Babak terakhir drama RUU355 di Dewan Rakyat

(05-4-2018)

Aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat semalam 4 April 2018 menyenaraikan usul Ahli Parlimen Marang untuk meminda Akta 355 di angka nombor 5. Hari ini ia muncul di angka nombor 2. Maka ramailah yang berteriak gembira menjangkakan penantian sekian lama bakal berakhir gembira. Malangnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dahulunya bertanggungjawab memberi keutamaan kepada usul Datuk Seri Haji Hadi Awang itu, bertindak mengusulkan supaya Dewan ditangguhkan.

Usul Haji Hadi tidak dibahaskan. “Ini bukti jelas Najib dan UMNO dengan bantuan PAS menggunakan isu agama bagi mengekang suara rakyat menentang penyelewengan kerajaan BN. “Rakyat telah dikelirukan selama ini yang RUU ini adalah perkara wajib yang perlu disokong, sedangkan akhirnya ia terkubur sendiri,” kata Faiz Fadzil Noor ketika dihubungi Roketkini. Menurutnya lagi, usul RUU355 tidak mungkin boleh dibentangkan pada penggal ke-14 akan datang. “Ini kerana usul persendirian baharu perlu dikemukakan kepada Dewan dan ia tidak boleh disambung,” katanya yang juga seorang peguam.

“Rakyat perlu sedar bahawa RUU ini tidak dibentangkan dengan ikhlas. Jika ikhlas, sudah pasti ia telah dibahaskan dan diluluskan untuk diangkat oleh kerajaan.” “Sedangkan sepanjang tempoh penggal ke-13 ini, PAS menggunakan RUU ini bagi tujuan memecahbelahkan parti Pakatan Rakyat dan menghukum pihak yang mengkritik tindakan PAS,” tambahnya yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Amanah. Faiz menegaskan bahawa rakyat perlu sedar dengan permainan PAS. “Percaya kepada janji PAS umpama percaya kepada janji UMNO untuk mengurangkan harga barang selepas PRU14,” tegasnya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *