Tiada Perjanjian antara pemaju & MPM untuk Ramada Resort? MB PERAK MESTI JAWAB!

(17-3-2018)

Respons YDP Majlis Perbandaran Manjung berbeza dgn jawapan MB Perak Zambry Abd. Kadir dlm Dewan Undangan Negeri, pihak mana kita nak percayai?

Dalam jawapan bertulis, MB berkata projek Ramada Lumut adalah projek usahasama di antara MPM & Kinta Berkat Sdn Bhd dan MPM telah memberikan kuasa penuh kepada pemaju tersebut untuk memajukan projek ini.

Persoalan besar timbul jika perjanjian usahasama belum di tandatangani:
1. Bagaimana MPM boleh meluluskan pelan projek tersebut pada tahun 2014

2. Kenapa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( Exco Kerajaan Negeri ) boleh mengarahkan Surat Kuasa (Power of Attorney) diberikan kepada Kinta Berkat Sdn Bhd untuk mencagar tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk meminjam wang pada tahun 2011

3. Kenapa MPM membenarkan Kinta Berkat Sdn Bhd memaparkan iklan dan aktiviti jualan hinggakan orang ramai teraniaya membeli unit-unit dalam projek tersebut

Saya berharap beliau tampil untuk membuat penjelasan dan bagaimana menolong pembeli-pembeli dalam projek tersebut mendapat balik wang mereka.