Kisah sedih Ramadan : Gang UMNO & PAS serang Ahli Parlimen Kluang( DAP) yang edar buah kurma kepada umat Islam. Siapa yang cemar imej Islam? Anda nilai sendiri.

(11-6-2017)

Kisah sedih Ramadan : Gang UMNO & PAS serang Ahli Parlimen Kluang( DAP) yang edar buah kurma kepada umat Islam. Siapa yang cemar imej Islam? Anda nilai sendiri.

Menurut Liew Chin Tong, salah seorang daripada kumpulan pemuda yang menghalang rombongan Pakatan Harapan (PH) memasuki bazar bahagian jualan kering dikenali dengan nama Ali Itik. Beliau yang memakai t-shirt merah dengan tulisan jawi tertera perkataan ‘Hidup Melayu Bersatu’ telah mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun dengan nada yang kuat.

Ali Itik juga telah bertindak kasar dengan menghayun tangan mengenai ke muka salah seorang petugas PH dan beliau sendiri sehingga cermin mata Ahli Parlimen Kluang tersebut jatuh ke tanah. Berikutan insiden ini, Chin Tong telah membuat satu laporan polis lewat malam tadi.