Ahli Parlimen Taiping edar 2,000 kotak buah kurma kepada umat Islam

Kenyataan Media :

Ahli Parlimen Taiping edar 2,000 kotak buah kurma kepada umat Islam

Sempena bulan Ramadan ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bersama pasukan khidmatnya telah mengedar 2,000 kotak buah kurma kepada umat Islam diseluruh kawasan parlimen Taiping sebagai tanda muhibah & memupuk keharmonian masyarakat.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping hari ini juga melawat Majlis Perbandaran Taiping untuk mengedar buah kurma kepada kakitangan kerajaan dan menerima sambutan baik sehingga ada pegawai kerajaan yang selfie bersama beliau, menambah lagi kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang kini menjelang tiba.

Turut hadir bersama adalah ADUN Aulong, Leow Thye Yik, ADUN Pokok Assam Teh Kok Lim serta ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling dari PKR.

Kor Ming berkata, setiap tahun pasukan khidmat DAP Taiping akan mengedar buah kurma & bubur lambuk kepada umat Islam sempena Bulan Ramadan, DAP juga memberi sumbangan kepada masjid & surau sebagai amalan tahunan sejak tahun 2008.

Tahun ini pasukan khidmat DAP telah menyediakan 2,000 kotak buah kurma & 2,000 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat secara percuma.

Kor Ming mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua & menyaran semua supaya pandu cermat pada musim perayaan ini untuk mengelak segala kejadian yang tidak diingini.

( Gambar) 1 : Kor Ming mengetuai Pasukan khidmat DAP mengedar buah kurma & bergambar bersama pegawai Majlis Perbandaran Taiping.
( Gambar) 2 : Selfie hari raya! Pegawai Majlis Perbandaran Taiping selfie bersama rombongan wakil rakyat yang melawat pejabat Majlis sempena bulan Ramadan. Dari kiri Chua Yee Ling, Teh Kok Lim, Nga Kor Ming & Leow Thye Yik.