Keengganan PAS berunding amat dikesali dan berhasrat untuk menguntungkan UMNO

Kenyataan Media :

Keengganan PAS berunding amat dikesali dan berhasrat untuk menguntungkan UMNO

( 22/5/16)

1. Walaupun Pakatan Harapan Perak telah membuat tawaran terbuka kepada PAS sejak 2 minggu lalu untuk bertanding di salah satu kerusi di 2 PRK yang ditetapkan pada 18hb Jun, tetapi sikap angkuh & keengganan pimpinan PAS untuk berunding menunjukkan parti itu kini hanya berminat untuk menguntungkan UMNO.

2. PAS menyedari bahawa sebarang perlawanan 3 penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan parti itu akan menguntungkan BN tetapi parti itu tetap degil dengan sikap tutup pintu enggan berunding, sikap sedemikian menunjukkan PAS mahu menggagalkan usaha Pakatan untuk mengalahkan UMNO, adalah amat pelik tujuannya berpolitik bukan untuk menang tetapi ingin menjadi “sekutu sulit” UMNO-BN.

3. Adalah lumrah hidup mana-mana parti politik untuk membuat rundingan, tetapi sikap tutup pintu yang dipamerkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang kini menunjukkan parti itu sudah menolak pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk menyelamatkan UMNO, sebuah parti perkauman yang terpalit dengan pelbagai skandal.

4. Memandangkan PAS kini tidak lagi ingin bersama pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk ” menasihati UMNO”, rakyat Malaysia tetap berhak untuk mendapat satu barisan alternatif yang lebih mampan untuk menggantikan UMNO-BN, oleh itu adalah disyorkan Pakatan Harapan meletak calon yang terbaik di kedua-dua PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar supaya rakyat mempunyai peluang memilih siapa yang paling layak mewakili mereka di Parlimen pada 18hb Jun ini.

Sekian, terima kasih.

YB Nga Kor Ming

Ahli Parlimen TAIPING/Pengerusi DAP Perak

22hb Mei, 2016

联邦法院曾裁定出国是护照持有人权力 倪可敏疾呼政府收回荒唐禁令

(太平 21 日讯)

霹雳州行动党主席倪可敏律师今日指出,我国最高联邦法院曽经于2009年裁定人民出去外国是所有护照持有人的基本人权,而该权力获得联邦宪法第5(1)条文保障,因此移民厅不能濫权随意禁止国人出国。

也是太平区国会议员的倪可敏今日在甘文丁召开记者会指出,以东马大法官丹斯里里察马兰尊为首的法院三司曾經在李官和 v 副檢察司一案中判決联法宪法保障国民自由移动(freedom of movement)的权利,而这权利包括了出国。

批评政府禁止出国荒唐

倪可敏指出,移民厅之前指人民批评或嘲笑政府将禁止出国三年完全在法律上站不住脚,虽然现在内政部做出否认,可是行动党八打灵北区国会议员潘敛伟及浄选盟主席玛利亚陈至今却还是该野蛮禁令的受害者,这显示国阵政府完全前言不对后语。

民主与法冶缺一不可

倪可敏指出,我国是民主与法治的国家,民主与法治是我国立国的兩大支柱、缺一不可,因此政府必須以身作則维护民主与法治而不是反而去破坏它。

倪可敏说,批评、监督与制衡正是反对党的责任,国阵执政60年连这浅显的道理也不明白,实在贻笑大方。他强调,政府必须接受批评才能进步,一味歌功颂德囯家领导人将失去听真话的机会,最后铸成大错。

出席今日记者会的行动党领袖包括太平联委会主席许荣联、保阁亚三州议员郑囯霖、和丰也朗区州议员罗思义及州策略局局主任刘长一。

(图):倪可敏指移民厅无权因为人民批评政府即禁止百姓出囯三年。右起罗思义、许荣联、郑囯霖及刘长一。

首相纳吉又要改组內阁 霹州火箭提出4大建议

(怡保 18 日讯)

霹州行动党今日针对內阁又要改组的亊宜向首相提出4大建议,要求政府选贤与能、节省开支。

霹州行动党主席倪可敏今日率领该党州委召开记者会时指出,首相纳吉上周宣布内阁将在近期改组,这是国阵政府自从上屆505大选后短短三年第三次改组,部长变动頻率创下历史新高。

也是太平区国会议员的倪可敏今日指出,部长人选频頻更换不但不利政府施政的持续性、內閣人数庞大更是开销髙昂、劳民伤财。

建议缩小內阁規模

倪可敏指出,国阵政府的內阁部长人数多达37人,以人口比例计算是全世界最多部长的国家。倪氏指出,即使人口比大马多数倍,日本及美国的部长人数只有16至20人,因此除了效率奇差,我国的部长人数有必要在此次内阁改组大幅锐减以反映国家人口数目及节省公币。

首相不应兼任财长

倪可敏说,由于涉及利益冲突,而且首相纳吉在兼任财长后被评为亚洲最差的财政部部长,因此这次的内阁改组,首相绝不应该再兼任财长,反之应选贤与能挑选专业人才出任财长以克服目前我国经济面对的种种挑战。

首相署部长须大幅减少

倪可敏也说,目前首相署拥有多达12个部长,部長人数之多可说已创下世界纪录,因此此次內阁改组,濫竽充数的部长必须被除名,目前一个部门多达12个部长,这种荒唐的现象必须停止。

部长必须负责部门事务

倪可敏指出,行动党也建议所有部长必須全权负责该部门事务,而非巧立名目成立委员会越俎代疱、本末倒置,结果造成部门部长当家不当权、沦为橱帘粉饰品。

倪氏说,「现任的交通部长廖中来权力完全被架空,因为交通部沒有掌握交通亊务却交由陆路交通委员会(SPAD)掌管,国阵的做法已经让交通部长职位形同虛設。」

出席今日记者会的行动党領袖包括华都牙也区国会议员西华古玛、木威区国会议员拿督倪可汉、社青团总团长黃家和及众多州委与国州议员。

(图):霹州行动党针对內閣又改组提出四大建议。前排右起倪福齐、西华古玛、倪可敏、黃家和、倪可汉及郑国霖。

PAS tidak harus berdegil dan perlu bersikap rasional untuk memastikan satu lawan satu di PRK pada 18hb Jun, 2016

Kenyataan media :

PAS tidak harus berdegil dan perlu bersikap rasional untuk memastikan satu lawan satu di PRK pada 18hb Jun, 2016

( Ipoh 17hb Mei, 2016)

1. PAS harus bersikap rasional & tidak berdegil supaya satu lawan satu dapat dicapai pada Pilihanraya kecil parlimen Kuala Kangsar & Sungai Besar.

2. Pakatan Harapan Perak telah membuat tawaran dimana Pakatan hanya bertanding di satu kerusi dan PAS diberi peluang utk bertanding di satu kerusi yang lain. Tawaran terbuka itu adalah keputusan sebulat suara Pakatan Perak dan penuh dengan keikhlasan.

3. Jika PAS benar2 serius untuk mengalahkan UMNO, PAS harus membuat pertimbangan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka dan bukan sebaliknya bersikap angkuh minta parti lain ” ukur baju atas badan sendiri.”

PAS perlu sedar jika berlaku perlawanan 3 penjuru akibat pendiriannya yang enggan kembali ke meja rundingan, ia bakal menguntungkan UMNO dan PAS pasti akan dipandang bersekongkol dengan UMNO dengan agenda utk merugikan pakatan pembangkang.

4. PRK KK & Sungai Besar adalah referendum terbaik rakyat utk membantah skandal 1 MDB & 2.6 billion yang melibatkan Najib, oleh itu PAS perlu bersikap rasional supaya ia tidak merugikan usaha Pakatan Harapan untuk mengalahkan UMNO-BN.

YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak

Kenyataan media Pakatan Harapan Negeri Perak

Kenyataan media Pakatan Harapan Negeri Perak

(Ipoh 14/5/2016)

Pakatan Harapan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat majlis pimpinan negeri semalam dan sebulat suara membuat keputusan seperti berikut : –

1. Pakatan Harapan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar demi memastikan kemenangan untuk rakyat.

2. Pakatan Harapan mengesyorkan antara 2 kerusi yang akan mengadakan pilihanraya kecil di Sungai Besar & Kuala Kangsar, Pakatan akan bertanding satu kerusi sahaja dan memberi peluang kepada PAS utk bertanding di kerusi yang lain. Cadangan sedemikian adalah bukti keikhlasan Pakatan Harapan utk memastikan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut.

3. Semua komponen Pakatan Harapan berjanji akan menggerakkan semua jentera pilihanraya parti masing-masing utk memastikan kemenangan rakan dalam Pakatan seandainya wakil Pakatan diberi peluang untuk bertanding samada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.

4. Sebagai persiapan menghadapi PRK pada 18/6/16, Pakatan Harapan Perak telah menubuhkan jawatankuasa kerja PRK Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh Ketua pembangkang dewan undangan negeri Perak, YB Dato Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin dan anggota jawatankuasa tersebut termasuk Ahli parlimen Lumut, YB Laksamana Imran(PKR) dan ADUN Tronoh YB Yong Choo Kiong(DAP).

Sekian, terima kasih.

Pakatan Harapan Negeri Perak

Tarikh : 14/5/2016