Memudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melupuskan kenderaan terbiar

Kenyataan Media Setiausaha Sulit kepada Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat II (SUS TYPDR II) merangkap Penyelaras Parlimen Teluk Intan Woo Kah Leong pada 19.12.2018; SUS TYPDR II Woo Kah Leong menyambut baik usaha Kementerian Pengangkutan yang memudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melupuskan kenderaan terbiar dengan meringkaskan proses pembatalan pendaftaran kenderaan.

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月15日土曜日

Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 telah diluluskan di Dewan Rakyat. Sebelum pindaan tersebut, sebenarnya langkah untuk membatalkan pendaftaran kenderaan adalah wajib dan diperlukan sebelum melupuskan sesebuah kenderaan motor dan rekodnya masih akan kekal walaupun sudah dilupuskan secara fizikal sekiranya tidak membatalkan pendaftarannya. Woo Kah Leong yang turut merupakan Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) berkata bahawa pindaan tersebut adalah penting lantaran ini akan memudahkan PBT untuk melupuskan kenderaan terbiar secara berkesan.

VIDEO: 下月推保健食物卡 倪可敏:料2万戶受惠。

VIDEO: 下月推保健食物卡 倪可敏:料2万戶受惠。

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月15日土曜日

“Sesungguhnya terdapat juga banyak kenderaan terbiar di kawasan seliaan MPTI dan disebabkan kebanyakan kenderaan motor terbiar mempunyai pendaftaran yang masih sah, maka MPTI sukar untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam hal ini. Oleh itu, dipercayai bahawa MPTI serta PBT yang lain akan menguruskan isu kenderaan terbiar secara holistik selepas pindaan tersebut,” ujar Penyelaras Parlimen Teluk Intan. Sekali lagi Woo Kah Leong menyambut baik langkah Kementerian Pengangkutan yang begitu bertekad dalam merealisasikan impian kerajaan untuk menjadikan sektor pengangkutan darat lebih cekap, berkesan dan menyeluruh untuk memanfaatkan rakyat Malaysia.

VIDEO: 倪帅在州议会舌战群雄,赞!

VIDEO: 倪帅在州议会舌战群雄,赞!

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月16日日曜日

Gambar para ahli MPTI yang bermesyuarat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Teluk Intan.