KAPAL LAYAR EQUANIMITY

(10-3-2018)

Chedet.cc

1.​Samada kapal layar Equanimity milik Malaysia atau tidak bukan soalnya. Yang menjadi masalah ialah kapal ini dimiliki oleh Low Taek Jho atau Jho Low dengan mengguna duit 1MDB. Pembelian ini adalah satu cara untuk bersihkan wang 1MDB yang Dept. of Justice, Amerika Syarikat dakwa diselewengkan (curi) oleh Jho Low.

2.​Jho Low adalah sahabat karib Najib dan Rosmah. Najib adalah Penasihat berkuasa penuh syarikat milik Kerajaan 1MDB. Tidak ada keputusan boleh dibuat oleh 1MDB tanpa persetujuan Najib.

3.​Ini bermakna Najib perlu tahu dan bertanggungjawab akan apa terjadi kepada wang 1MDB sebanyak 1 billion Ringgit yang diguna oleh Jho Low untuk bina/beli kapal layar Equanimity.

Video : Manifesto Pakatan HARAPAN, Ini kalilah kita bina semula negara kita! Sebarkan segera! 🇲🇾💥💥

Video : Manifesto Pakatan HARAPAN, Ini kalilah kita bina semula negara kita! Sebarkan segera! 🇲🇾💥💥

Posted by Kini YouTube on Friday, March 9, 2018

4.​Sepatutnya Najib mengaku duit ini diberi kepada Jho Low untuk beli kapal. Jika tidak diberi oleh Najib, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam 1MDB, Najib perlu lapor kepada polis supaya polis dapat pertolongan Interpol untuk dapat balik 1 billion Ringgit duit 1MDB. Jika dakwaan oleh Dept. of Justice, Amerika Syarikat bahawa Jho Low mencuri duit 1MDB untuk beli kapal layar bagi membersihkan duit yang dicuri, adalah tidak benar, maka Najib perlu protes kepada Dept. of Justice. Tetapi Najib tidak buat apa-apa.

Video : Hangat!! Skandal 1 MDB terus meletup tapi barua UMNO terus membisu anggap rakyat BODOH je….sebarkan!!

Video : Hangat!! Skandal 1 MDB terus meletup tapi barua UMNO terus membisu anggap rakyat BODOH je….sebarkan!!

Posted by Kini YouTube on Friday, March 2, 2018

5.​Yang kita dengar ialah A.G. (Pendakwa Raya) menyatakan Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan. Bolehkah Najib berdiam diri jika ada dakwaan bahawa duit 1MDB telah dicuri, sedangkan ia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan 1MDB.

Video : Hebat! Macam baru umur 35 tahun je….👏🏼👏🏼

Video : Hebat! Macam baru umur 35 tahun je….👏🏼👏🏼

Posted by Kini YouTube on Friday, March 2, 2018

6.​Di Singapura beberapa orang telah dituduh dan di penjara kerana selewengkan duit 1MDB. Beberapa bank ditutup oleh Kerajaan Singapura kerana terlibat dengan kehilangan duit 1MDB. Di Switzerland dan di Luxembourg juga terdapat tindakan terhadap penyelewengan duit 1MDB.

Video : PANAS! Kapal mewah RM1 billion hasil dari duit curi 1 MDB disita oleh kerajaan Indonesia. BN nak tipu sampai khiamat? 🔥🔥😡

Video : PANAS! Kapal mewah RM1 billion hasil dari duit curi 1 MDB disita oleh kerajaan Indonesia. BN nak tipu sampai khiamat? 🔥🔥😡

Posted by Kini YouTube on Thursday, March 1, 2018

7.​Tetapi di Malaysia kehilangan duit 1MDB, salahguna duit 1MDB, pengurusan yang tidak bertanggungjawab, pemindahan masalah dan pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, penglibatan Perdana Menteri, laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan PAC, kehilangan berbillion duit 1MDB, Jho Low, kapal Equanimity berharga 1 billion Ringgit yang didakwa dicuri dengan duit 1MDB, tindakan polis Indonesia dan FBI Amerika merampas kapal yang dimiliki Jho Low secara haram, – tidak ada tindakan yang diambil oleh polis atau Kerajaan Malaysia. Kata A.G. tidak ada salahlaku oleh Najib. Kes tutup. Empat buah negara dakwa duit 1MDB dicuri oleh Jho Low, A.G. Malaysia kata tiada apa-apa yang berlaku. Semua okay.

Video : Nama Malaysia busuk akibat pemimpin BN korup. Di manakah maruah kita? 😖😖💥💥

Video : Nama Malaysia busuk akibat pemimpin BN korup. Di manakah maruah kita? 😖😖💥💥

Posted by Kini YouTube on Wednesday, February 21, 2018

8.​Apa jenis Kerajaan ini. Berbillion Ringgit duit Kerajaan lesap. Duit ini dipinjam. Kita kena bayar. Rakyat kena bayar. Kerajaan tak tahu apa.

9.​Kerajaan bisu. Perdana Menteri bisu. Menteri bisu. Wakil Rakyat Kerajaan bisu.

10.​Apakah mulut tersumbat terlalu banyak dedak yang mereka semua bisu.

11.​Sudah sampai masanya Malaysia tukar Kerajaan. Sudah sampai masanya Kerajaan baru dipilih untuk siasat segala-gala yang tidak disiasat oleh Najib dan A.G. jinaknya.


ROBERT KUOK

(10-3-2018)

chedet.cc

1. Ternampak marah sungguh UMNO kepada Robert Kuok kerana kononnya ia menghulur bantuan wang kepada DAP.

2. Undang-undang manakah yang dilanggar oleh Robert Kuok? Setakat yang saya tahu siapa sahaja boleh bantu mana-mana parti politik. Dahulu UMNO tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu UMNO dan BN boleh. Curi duit untuk piliharaya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun.

3. Untuk sekat parti lawan dari mendapat bantuan kewangan jentera Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan badan pencegah rasuah diguna oleh UMNO dan Najib untuk ugut sesiapa yang mungkin bantu parti lawan. Mereka dipaksa bayar cukai pendapatan tambahan yang tidak sah, dituduh kononnya cuba bersih duit (money laundering) walaupun tidak ada bukti. Premis mereka digeledah, buku akaun dirampas. Pasport pun dirampas.

4. Tetapi duit 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun Najib yang dikatakan derma dari orang tidak disiasat, tidak dituduh salah. Sebaliknya A.G. dakwa tidak ada salahlaku oleh Najib.

5. Sekarang Expo diadakan oleh UMNO seluruh negara dengan rumah dan motorsikal sebagai hadiah nombor bertuah. Diadakan apabila pilihanraya dekat menjadikan agihan ini satu jenis rasuah. Tetapi tidak ada siasatan oleh MACC atau polis.

6. Rakyat, pengundi perlu sedar duit dan hadiah ini bukan dari UMNO atau Najib. Ada bukti yang duit ini diseleweng dari duit 1MDB. Duit Kerajaan juga terlibat. Peruntukan untuk Kementerian dan pentadbiran dipotong dan diguna untuk tumbuk rusuk pengundi.

7. Duit Kerajaan datang dari cukai ke atas rakyat – seperti GST umpamanya. Ini bermakna UMNO dan BN sapu duit cukai yang dibayar oleh rakyat untuk sogok rakyat. Ini adalah penipuan besar.

8. Rakyat boleh ambil balik duit mereka yang disalahguna oleh Najib dan UMNO. Tetapi jangan bagi undi kepada BN. Apa sebab kita nak terhutang budi apabila duit kita dibagi balik kepada kita.

9. Nampak jelas PAS pun terima duit dari Najib. Tanya Nik Abduh. PAS bertanding bukan untuk menang. PAS bertanding untuk tarik undi penentang UMNO supaya tidak pergi kepada PH.

10. PAS kafirkan UMNO. Kata PAS kalau bekerjasama dengan kafir akan jadi kafir. Sekarang kerjasama PAS dengan UMNO bukan untuk kemenangan PAS. Ia untuk kemenangan UMNO.

11. Kalau kerjasama dengan kafir jadi kafir, PAS jadi apa apabila tolong UMNO menang. Dahulu PAS kerjasama dengan DAP. Tahaluf Siyasi konon. Tukar perkataan Melayu kepada Arab tidak menjadi sesuatu yang salah tidak salah.

12. Jangan undi Bulan. Tolak kati (dacing) dan bulan untuk selamat negara. Dacing dan bulan adalah simbol penipuan.