(15-11-2017)
Najib Berlakon di PARLIMEN!!!
Laungan “Reformasi”, “Bebas Anwar” bergema di Dataran Merdeka malam tadi sempena memperingati 1,000 hari pemenjaraan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Buloh.
Perarakan ‘1,000 hari pengorbanan’ itu dimulakan dari Parlimen melibatkan sekitar 200 penyokong, sahabat handai dan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) kira-kira jam 8.00 malam sebelum tiba di Dataran Merdeka diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Antara pimpinan HARAPAN yang turut serta ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Samad; Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim; Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook dan ramai lagi.
Dr Wan Azizah dalam ucapannya menegaskan bahawa pengorbanan Anwar meringkuk dalam penjara adalah demi negara ini.
“Dia sanggup melaluinya untuk membebaskan negara kita. Janganlah kita sia-siakan,” kata beliau.
Menurutnya, penyokong HARAPAN perlu komited dan fokus menentang segala penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan Barisan Nasional.
“Pengorbanannya ada. Jangan lupa bahawa ini adalah demi generasi masa depan.
“Kita tidak harus lupa sumbangan, bukan saja Anwar tapi semua yang pernah berkorban,” katanya.
Perhimpunan itu turt menyaksikan acara memasang lilin membentuk perkataan ‘Anwar 1,000 hari pengorbanan’.
Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap kes melibatkan pembantunya dan dijangka dibebaskan seawal Jun ini.