DAP kecewa BERSATU terima bekas ADUN Behrang

(15-5-2018)

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh kecewa kerana BERSATU Perak menerima kemasukan seorang bekas ADUN yang mencetuskan krisis menteri besar Perak pada tahun 2009.Wong mendakwa bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, yang melompat daripada PKR untuk menyokong BN pada 2009, diterima menjadi anggota BERSATU oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hari ini.”Kita perlu mengingatkan diri kita Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan tong sampah untuk menerima dan menjaga mereka yang terbukti tanpa prinsip, maruah dan telah menjual kepercayaan rakyat untuk keuntungan peribadi.

“Ini adalah perkara terakhir yang patut dilakukan Menteri Besar pada hari pertama bertugas sebagai MB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Jamaluddin (gambar, kanan) ialah salah seorang daripada tiga ADUN Pakatan Rakyat (PR) yang mengisytiharkan diri mereka sebagai calon bebas menyokong sokongan BN untuk membentuk kerajaan negeri Perak pada tahun 2009.Ini mencetuskan krisis perlembagaan Perak, yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan negeri PR ketika itu.Kerajaan HARAPAN Perak sekarang dibentuk selepas dua ADUN BN mengisytiharkan sokongan kepada Faizal, walaupun masih kekal dalam gabungan bekas parti pemerintah itu.Salah seorang ADUN berkenaan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, menyertai BERSATU selepas dipecat daripada Umno.

DAP Youth chief Wong Kah Woh is disappointed that the Perak Bersatu has welcomed into its fold a former state assemblyperson who triggered the 2009 Perak crisis.Wong claimed former Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi, who jumped ship from PKR to support BN in 2009, was accepted as a Bersatu member by Perak menteri besar Ahmad Faizal Azumu today.”We have to remind ourselves that Pakatan Harapan is not a garbage bin to accept and keep those proven to be without principle, dignity, and has sold the people’s trust for personal gain.”This is the last thing the menteri besar should do on his first day of reporting duty as an MB,” he said in a statement today.

Jamaluddin was one of three assemblypersons from then-pact Pakatan Rakyat who declared themselves as independents in support of BN’s bid to form the Perak state government in 2009.This triggered a Perak constitutional crisis, which resulted in the downfall of the then Pakatan state government.The current Perak Harapan state government was formed after two BN assemblypersons declared support for Faizal, albeit while still remaining in the former ruling-coalition.

One of the assemblypersons, Zainol Fadzi Paharuddin, has since joined Bersatu after being sacked from Umno.