KENYATAAN MEDIA
RM13.8 billion diperuntukkan dibawah RMK-10 tetapi Banjir masih berlaku
Pakatan mahu Ketua audit Negara campus tangan
1. Kawasan Taiping termasuk Kg Aulong Lama, Kg Boyan, Taman Kami A, B & C serta kawasan SK St George telah dilanda banjir teruk petang semalam akibat hujan lebat 3 jam sahaja. Wakil rakyat DAP telah melawat kawasan banjir dan mendengar rintihan rakyat serta menghulurkan bantuan.
2. Lebih 1,000 buah rumah telah ditenggelami air akibat sistem perparitan & saliran yang kurang memuaskan.
3. Setelah semakan dibuat, perlu diperhatikan bahawa Parlimen telah meluluskan satu jumlah peruntukan yang cukup besar untuk Jabatan Pengairan & Saliran seluruh negara sehingga jumlahnya mencapai RM13.8 billion dibawah rancangan Malaysia yang ke-10.
4. Jumlah peruntukan yang besar ini termasuk RM2.25 billion untuk projek mengorek kuala2 Sungai, RM827.9 juta untuk projek rancangan tebatan banjir dan saliran Bandar( RTB) dan RM987.2 juta untuk rancangan pengurusan Sungai saliran mesra alam.
Akan tetapi, walaupun berbillion duit rakyat telah dibelanja, masalah banjir masih berulang setiap tahun sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat jelata yang kecewa khususnya sehingga kini masih ada lagi mangsa banjir besar di Kelantan yang masih menduduki dalam khemah setelah rumah kediaman mereka dimusnahkan pada tahun 2014.
5. Demi memastikan wang rakyat dibelanja secara berkesan, pakatan harapan Perak hari ini meminta Ketua Audit Negara Tan Seri Amrin Buang mengambil tindakan segera untuk mengaudit Jabatan Pengairan & Saliran supaya setiap hasil titik peluh rakyat dapat diguna secara efektif. Selain itu, audit menyeluruh juga akan membantu ketirisan, pembaziran serta penyelewengan dalam Jabatan berkenaan dapat dikurang ke tahap minima.
6. Secara kesimpulan, kerajaan melalui RMK-1 sehingga RMK-10 telah membelanjakan puluhan billion utk rancangan mencegah banjir tetapi masalah ini masih berulang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh demikian, satu pelan pencegahan banjir negara perlu diwujudkan supaya rakyat dapat hidup tanpa rasa ketakutan khususnya mereka yang menduduki di persisiran sungai & pantai.
YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak
Ahli Parlimen Taiping
Tarikh : 15/11/16