Mesej penting sempena genap satu tahun Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan

Mesej penting sempena genap satu tahun Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan : –

Ucapan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Feb 2015 di mahkamah sebelum beliau diheret ke penjara akibat kezaliman UMNO.

Berikut adalah ucapan berkenaan:

Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelik ini – insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukar ganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan di nilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan profesor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat negara ini. Saya berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. Allah SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!

-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

甲巴央火箭新春送暖 228贫老欢喜过新年

(怡保30日讯)

“市道虽萎靡、火箭照送暖!”

甲巴央火箭今日在霹州行动党主席倪可敏亲自率领下在怡保安宁之家举行丙申猴年新春佳节佈施,共有228名贫老及单亲妈妈受惠,火箭送暖助大家欢喜过年!

228贫老及单亲妈妈受惠

延续多年传统,甲巴央火箭服务队今天举行佈施活动,活动在早上十时举行,受惠的貧老在早上八時却已经到来排队,活动反应热烈、氣氛热闹。

也是甲巴央区州议员的倪可敏在致词时指出,今年市场行情低迷,所幸许多热心商家秉承大爱精神仗义相助,所以在服务队几经辛苦募捐后才成功完成目标,他要感谢热心人士的支持与幇助让贫苦大众有机会欢喜过年。

特别表扬张锦标

倪可敏在致词时也特别表扬不幸患癌的热心党员张锦标,虽然在病中及进行化疗,张锦标依旧坚持行善精神,每年都不辞劳苦到处募捐,亲力亲为、热心助人的精神可嘉、令人感动。

出席今日新春布施活动的嘉宾包括德宾丁宜区州议员黄文标、行动党州委谢保恒、甲巴央火箭服务队队长黄汉龙、行动党总部执行秘书廖慧珊等人,场面温馨热闹。

(图)1 :甲巴央火箭举行新春布施,228名貧老受惠,大家欢喜过年。

(图)2 :倪可敏特別表扬患癌的热心党员张锦标,并吁其他党员向他学习。

(图)3 :倪可敏与工作人员頒发礼袋与紅包于贫老,大家笑逐顏开。

迈入二月州议会开会日期难产 霹州希望联盟轰议长无能

(怡保29日讯)

霹州希望联盟今日狠批州议会议长拿督斯里廸溫马民无能,不但所有议会改革空雷不雨,如今巳经迈入二月,州议会的开会日期却依旧难产,其表现实在差劲到令人无法置信。

霹州议会反对党領袖拿督斯里尼查及霹州行动党主席倪可敏今日率領希盟州议员召开記者会指出,自从上屆大选首次召开的州议会,希望联盟就向议长提呈10项州议会改革方案以提升立法议会的民主水平并促进政府透明施政,可是所有的建议却遭当局束之高阁,根本看不见国阵委任旳议长有任何改革的诚意与决心,希望联盟似乎只是对牛弹琴、令人气馁。

改革空雷不雨  人民损失大

尼查指出,为了阻止土地舞弊行为,希望联盟曾经建议成立州议会土地事务遴选委员会并建议商业地产公开召标,可是却忠言逆耳,如今霹州大臣拿督斯里占比里终于自承霹州出现土地舞弊案,这证明了国阵的短视造成了人民的损失。

尼查也指出,希望联盟也建议成立州议会政府官联公司遴选委员会以监督政联公司的财务,可是国阵却不接受,如今发生州务大臣机构(MB Inc)迄今都无法向州议会提交账目及财务报告,这证明了州政府黑箱作业情况严重,损害公共利益。

也是甲巴央州议员的倪可敏则指出,如今已经迈入二月,可是州议会的开会日期至今却难产,这种情况实在令人难以置信。倪氏说,他自去年已经向州议会议长查询今年的开会日期,可是议长竟然迄今都无法回复,因此他才忍无可忍炮轰议会议长无能!

倪可敏说,按照国会的作业程序,每年国会开会的日期与天数早在一年前就已擬定好并对外公布,梹州与雪州州议会也是一样,这种做法方便所有议员与公务人员安排计划及做好准备,反观霹雳州,每年州议会开会的日期与天数连议员都被蒙在鼓里,实在离谱。

倪可敏说,他每年都建议州议会提早安排立法议会议程与年表,可是情况却恰恰相反,州议长对此绝对难辞其咎。

议长承诺当选国大党署理辞职却食言

倪可敏也批评迪温马尼承诺当选囯大党署理主席一职即刻辞去议长职务,可是如今却证明他再三食言,还企图利用议长职位換取更好官职,诚信尽失,没有资格再担任议长。

出席今日记者会的希望联盟州议员包括九洞州议员郑福基、端洛州议员杨祖強、双溪古月州议员梁卓经、万里望州议员林碧霞、保阁亚三州议员郑国霖及德宾丁宜区州议员黄文标等。

(图):希望联盟狠批议长无能、导致州议会开会日期难产。前右起郑福基、杨祖強、倪可敏、尼查、梁卓经及林碧霞。

Kenyataan Media : DAP mahu audit menyeluruh & telus ke atas Tabung Haji atas kerugian RM351 juta

(Ipoh 27/1/16)

1. DAP hari ini menuntut audit menyeluruh & telus ke atas penyata kewangan Tabung Haji yang menunjukkan kerugian sebanyak RM351 juta.

2. Timbalan Bendahari Agong DAP Nga Kor Ming berkata, audit yang telus adalah wajib untuk menjamin supaya wang simpanan 8 juta umat Islam di Tabung Haji adalah terjamin dan tidak terjejas.

3. Penyata kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember, 2014 menunjukkan rizab terkumpul negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta. Dengan kata lain, sekiranya pendeposit-pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 billion, semua aset Tabung Haji adalah tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana adalah sebanyak RM351 juta.

4. Lebih serius adalah Bank Negara telah sah memberi amaran menerusi surat berhubung aset yang lebih rendah daripada liabilitinya, iaitu 98 sen aset berbanding dengan 1 ringgit liabiliti.

5. DAP berasa tindakan segera perlu diambil sebelum Tabung Haji menanggung kerugian yang lebih besar dan satu audit penuh yang telus adalah perlu demi menjamin hak-hak pendeposit.

6. Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas yang berkecuali untuk menjalankan audit penuh dan jawatankuasa tersebut perlu bertanggungjawab kepada Parlimen. Laporan audit perlu dibentang kepada Dewan Rakyat untuk diperiksa demi menjamin hak-hak pendeposit.

Kenyataan media oleh

YB Nga Kor Ming

Ahli Parlimen Taiping/ timbalan bendahari Agong DAP

27/1/16

Kenyataan media berhubung pemberontakan UMNO Kedah

Kenyataan media berhubung pemberontakan UMNO Kedah

1. Pemberontak UMNO Kedah umpama Rampasan kuasa di Perak. Mereka cuba rampas kuasa tanpa melalui usul tidak percaya dalam dewan negeri, ini adalah cara haram yang menghina sistem perundangan negara.

2. Usaha cuba menyingkir Dato Mukhriz adalah taktik kotor kem Najib untuk diamkan Dr Mahathir demi melanjutkan hayat Najib.

3. Dato Mukhriz tidak sapu duit RM2.6 bilion tetapi dipaksa undur, jelas pemimpin UMNO sudah hilang nilai moral & mengkhianati amanah rakyat.

4. Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga barang dan GST, pemberontakan UMNO Kedah terbukti parti UMNO adalah gila kuasa yang tidak peduli keperitan hidup rakyat.

5. Rakyat perlu sedar segala kenaikan kos hidup, pembatalan biasiswa JPA dan lain-lain adalah akibat cara pentadbiran ekonomi UMNO yang penuh dengan penyelewengan, rasuah dan salah-laku kuasa. Oleh demikian, rakyat perlu sedar dan Ubah segera.

Terima kasih.

Sdr Nga Kor Ming
Ahli Parlimen Taiping/Pengerusi DAP Perak

21/1/2016