(31-7-2017)
PANAS ~ ZAHID HAMIDI MAIN KETURUNAN TUN Mahathir
Fakta mengenai latar
Tun Mahathir Bin Mohamad Bin Iskandar.
Yang datang dari Kerala bukan Ayahanda Tun.M tetapi Nenda Tun M bernama Iskandar.
Kerala adalah bukan Bangsa asal India tetapi berketurunan Yaman.
Iskandar ( Nenda ) berkahwin dengan Siti Hawa Dari Johor maka Lahirlah Mohamad pada 1881 di Pulau Pinang.
Mohamad pula berkahwin dengan Wan Tempawan Bt Wan Hanafi maka lahirlah Tun.M @Che Det.
Che adalah kerana Wan berkahwin dengan rakyat kebanyakkan.
Nenda ( Iskandar ) di datangkan oleh Syarikat Hindia Timor ( British ) untuk mengajar Bahasa Inggeris di Istana.
Manakala Mohamad adalah Pengetua Pertama Kolej Sultan Abdul Hamid di Kedah.
Perlu telititi salasilah dan wasilah asli sebelum memuatnaik status keturunan seseorang tanpa kepastian sendiri.
Credit Dt Key Marzuki
Jika kad pengenalan biru Tun.M di tulis sebagai Mahathir A/L Iskandar Kutty, beliau tidak akan layak menjadi Perdana Menteri atas tiket UMNO sebaliknya beliau layak menjadi PM atas tiket Parti MIC.
Ini kerana syarat menyertai UMNO ialah mesti mempunyai ” BIN” yang realitinya bermaksud Melayu dan Islam dan itu antara syarat utama menjadi Ahli UMNO.
Bermula dari Pertubuhan SABERKAS ( Syarikat Kerjasama Am Saiburi ) sebuah Pertubuhan terawal di Kedah , apabila kependudukan Jepun tamat pada 1945, Tun.M antara yang terawal menjadi ahli UMNO sebaik di tubuhkan pada 1946.
Kad Pengenalan Biru hanya di perkenalkan British pada tahun 1948, dua tahun selepas Tun.M sertai UMNO.
Hingga ke hari ini, Mamak yang tidak mempunyai “BIN” atau masih menggunakan ” A/L ” adalah tidak menjadi Ahli UMNO dan kebanyakkan mereka adalah Ahli MIC.
Mereka ini kebanyakkan yang datang selepas Merdeka dan memegang Kad Pengenalan Merah ataupun berdarah sebelah ibu.
Jika bapa mereka mendapat ” BIN” maka nasib mereka akan tetap “BIN” tetapi jika tertera ” A/L” akan itulah selamanya.
Lantang dan kritikal – Sewaktu berucap berapi-api dalam pehimpunan agung Umno pada suatu waktu terdahulu – ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi inilah ketua pemudanya.
Diam dan berhati-hati – Pada waktu Anwar dua kali diusung ke penjara atas tuduhan kes liwat, Zahid inilah.
Sokongan padu – Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad ditatang bagai minyak panas yang penuh pada zaman cemerlang 22 tahun lalu, Zahid inilah.
Lie low and low profile: Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menang selesa dalam pilihan raya umum 2004, Zahid inilah.
Sikap membiarkan – Dan, di zaman Abdullah didesak berundur dari kerusinya pun, Zahid inilah.
Buktikan kesetiaan – Bahkan pada era Zahid sedang bergelut untuk dinaikkan menjadi timbalan perdana menteri, Zahid inilah.
Menikam dari belakang – Terkini, setelah perdana menteri kelihatan semakin tercungap-cungap dengan pelbagai bagasi yang penat, yang sedang dipikul olehnya – mengikut kata Dr Mahathir dan Zahid Mat Arip – Zahid inilah.
Dia yang secara sulit menawarkan sebuah perjanjian pakej (package deal) yang… yaa, Zahid inilah.
ZAHID HAMIDI
1 Aug 2017
1. Kita boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka.
2. Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya.
3. Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu.
4. Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka.
5. Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”.
6. Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.
7. Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar.
8. Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.
9. Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.
10. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak.
chedet.cc