PM dijangka umum pembubaran parlimen 11.30 pagi!!!

(6-4-2018)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat pengumuman pembubaran parlimen pada 11.30 pagi ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).Pengumuman di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya itu dijangka akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1, laporThe Star. Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung.

Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. Terdahulu, Bernamamelaporkan, kereta rasmi Najib dilihat memasuki bangunan Perdana Putra kira-kira jam 8.40 pagi.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta menteri kabinet lain dilihat memasuki bangunan berkenaan bagi menghadiri mesyuarat kabinet mingguan.

Para petugas media termasuk jurugambar sebelum itu telah menunggu di luar bangunan Perdana Putra serta Istana seawal jam 7 pagi kerana menjangkakan Najib akan bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi tujuan pembubaran.