Wakil Rakyat DAP beli baju Hari Raya untuk 200 kanak-kanak keluarga miskin di kawasan Parlimen TAIPING.

Kenyataan media :

Wakil Rakyat DAP beli baju Hari Raya untuk 200 kanak-kanak keluarga miskin di kawasan Parlimen TAIPING.

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini bersama dengan ADUN Pokok Assam Teh Kok Lim & ADUN Aulong Leow Thye Yik hari ini memberi baju raya kepada 200 orang kanak-kanak dari keluarga miskin di seluruh kawasan parlimen Taiping. Keceriaan jelas terserlah bila kanak-kanak ini menerima baju baru dari wakil rakyat DAP.

Sempena dengan Bulan Syawal yang menjelang tiba, wakil rakyat DAP Taiping bukan saja sekadar mengedarkan ribuan kotak buah kurma & bubur lambuk kepada umat Islam, Kor Ming hari ini juga menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Masjid Expo Taiping sebagai kos belanja Majlis Berbuka Puasa. Turut hadir adalah pengerusi jawatankuasa masjid, Tuan Hj Azam bin Abdullah, Ketua parti Amanah Taiping Mohd Saad & setiausaha parti Amanah, Abdul Walad.

Ketika berucap kepada wartawan, Kor Ming yang juga prngerusi DAP Perak menyatakan perjuangan DAP adalah untuk seluruh rakyat Malaysia, parti ini amat mementingkan akhlak mulia serta kasih sayang di antara rakyat sebagai usaha untuk memupuk perpaduan & keharmonian masyarakat.

Kor Ming menyeru supaya semua rakyat menjauhi politik wang & politik perkauman kerana rasuah & perkauman adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.

( Gambar ) 1 & 2 : Wakil rakyat DAP bergambar mesra dengan Kanak-Kanak yang menerima baju Raya.

(Gambar) 3 : Kor Ming mrnyerahkan baju Hari Raya kepada keluarga ibu tunggal di Pokok Assam. Dari kiri YB Leow Thye Yik, Hj Mustaffar & YB Teh Kok Lim.