Satu-satunya parti Politik yang mampu menggantikan BN adalah PAKATAN HARAPAN!

(22-5-2017)

Satu-satunya parti Politik yang mampu menggantikan BN adalah PAKATAN HARAPAN!

UCAPAN PENANGGUHAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI

Kongres Nasional KEADILAN Ke-12

Assalamualaikum wbth, taa chia hau dan vanekam.

YB Dato’ Seri Presiden, YAB Dato’ Seri Timbalan Presiden, sahabat-sahabat yang saya kasihi.

1) Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang masih kekal sehingga ini. Ada yang datang dengan motor, ada yang datang dengan bas, ada yang datang dengan kereta. Ada yang tinggal di hotel, ada yang tinggal di homestay, ada menumpang di rumah orang, ada yang tidur di dalam van.

2) Tetapi saya ucapkan tahniah kepada perwakilan dari Terengganu kerana tidak mengikut perangai Mat Ober dari Terengganu, belum ada yang kena pelempang setakat ini.

3) Kongres Nasional KEADILAN setiap tahun adalah pertemuan yang merayakan kepelbagaian kita. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Iban Bidayuh Kadazan Murut, malah ada Orang Asal. Tidak ada satu parti pun yang parti yang mempunyai semua bangsa seperti KEADILAN.

4) 18 tahun lalu semasa parti ini ditubuhkan, pendapat umum (atau “conventional wisdom”) pada ketika itu mengatakan bahawa parti berbilang bangsa yang melangkaui batas perkauman dan tidak hanya memperjuangkan nasib satu kaum, tidak akan kekal lama. Tetapi 18 tahun kemudian, KEADILAN adalah satu-satunya parti yang diterima semua bangsa dan ada wakil rakyat di setiap negeri dari Perlis ke Sabah dan Sarawak.

5) Selepas PRU 2004, KEADILAN tinggal hanya 1 kerusi Parlimen. Kita diejek sebagai parti nyamuk yang akan terkubur. Maka apabila Anwar Ibrahim mengatakan pembangkang ada peluang merampas beberapa buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN dalam PRU 2008, semua memperlekehkan keyakinan Anwar dan KEADILAN itu. Tetapi dalam PRU 2008, pembangkang menidakkan majoriti 2/3 dan sebab itu kita berjaya mentadbir Selangor sejak 2008.

6) Apabila Anwar Ibrahim menubuhkan Pakatan Rakyat selepas PRU 2008, ramai pula yang tidak yakin pakatan pembangkang itu boleh kekal lama. Kata mereka ini gabungan “tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain”. Tetapi Pakatan Rakyat jugalah yang mencipta sejarah sebagai pakatan pembangkang pertama yang memenangi undi popular menewaskan BN dalam pilihanraya umum.

7) Apabila Presiden KEADILAN menubuhkan Pakatan Harapan tanpa penyertaan PAS, pendapat umum ketika itu mengatakan pakatan pembangkang tanpa PAS tidak mempunyai harapan. Malah ada yang mengkritik, termasuk dari kalangan pimpinan NGO dan media, kononnya tindakan Presiden KEADILAN itu gopoh dan cuai. Tetapi hari ini, seluruh Malaysia meyakini bahawa pakatan pembangkang yang berpotensi untuk mengalahkan BN adalah Pakatan Harapan, bukannya Gagasan Sejahtera. Sebab itu persoalan siapa calon Perdana Menteri timbul jika PH menang kerana keyakinan menang itu hanya ada kepada PH.

8) Saya sebut semua ini untuk menunjukkan bahawa selama 18 tahun, kesemua keputusan besar kita mendahului pendapat umum atau “conventional wisdom” tetapi lama kelamaan kita dibuktikan benar. Sebabnya ialah kerana kita adalah parti reformasi, memang idea dan pandangan kita banyak mendahului pendapat umum ketika itu kerana kita membawa idea yang menongkah pemikiran ketika itu.

9) Begitu juga dengan persoalan siapa Perdana Menteri: jawapan kita adalah jelas, Perdana Menteri setelah PH menang adalah Anwar Ibrahim. Sudah tentu pendapat umum akan berkata “KEADILAN syok sendiri” dan “KEADILAN gila” kerana Anwar Ibrahim masih dipenjara.

10) Tetapi kita tahu ada kaedah pengampunan diraja yang boleh digunakan dan membolehkan Anwar Ibrahim dibebaskan segera dan bertanding segera dalam pilihanraya kecil. Kaedah ini boleh digunakan dalam kes-kes ehsan, apatah lagi dalam kes Anwar Ibrahim ia kes fitnah oleh musuh politik beliau.

11) Sebab itu walaupun pendapat umum masih tidak dapat menerima, kita tahu bahawa apabila PH menang PRU14, sahabat-sahabat kita DAP dan AMANAH bersetuju agar Kak Wan menjadi Perdana Menteri interim yang akan mengusahakan pembebasan Anwar Ibrahim. Saya yakin dalam masa sebulan dari tarikh kemenangan PRU14 Anwar akan dibebaskan dan sebulan kemudian bertanding dalam pilihanraya kecil dan seterusnya angkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

12) Memang ia bukan perkara yang mudah tetapi selama 18 tahun kita lawan Umno/BN walaupun ada yang dipukul, dipenjara, dianiaya dan dihukum. Kalau setahun lalu saya katakan Tun Mahathir akan hadir dalam kongres nasional KEADILAN hari ini, sudah tentu pendapat umum ketika itu mengatakan saya sewel, tetapi hari ini Tun Mahathir hadir sebagai rakan dalam PH.

13) Kita parti reformasi, memang jadi tanggungjawab kita mendahului pendapat umum dan menyediakan masyarakat kepada idea-idea yang masih belum diterima rakyat ketika itu.

14) Saya ingin mengakhiri ucapan pada hari ini dengan dua pesanan:

– Pertama, kepada perwakilan, ada diantara saudara saudari yang akan menjadi menteri, mungkin menggantikan Pandikar Amin sebagai Speaker, walaupun saya harap tidak ada yang menggantikan Ahmad Maslan. Saya berdoa Allah SWT memberi kecekalan, keazaman dan tidak terpesong dari perjuangan kita supaya tidak ada seorang pun dari kalangan saudara saudari yang tewas dengan ujian berkuasa iaitu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
– Kedua, pesanan ini kepada Dato’ Seri Najib, supaya dia jangan mencuri slogan kerana #lawantetaplawan itu adalah slogan kami di pihak pembangkang. Kalau Najib sudah melaungkan #lawantetaplawan maksudnya dia sudah mula bersedia untuk jadi pembangkang!

15) Selamat pulang ke kawasan masing-masing. Saudara saudari ada berhutang budi dengan Anwar Ibrahim, kalau tidak kerana Anwar tidak ada yang jadi wakil rakyat, ahli majlis dan penjawat awam. Saudara saudari bekerja kuatlah untuk membalas budi Anwar itu dengan memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen agar kemenangan kita dan PH kelak akan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-7.

Reformasi Reformasi Reformasi
Lawan Tetap Lawan

支持反贪会提醒巫统向贪汚滥权宣战,倪可敏吁先提控一马公司丑闻窃国者。

支持反贪会提醒巫统向贪汚滥权宣战
倪可敏吁先提控一马公司丑闻窃国者

(怡保 22 日讯)

霹雳州行动党主席倪可敏今日指该党身为反贪倡廉的政党,绝对支持反贪会在巫统庆祝71周年纪念党庆时发声明提醒巫统领袖必须向贪污和滥权宣战,把贪汚列为国家头号敌人,但是反贪会必须先逮捕提控涉及一马公司丑闻的窃国者以竖立该会的公信力!!

也是太平区国会议员的倪可敏指出,反贪会应该协助国民追回美国司法部诉状列明一马公司遭窍走的35亿美元,或高达147亿令吉,因为如果任由涉及一马大案的人士逍遥法外,反贪会绝对难以服众,人民更不会对该会的专业与中立有信心。

政府应交代一马500亿债务谁负责

倪可敏強调,一马公司由财政部100%拥有,因此政府绝对有责任向国民交代该公司高达500亿令吉的债务由谁来承担。他说,人民不应为犯错者去承担罪责,反之政府应将这些窃取国家财富的犯罪者无论官职高低一律绳之以法,否则将无法昭信天下。

宜力行动党大会圆满成功

倪可敏今日主持宜力区行动党支部大会致辞时如是表示。行动党宜力花园支部及峇都鲁亚支部今天举行大会改选,梁思义及许文训纷纷顺利蝉联支部主席要职,大会圆满成功。出席的州领袖包括州组织秘书郑国霖、政冶教育主任罗思义及大会议长州委谢保恒。

议决要首相公布资产

宜力行动党在大会上也议决要求首相及内阁成员向国会公布财产以打击贪污,同时大会也议决将于七月主办“全民团结、挽救大马”大型政冶座谈会,掀起改变政冶浪潮。

(图):宜力行动党改选诞生新领导层者后合照大家士气高昂!前排左起郑国霖、谢保恒、梁思义、倪可敏、许文训、陈国祥及覃观生等人。


火箭下周再揭发幽灵选民,倪可敏吁赞比里出面交代。

火箭下周再揭发幽灵选民
倪可敏吁赞比里出面交代

(太平 20 日讯)

霹雳州行动党主席倪可敏今日指出,继昨天以2万枚硬币向选委会抗议幽灵选民后,该党下周将再揭发州内更多幽灵选民,并誓言将这些企图骑劫民意的不法分子绳之以法!!

也是太平区国会议员的倪可敏指出,行动党成立的抓鬼特工队经过挨家逐户的查访,发现许多匪夷所思的现象,涉及“做鬼”的大都是国阵成员党的党员,其中甚至包括村长,因此行动党将揭发他们的丑行并向警方报案以捍卫我国的民主。

乾净选民册是公平选举关键

倪可敏强调,如果沒有乾净的选民册,我国就不可能会有乾净与公平的选举,因此他呼吁国阵州务大臣拿督斯里赞比里出面交代是谁在背后制造幽灵选民,企图以斯诈的手段骗取政权。

访问患肾病选民伸出援手

倪可敏今天联合保阁亚三州议员郑国霖、后廊州议员廖泰义及希望联盟服务队走访太平选区、访问选民后向新闻界如此表示。

倪可敏一行人今天也在保阁亚三拜访不幸被迫换肾的肾病患者依斯迈及其妻子麦慕娜。身为割草工人的依斯迈命运多舛,他本身不但患上肾病被迫换肾,其年僅19岁的长子在考获大马教育文凭优秀成绩后更不幸因为患上肾病不冶身亡,处境令人十分同情。

太平行动党代议士在知悉依斯迈的遭遇后今日专程上门慰问并向其家人捐款300令吉,充分发挥雪中送炭的精神。在场者也包括州议员助理卢德源、后廊行动党支部元老林盛华、诚信党太平区部主席莫哈末沙艾及副主席那利等人。

(图)1 :火箭人民代议士雪中送炭捐助选民依斯迈一家人。左起卢德源、郑国霖、倪可敏、廖泰义、林盛华及那利。
(图)2 :倪可敏访问选民依斯迈,细心聆听他的困境。左起郑国霖及那利。


重燃霹雳火、齐心救家国!

(19-5-2017)

重燃霹雳火、齐心救家国!

怡保民众冒雨支持火箭讲座,风雨同行、精神感人。贊!

梹雪希盟政府豁免门牌税、提供免费巴士、免费医药卡等多种福利,为什么霹州国阵政府一样都做不到?换!

动党与群众同在,改朝换代、告别腐败!

国债已经逼近一万亿大关,不换政府、更待何时?

我国资源丰厚,如果国阵政府不偷钱,人民就会赚很多钱!这次一定要换!

改朝换代路虽难行,但是现在就差一步,大家一定要坚持到底、绝不放弃!

行动党領袖与民共甘苦,沒有人民就沒有今日的火箭,谢谢大家!