拉律山多了花花草草,更美麗了。

拉律山多了花花草草,更美麗了。拉律山也稱太平山,因為美麗的大自然景色及涼爽氣侯,多年來成為遊客的理想度假勝地。最近,拉律山的山上種了很多各種花卉植物,過去一周以來,已經大量種上約15種類及多達4,000多棵花卉,已經完成。感謝霹靂州政府,捎來撥款完成了該項工程。讓我們的拉律山更加美麗,迎接來臨的周末假日及接踵而至的年尾假日及學校假期。

Bukit Larut menjadi tumpuan kerana keindahan flora dan faunanya yang unik dan mempesonakan. Suhunya yang nyaman serta geografinya yang memukau serta mencabar fizikal menjadikan ia sebuah destinasi pelancongan pilihan pelawat dan pelancong yang gemarkan ketenangan, selain Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping dan Jejak Warisan Taiping.

Kini, Bukit Larut telah diperindahkan lagi dengan tanaman pelbagai pokok bunga hiasan di bahagian atas bukit untuk menarik lebih ramai pengunjung serta menimbulkan suasana ceria. Penanaman lebih 4,000 anak pokok bunga hiasan dari kira-kira 15 spesis pokok telah mula dilaksanakan sejak seminggu dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi. Terima kasih kepada kerajaan negeri Perak kerana telah menyumbangkan peruntukan kewangan untuk menjayakan projek ini. Jom kita lawat Bukit Larut dan menikmati keindahan bunga-bungaan di sana, pada hujung minggu dan pada cuti persekolahan yang akan datang!