Menteri Besar Perak dinasihati mementingkan kebajikan pekerja kerajaan, bukan menyamar menjadi pekerja buang sampah
( Ipoh 2/2/2017)
1. Menteri Besar Perak Dato Seri Zambry Bin Abdul Kadir hari ini dinasihati untuk mengutamakan kebajikan kakitangan kerajaan negeri khususnya pekerja bawahan, bukan pergi menyamar sebagai pekerja MBI buang sampah tapi bawa juru kamera demi mencari publisiti murahan.
2. Dibawah pemerintahan Zambry selama 8 tahun, negeri Perak kini telah merosot menjadi negeri kedua paling miskin di seluruh negara, lebih 21% rakyat negeri ini berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan, malahan negeri Perak mempunyai jumlah keluarga miskin yang paling ramai di seluruh negara.
Mengikut laporan Jabatan Perdana Menteri, 120,000 buah isi keluarga di Perak mempunyai pendapatan kurang dari RM2,300.00, jumlah bilangan ini adalah jumlah yang paling ramai diseluruh Malaysia.
3. Sebagai Ketua Kerajaan negeri, Zambry wajib memikul tanggungjawab menjaga & membela kebajikan penjawat awam khususnya pekerja2 bawahan yang berpendapatan rendah seperti pekerja tukang sampah yang kini terhimpit dengan kenaikan harga pelbagai barang & cukai GST. Tindakan Menteri Besar menyamar sebagai pembuang sampah menunjukkan Zambry sudah hilang fokus & tidak peduli kebajikan rakyat sebaliknya hanya ghairah untuk mencari publisiti murahan.
4. Zambry disaran untuk memberhentikan sandiwaranya yang kini menjadi bahan ketawa dikalangan rakyat. Sebagai Menteri Besar, beliau harus mengikut teladan baik kerajaan Pulau Pinang & Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan. Kedua-dua kerajaan negeri ini berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan baik & secara berhemah sehingga memberi bonus rekod 1.5 bulan dan 2 bulan kepada penjawat awam negeri itu manakala kakitangan awam di negeri Perak hanya menerima sedekah sekadar RM500.00 sahaja. Selain itu, Pulau Pinang & Selangor juga mengecualikan bayaran cukai pintu untuk rumah kediaman di kampung tradisi Melayu, kampung Baru, rumah kos rendah serta rumah pangsa.
5. Pakatan Harapan menuntut supaya Zambry kemukakan langkah-langkah kerajaan untuk menambah pendapatan kakitangan awam khususnya pekerja2 bawahan di negeri ini. Cukuplah dengan sandiwara & wayang kulit yang tidak membawa manfaat kepada rajyat.
Tarikh : 2/2/2017
Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak
Ahli Parlimen Taiping
Gambar : Menteri Besar Perak Dato Seri Zambry Abdul Kadir menyamar sebagai Pekerja tukang Sampah tapi bawa ramai juru gambar. ??