PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata anggota PAS keliru mengenai kerjasama parti itu dengan Umno, lebih-lebih lagi apabila presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak kemungkinan tersebut berlaku selepas pilihan raya umum (PRU), 9 Mei ini.
“Saya nampak PAS ni nak bekerjasama dengan Umno, dan Hadi juga juga mengaku dia bekerjasama dengan Umno. Jadi ahli-ahli PAS keliru sikit.”Sekarang orang muda mahu kerajaan yang bersih, kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya pada program Temu Mato Bersama Tun Daim di DUN Chempaka Pengkalan Chepa hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Husam Musa dan calon Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz.Khamis lalu Abdul Hadi berkata adalah ‘sesuatu yang tidak pelik’ jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran pada PRU14.
Bagaimanapun, kata Abdul hadi BN perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.”Memang tidak pelik jika PAS bekerjasama dengan BN tetapi perlu mengikut syarat kita. Terpulang kepada BN untuk bersetuju atau tidak tetapi kami akan kemukakan syaratnya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bersama calon PAS kawasan Parlimen Titiwangsa Mohamad Noor Mohamad.
Mengulas lanjut, Daim mengulangi ramalannya bahawa PAS kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan pada PRU kali ini.Ditanya mengapa kemungkinan tersebut berlaku, Daim berkata: “Pendirian pemimpin PAS sendiri berubah-ubah”.Dalam satu wawancara dengan akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau, baru-baru ini Daim berkata PAS tidak akan menjadi “kingmaker” atau “penentu keputusan”.
Beliau menjelaskan pengundi hari ini melihat pemimpin PAS terlalu rapat dengan Umno, yang suatu ketika dahulu ditolak terus oleh presidennya.”Akhir-akhir ini, kamu lihat bahawa ketiga-tiga anak bekas pemimpin PAS memilih untuk meninggalkan parti itu.
“Terdapat perpecahan dalam parti itu, mereka tidak boleh menerima apa terjadi kepada PAS hari ini, ” kata Daim.
即编号第4的达因诺菲查(Daing Nurfaizal Bin Hamzah)和6号的祖玛(Jumat Bin Muhamad)。在身份证的栏目,两人的号码均为“860314495385”。无论如何,他们检查后发现,其实达因诺菲查的身份证是“850826105185”,而非名单上的号码。此外,他们输入的编号7号的莫法再尔(Md Fauzail Abd Rahmah)身份证号码(630124025737),结果网站显示“没有记录”(Rekod Tidak Ditemui)。