社青全力宣传共同标志,赞希盟奇招破国阵刁难

(5-2-2018)

随着希盟议决采用共同标志竞选,行动党社青团总团长黄家和指出,这将是用来突破国阵与社团局刁难的奇招。黄家和发文告说,希盟去年7月商定主席理事会的领导层阵容。

今年1月推出正副首相人选,接着在3月推出共同竞选宣言,如今再决定以共同标志竞选,展现最大的执政决心。“现在,希盟以奇招突破国阵掌控的社团注册局刁难,以共同标志出击来届大选,展现了最大的执政决心。”黄家和说,社青团全力支持行动党中委会的议决,即在半岛使用希盟共同标志竞选。“国阵慌了”他认为,这奇招已经打乱国阵的阵脚。

再也不能在社团注册上为难希望联盟。黄家和表示,这固然是一项不容易的决定,特别是行动党在过去6年不间断地跟社团局角力,经历了两次的重选,才获得社团局承认。“但为了推动整个政治改革的浪潮,在来届大选落实人民换政府的愿望,行动党愿意作出这个足可改变国家历史的决定。”黄家和表示,希盟自去年7月向社团局提出注册申请后。

全民都可以看到社团局的刁难,而国阵最想看到的是希盟四党一盘散沙,未能展现团结。他补充,社团局在今天撤销土团党的注册,唯一的结论就是,国阵已经慌了。他呼吁所有的行动党支持者,在明天希盟公布共同标志过后,极力协助希盟宣传共同竞选标志,让所有的选民都了解整个决定的必要,以在来届大选实现第一次的改朝换代。

Kebajikan pesara tentera dan polis lebih terbela jika HARAPAN bentuk kerajaan

(05-4-2018)

Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal memberi makna yang besar kepada seluruh anggota keselamatan tentera dan polis. Selain meningkatkan peruntukan dan memastikan keberkesanan serta kemajuan teknologi pasukan keselamatan itu, Kerajaan HARAPAN tidak akan melupakan jasa bakti bekas anggota yang telah bersara dari perkhidmatan.

Segala jaminan itu telah dimasukkan dalam Janji 20, Manifesto HARAPAN (Buku HARAPAN) untuk Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani. “Untuk menjaga kebajikan pesara tentera dan polis, kadar pencen yang sedia ada akan dikaji semula dan diselaraskan dengan kos sara hidup semasa. Bagi pesara polis, kadar pencen sebelum tahun 1970 dan selepas tahun 1970 akan diselaraskan.” “Kerajaan Pakatan Harapan juga akan membiayai persatuan bekas pegawai polis dan persatuan bekas tentera. Peruntukan awal akan diberikan sekurang-kurangnya sebanyak RM500,000 setahun untuk setiap persatuan.”

Selain itu, Kerajaan HARAPAN juga akan memastikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis atau Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) akan ditubuhkan dalam penggal pertama pentadbiran. Kerajaan HARAPAN berjanji akan menyiasat semua bentuk tuduhan salah laku secara adil dan menyeluruh, termasuklah tuduhan kematian dalam tahanan. Selain itu, peranan dan fungsi Cawangan Khas Polis (Special Branch) akan diperhalusi dan  dipermodenkan, agar unit ini memberi tumpuan kepada keselamatan dalam negeri, anti-terorisme dan jenayah terancang.

“Pemantauan yang bermotif politik kepartian akan dihentikan.” “Cawangan Khas juga akan diberi tanggungjawab untuk merangka dengan segera strategi holistik untuk mengawal dan memerangi terorisme dan ekstremisme agama,” menurut Buku HARAPAN. – Roketkini.com

DAP umum berdepan PRU14 tanpa lambang roket di Semenanjung

(05-4-2018)

DAP hari ini mengumumkan keputusan untuk tidak menggunakan lambang roket pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) di Semenanjung Malaysia. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan persetujuan bersama komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menggunakan satu logo daripada empat parti komponen.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, keputusan ini juga diambil berikutan keengganan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan. “Kita perlukan satu lawan satu dengan BN, tambahan lagi Pakatan Harapan masih belum diluluskan oleh ROS sebagai pertubuhan rasmi,” katanya pada sidang media di Parlimen sebentar tadi. Bagaimanapun kata Guan Eng, komponen HARAPAN bersetuju penggunaan logo DAP di Sabah dan Sarawak. Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka mengumumkan logo bersama pada ceramah mega yang dijadualkan esok di Pasir Gudang, Johor.

Menurut Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, keputusan muktamad penggunaan logo bersama yang dipilih antara empat parti itu telah dipilih dalam mesyuarat majlis presiden pagi tadi. “Kita sudah buat keputusan tetapi akan hanya umumkannya esok di Pasir Gudang,” kata beliau kepada media selepas mesyuarat di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya lapor Malaysiakini. Beliau berkata mesyuarat pagi ini diadakan memandangkan parlimen dijangka dibubarkan dalam masa terdekat. “Sudah tentu kerajaan mahu perangkap kita supaya mereka boleh menipu.”

Februari lalu, HARAPAN telah memfailkan saman terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana didakwa gagal memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi. Penggunaan logo bersama HARAPAN itu mustahak bagi memudahkan pengundi membuat pilihan selain menunjukkan kesepaduan gabungan komponen HARAPAN. – Roketkini.com

里查曼24小时内被释放 林立迎:警方早放人

(5-4-2018)

民主行动党泗岩沫区国会议员林立迎声称,涉嫌吸毒的巫统敦拉萨镇区部主席拿督里查曼莫达在被逮捕后不足24小时就被释放,是成为大马先例,供法庭和律师参考一些疑滥用毒品的嫌犯,可提早被释放。

他说,在里查曼莫达之前,警方一般的作业程序是嫌犯的尿检若呈阳性反应会被继续扣留,直至化学报告出炉,若还是阳性反应,嫌犯就会被带到法庭提控,单单这些程序,嫌犯可能就会在羁留所待上一週时间。“又或者是,嫌犯会被扣押至少几天,让警方去搜索有关毒品来源的情报。”林立迎针对里查曼召开记者会否认吸毒一事,发表文告这麽指出。

人民不怪警方迅速释放里查曼莫达,但武吉阿曼警察总部必须交代那是谁的指示?毕竟这已违反了警方一般的作业程序。“而里查曼莫达是不是当时唯一一个被逮捕后24小时内就被释放的嫌犯?里查曼莫达的其他同僚呢?”他建议警方一如往常在电视新闻播当时逮捕里查曼莫达和其同僚的录影,以證明警方在所有取缔行动都秉持公正的态度。

此外,林立迎也挑战里查曼莫达及同僚,在24小时内向警方和反贪会投报有关他们遭“陷害”和该取缔行动是一场“阴谋”的指控。有关投报是针对里查曼莫达声称没喝酒,只喝咖啡,但其尿液检验却不过关,不排除其尿液样本被干扰过,或“加料”。“如果里查曼莫达和其同僚不敢这麽做,那他们就必须向警方和反贪会道歉。”

Ketua UMNO Bandar Tun Razak dicabar buat laporan polis jika benar kena ‘game’

(05-4-2018)

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mencabar Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar  supaya membuat laporan polis dan membuat aduan kepada SPRM dalam tempoh 24 jam ekoran dakwaan ‘diperangkap’ ketika ‘minum kopi’ di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam serbuan, ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Bagaimanapun, Rizalman telah mendakwa terdapat kemungkinan sampel saringan air kencing mereka telah diganggu atau ditambah anasir tidak diingini. “Saya hairan dengan dakwaan Rizalman bahawa serbuan ke kelab malam itu dan ujian air kencing ke atas mereka oleh pasukan polis bersama SPRM pada awal pagi Isnin lalu adalah satu ‘perangkap’ atau merupakan satu ‘game plan’ yang terancang. “Saya justeru mencabar Rizalman dan rakan-rakannya supaya membuat laporan polis dan mengadu ke SPRM dalam tempoh 24 jam tentang dakwaan ‘perangkap’ atau ‘game plan’ itu dan juga dakwaan bahawa terdapat kemungkinan sampel saringan air kencing mereka telah diganggu atau ditambah anasir tidak diingini.

“Jika tidak, mereka wajar meminta maaf kepada pihak polis dan SPRM,” katanya dalam kenyataan. Ujarnya, tempoh tahanan kurang 24 jam ke atas Rizalman oleh pihak polis kini merupakan kes tauladan (precedent) di Malaysia yang boleh dirujuk di mahkamah oleh para peguam untuk memohon supaya suspek yang disyaki menyalahgunakan dadah dibebaskan lebih awal. “Sebelum kes Rizalman yang dilepaskan dengan begitu cepat walaupun ujian air kencingnya didapati positif dadah, pihak polis selalu memohon tahanan reman ke atas suspek kaki dadah sehinggalah laporan kimia selesai.

“Suspek kemudian didakwa di mahkamah sekiranya keputusan laporan kimia masih didapati positif, itu sahaja boleh mencecah seminggu dalam lokap. Atau pihak polis menahan reman suspek terbabit untuk sekurang-kurangnya beberapa hari sehingga siasatan terhadap pembekal dadah berkenaan selesai,” jelas beliau. Lim Lip Eng turut membangkitkan persoalan adakah Rizalman satu-satunya suspek yang dibebaskan kurang 24 jam selepas ditangkap atau adakah kesemua rakan-rakannya yang turut ditangkap juga dibebaskan bersama. “Mungkin Bukit Aman boleh menyiarkan rakaman video proses tangkapan Rizalman dan rakan-rakannya di berita TV sepertimana biasa dilakukan oleh pihak polis dalam operasi tangkapan besar-besaran.

“Sekurang-kurangnya nampaklah macam polis melayan semua tahanan jenayah secara adil dan saksama,” katanya lagi. – Roketkini.com