuk Bahasa Melayu, di peringkat SPM / 0-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama dan lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada peringkat Senior Middle 3 dan. – Roketkini.com
https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/631826760621567/

UMNO, PAS sebar fitnah untuk raih undi orang Melayu, kata Mat Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu tampil menjawab tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap PH sehingga menimbulkan kebimbangan orang Melayu dalam dalam satu ceramah di Seremban, semalam. Menurut beliau, sentimen perkauman yang dimainkan UMNO dan PAS adalah sekadar untuk meraih undi orang Melayu dengan membuat tuduhan bahawa Pakatan Harapan (PH) kononnya dikuasai pemimpin DAP.
Beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama dalam ceramah PH di Kampung Mambau dekat sini, semalam.

VIDEO: Anwar tidak lupa Rantau jika jadi Perdana Menteri

Anwar tidak lupa Rantau jika jadi Perdana Menterihttps://youtu.be/Uy2GQY0-TMk

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Thursday, April 11, 2019

Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu turut menegaskan bahawa tuduhan pembangkang kononnya keistimewaan yang dinikmati kaum Melayu akan terhakis di bawah pentadbiran PH adalah tidak benar. Tegasnya yang juga Menteri Pertahanan, di bawah kerajaan PH, kepentingan semua kaum, termasuk orang Melayu terbela. Justeru itu, beliau menyeru agar pengundi DUN Rantau khususnya orang Melayu agar tidak termakan momokkan bahawa nasib mereka tidak terbela di bawah PH dan menyokong calon PH bagi kelestarian kehidupan dan kawasan itu. Turut hadir adalah Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram. Mat Sabu dalam pada itu, turut menasihati pengundi agar tidak termakan dakyah dan fitnah pembangkang kononnya TH diuruskan oleh DAP. Katanya, apa yang perlu diberikan perhatian adalah nasib TH yang akan terus dibelenggu kerugian teruk jika ia masih di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional.

VIDEO: Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.

Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Kini, tambahnya, kerajaan sedang dan telah melaksanakan penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tadbir urus kewangan yang dihadapi TH akibat daripada percaturan kerajaan terdahulu. – Roketkini.com

VIDEO: "TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANG

"TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANGhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Kerajaan PH berjaya tangani isu FELDA, Tabung Haji meski baru 11 bulan tadbir negara

Kerajaan Pakatan Harapan telah melaksana teras manifestonya bagi menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh 11 bulan mentadbir, kata seorang pemimpin DAP. Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo seperti dipetik Bernama berkata, ini terbukti dengan tindakan yang diambil kerajaan dalam menangani isu agensi utama negara seperti Tabung Haji dan FELDA. “Kalau orang kata PH tidak laksana janji, tengok apa berlaku di Parlimen seminggu lepas, untuk Tabung Haji, Felda kita bangkitkan isu itu, kita janji akan bawa pembaikan, kita akan bawa pembaharuan dan akan membongkarkan apa salah laku yang dilakukan, dan kita akan perbaiki.

VIDEO: Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.

Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

“Kita melaksanakan apa kita telah janjikan, memang ada beberapa perkara lain dalam manifesto yang kita perlu laksana dengan lebih lagi, tapi kita ada masa, ada lima tahun…dan saya minta kita semua yang ada di sini, kita semua bersatu padu. Selepas 11 bulan, kita masih kuat dan apa kita yang perlu lakukan adalah untuk bergerak ke hadapan,” katanya. Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada ceramah umum di Taman Seri Intan, Kampung Siliau, Seremban, malam tadi, sebagai menjawab tuduhan pembangkang kononnya kerajaan PH gagal melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ia turut dihadiri Ketua Umum PH Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Tambah Gobind, PH mempunyai pemimpin yang berintegriti dan sentiasa memelihara khazanah negara untuk kegunaan rakyat dan bukannya kroni. “Itu kita mahu, kerajaan yang ada perbezaan dengan Barisan Nasional (BN). “Kita ada pilihan, kita tunjukkan bahawa kita ada pemimpin, bukan sahaja pemimpin bersih, tetapi pemimpin yang ambil langkah-langkah berusaha untuk membersihkan, memperbaiki ekonomi dan mengangkat taraf kehidupan rakyat Malaysia, itu kerajaan PH,” katanya.

VIDEO: "TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANG

"TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANGhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Beliau turut membandingkan PH dengan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional, yang dilihat mewariskan sebuah negara dan negeri yang mempunyai masalah kewangan yang sangat besar. “…apabila mereka jadi kerajaan, maka berlaku semua skandal ini, berlaku semua kekurangan ini, berlaku kerosakan sehingga memberi akibat yang (membawa) padah kepada agensi seperti Tabung Haji dan Felda,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa tidak mahu isu perkauman serta agama diapi-apikan pihak tertentu kerana kerajaan PH komited dalam membina sebuah negara yang di mana warganya bangga menjadi rakyat Malaysia. PRK DUN Rantau pada Sabtu ini, menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S. Streram, calon BN Mohamad Hasan dan dua calon Bebas, suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin. – Roketkini.com

VIDEO: GEMPAR!! ROSMAH TELAH DITANGKAP DAN BAKAL DIDAKWA ESOK

GEMPAR!! ROSMAH TELAH DITANGKAP DAN BAKAL DIDAKWA ESOKhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

 

Kenyataan mencuri Noh Omar cerminan akhlak buruk pemimpin BN – Kor Ming

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming membidas Noh Omar berhubung kenyataan “mencuri” di Parlimen. Ahli Parlimen Tanjong Karang itu seperti dipetik media pada Khamis lalu menyebut “mencuri tidak salah, tau? Bila kena tangkap, itu baru salah”. Menurut Kor Ming, kenyataan tidak sensitif tersebut menunjukkan sikap sebenar ahli parlimen pembangkang Barisan Nasional (BN) yang tidak bermoral.

VIDEO: Anwar tidak lupa Rantau jika jadi Perdana Menteri

Anwar tidak lupa Rantau jika jadi Perdana Menterihttps://youtu.be/Uy2GQY0-TMk

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Thursday, April 11, 2019

“Dia katakan mencuri ini bukan satu kesalahan jika tidak ditangkap. Saya mahu tegaskan di sini, di sisi Islam, mencuri sama ada ditangkap atau tidak ditangkap tetap dianggap sebagai salah. “Hitam tetap hitam (salah tetap salah), hitam tidak akan jadi putih. Kenyataan Noh Omar itu adalah cerminan tahap akhlak dan moral pemimpin BN yang begitu rendah dan sebab itu mereka sanggup mencuri RM2.6 bilion,” katanya kepada Roketkini. Malah, katanya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, kenyataan “tidak bermoral dan kurang cerdik” seumpama itu juga mencemarkan imej Parlimen sebagai institusi perundangan tertinggi negara. Beliau turut menegur sikap Noh Omar yang dilihat tidak sensitif terhadap umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan itu. “Sama ada kamu ditangkap atau tidak (kerana mencuri) Allah tahu. (Jika) Kamu ada curi RM2.6 bilion, ingat Allah tak tahu ke? Allah tahu. “Beza DAP dengan UMNO dan PAS – DAP adalah parti yang bermoral,” katanya. Beliau menggesa ahli Parlimen khususnya pembangkang agar menjaga bahasa dan tingkah laku semasa berbahas di Dewan Rakyat bagi menjaga imej Parlimen.

VIDEO: Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.

Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

“Jangan menjatuhkan maruah imej Parlimen dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik dan tidak bermoral,” tegasnya lagi. – Roketkini.com

VIDEO: "TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANG

"TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANGhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Suntikan dana RM6.23 bilion: Bukti tekad kerajaan PH pulihkan FELDA

Pembentangan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)” di Parlimen semalam membuktikan komitmen dan tekad kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan agensi berkenaan ke tahap yang lebih baik. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih tersebut memaklumkan bahawa kerajaan akan menyuntik dana sebanyak RM6.23 bilion untuk lembaga terbabit. Peruntukan itu akan disalurkan dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat bagi memulihkan kembali FELDA.

VIDEO: Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.

Usul pindaan MA63 dibentangkan, Ronald sokong usul.https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Kerajaan juga, katanya, bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan kepada peneroka dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion. Skim bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil juga diubah di bawah model baharu diperkenalkan kerajaan PH dengan menjanjikan pinjaman berasaskan keperluan dan sistem bayaran balik berdasarkan pendapatan peneroka. “Langkah ini merupakan usaha kerajaan untuk membela nasib peneroka yang terbeban dengan hutang yang tinggi memandangkan kebanyakannya sudah lanjut usia,” kata kertas putih. Sehingga 2011, peneroka mendapat pendapatan berdasarkan hasil daripada tanah mereka dan dividen pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA. Dalam tempoh itu, FELDA menguruskan semua pelaburan dan tanaman komersial. Bagaimanapun, semasa era pentadbiran Najib Razak sejak 2012, segala urusan FELDA diserahkan kepada Felda Global Ventures Bhd (kini FGV Holdings Bhd) dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). Pun begitu, model yang digunakan pakai pentadbiran BN di bawah Najib itu gagal mendapatkan hasil yang dijangka meskipun telah disenaraikan di Bursa Saham dengan nilai RM10.5 bilion. Sebaliknya FELDA menanggung rugi sejak 2013 hasil daripada keputusan penyenaraian tersebut.

VIDEO: "TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANG

"TAK AKAN KITA NAK TUNGGU SELEPAS 55 TAHUN LAGI" SHAFIE APDAL LONTAR KATA PEDAS KEPADA PEMBANGKANGhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Melalui penyenaraian tersebut, FELDA telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya dimiliki FGV. Bagaimanapun, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh FELDA melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap. “Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum,” ujar Azmin. Antara sebab kerugian tersebut, menurut kertas putih itu adalah, FELDA melalui syarikatnya FGV dan FIC melakukan pelaburan “agresif” dan “tidak terkawal”. Menerusi FIC, FELDA yang ketika itu di bawah kepimpinan Mohd Isa Abdul Samad membuat perjanjian yang boleh dipersoalkan berdasarkan audit forensik oleh Ernst & Young. Kerajaan PH mendapati terdapat lapan transaksi meragukan yang kini di bawah penelitian FELDA. Ia melibatkan pelaburan di Grand Plaza Kensington, Pangsapuri Service Grand Plaza, Eagle High, Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Grand Felda House, Dataran Aras Sdn Bhd (DASB), Felda Wellness Corporation Sdn Bhd (FWC), dan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd.

Parliment Malaysia 10-4-2019 (Pagi)

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Kertas putih juga menyatakan bahawa hutang FELDA telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100% daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107%. “Manakala, keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590% dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada FELDA. “Sebaliknya, pinjaman yang dibuat oleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan FELDA,” ujar Azmin. Kerajaan turut menegaskan bahawa penstrukturan kedudukan kewangan semasa FELDA dilakukan segera menerusi penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan dan rasionalisasi aset. Antara penyusun semula yang dilakukan terhadap FELDA adalah melantik kepimpinan baru FELDA yang terdiri daripada golongan profesional, berwibawa dan berintegriti. “Kegagalan menstrukturkan semula pinjaman FELDA akan mendedahkan FELDA kepada pembayaran pinjaman dan kadar faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019,” kata Azmin. Model Baharu era PH: Peneroka jadi tuan tanah. Kerajaan PH akan memperkenalkan model baharu yang akan membolehkan tanah peneroka diusahakan secara cekap, berskala besar dan mampu mengurangkan kos operasi.

Parliment Malaysia

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Mengikut model perniagaan baru, lembaga itu akan menyewa dan menggunakan tanah daripada peneroka secara jangka panjang. Menurut kertas putih, pengenalan model tersebut akan memberikan keuntungan kepada semua pihak khususnya peneroka. Bagaimanapun, peneroka diberi peluang untuk mengusahakan kebun mereka sendiri jika ada keupayaan dan kemampuan untuk berbuat demikian, tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan. Ia diperkenalkan bagi menangani masalah demografi peneroka yang kebanyakannya berumur 60 tahun ke atas dan diketahui sudah tidak berkeupayaan mengurus ladang ditambah dengan hutang yang tinggi. Koperasi FELDA diperkukuhkan. Menurut kertas putih, Koperasi Permodalan Felda Berhad akan diperkasa bagi meningkatkan lagi penglibatan peneroka dan generasi baharu peneroka dalam aktiviti pengurusan, pelaburan dan perniagaan. Menerusi pengukuhan itu, peneroka diberi peluang untuk memiliki saham dana koperasi supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam kemajuan FELDA. Malah, penglibatan koperasi peneroka akan dipertingkatkan dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti pengurusan ladang serta pembangunan sosioekonomi peneroka.

Kerajaan juga akan memberi penekanan mengkaji semula dan menambah baik pengurusan ladang sedia ada bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan yang akan memberi manfaat kepada peneroka. Tanaman baru. Pasaran industri kelapa sawit yang bergantung kepada pasaran dunia yang tidak menentu dan terdedah kepada permintaan yang rendah memaksa kerajaan mencari alternatif bagi meningkatkan pendapatan peneroka. Menerusi kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor swasta, FELDA akan mengenal pasti program tanaman alternatif dan ternakan yang mampu memberikan hasil tuaian dalam tempoh yang singkat dan berpontensi untuk menjana aliran tunai dengan cepat dan konsisten. Antara tanaman tersebut termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan kenaf yang akan mengurangkan kebergantungan kepada hasil kelapa sawit dan getah. Program ini telah dijalankan di FELDA Bukit Rokan dan akan diperluas ke tanah rancangan lain dengan kerjasama pemegang taruh serta syarikat swasta menerusi tanaman integrasi ladang industri hiliran. Teknologi pertanian pintar. Seiring dengan kemajuan teknologi semasa, kerajaan menyatakan hasrat untuk FELDA bergerak ke arah penggunaan teknologi berasaskan pertanian pintar.

Penggunaan teknologi terkini itu dijangka akan membolehkan FELDA membangunkan industri pengeluaran makanan, sekaligus menangani import makanan negara. FELDA juga akan memperluaskan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran pengeluaran. Menurut kertas putih, kaedah penanaman dan penuaian akan dapat ditambah baik melalui sistem tersebut, sekaligus meningkatkan hasil tanaman, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dan menarik penyertaan generasi baharu FELDA untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti perladangan. Inisiatif untuk peneroka generasi baharu peneroka. Kerajaan PH menyedari kepentingan peneroka generasi baharu yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan FELDA di masa akan datang. Justeru itu, pelbagai inisiatif telah ditawarkan kerajaan antaranya menyiapkan projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang berada pada tahap kemajuan kerja 70% dan ke atas. Untuk tujuan ini, kerajaan meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019. Usaha ini akan memberi manfaat kepada seramai 4,794 keluarga generasi baharu untuk memiliki rumah.

VIDEO: GEMPAR!! ROSMAH TELAH DITANGKAP DAN BAKAL DIDAKWA ESOK

GEMPAR!! ROSMAH TELAH DITANGKAP DAN BAKAL DIDAKWA ESOKhttps://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

“Pada masa yang sama, usaha-usaha pembinaan perumahan di kawasan FELDA akan dilaksana oleh entiti berkaitan Kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad dan lain-lain,” kata kertas putih.
Generasi baharu juga akan dibenarkan untuk membina rumah sendiri di atas tapak yang sama dengan peneroka asal. Menurut kertas putih, ini adalah untuk mewujudkan “penglibatan dan kesepaduan antara generasi akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan bagi meningkatkan kesejahteraan peneroka yang majoritinya warga emas. “Aspek warisan dan hubungan saling menghormati dan bantu-membantu antara generasi akan dipertingkat.” Selain itu, FELDA juga akan menyediakan Skim Pewaris Tanah bagi melancarkan proses peralihan pemilikan tanah peneroka. Menurut kertas putih, FELDA telah selesai mengemas kini data pemilikan tanah peneroka FELDA Mempaga 3, Kg. Sertik dan Lurah Bilut dan akan diperluas ke 314 Rancangan FELDA yang lain. “Pelan pewarisan perlu dilakukan segera kerana profil umur peneroka terkini menunjukkan bahawa 88.0% peneroka berumur melebihi 56 tahun,” tambah laporan itu. Kerajaan juga melihat kepentingan pendidikan sebagai medium untuk memacu produktiviti FELDA.

VIDEO: TERKINI! Rosmah Ditangkap SPRM, Bakal Didakwa Esok!

TERKINI! Rosmah Ditangkap SPRM, Bakal Didakwa Esok!https://youtu.be/QHyNHr-zli0

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Tuesday, April 9, 2019

Oleh itu, kerajaan juga akan mewujudkan skim baharu untuk membantu pendidikan anak peneroka menerusi kerjasama dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta dengan tumpuan khusus kepada aspek pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). – Roketkini.com