Kenyataan Media :
Jangan biar pengundi HANTU tentukan masa depan negara, SPR wajib bersihkan senarai pendaftar pemilih dengan segera!
1. Semakan senarai pendaftaran pemilih suku tahun 1/2017 oleh sekretariat Pakatan Harapan mendapati di negeri PERAK mempunyai jumlah 56,323 orang pengundi tanpa alamat ataupun dikenali sebagai “pengundi HANTU. ”
2. Perkara ini amat mengejut serta memalukan kerana ia membuktikan ada skim penipuan secara besar-besaran yang nyata telah menggugat & merosakkan sistem demokrasi berparlimen negara kita.
3. Kajian sekretariat Pakatan Harapan mendapati pengundi hantu ini kebanyakan melibatkan ahli atau pemimpin Barisan Nasional termasuk pengerusi negeri, ahli majlis, ketua kampung, ketua cawangan mahupun setiausaha politik pemimpin BN.
4. Contoh2 pengundi hantu di Perak adalah seperti berikut :
I) Tapak lot kosong tanpa rumah terdapat 40 orang pengundi berdaftar di Hutan Melintang, Parlimen Bagan Datuk sedangkan ia adalah semak-samun.
II) Rumah teres di Buntong ada 10 orang pengundi lelaki India yang semuanya berlainan Bapa.
III) Ada pengundi di Parlimen Kampar berdaftar atas alamat cukup pelik seperti -48, -36 dan lain-lain.
IV) Ada ketua cawangan MCA curi alamat bangunan kedai milik pihak ketiga & daftar sebagai pengundi tapi pada halnya kedai itu tidak didiami.
V) Ada ketua kampung BN daftar di alamat lorong yang tidak WUJUD.
VI) Rumah kampung Kamunting yang hanya didiami oleh seorang nenek tetapi didapati ada 11 orang yang tidak dikenali berdaftar sebagai pengundi dirumahnya tanpa pengetahuan atau kebenaran nenek tersebut.
5. Laporan polis telah dibuat dan kini adalah tanggungjawab SPR membersihkan senarai pemilih dengan SEGERA supaya PRU-14 tidak dicemari oleh penipuan & kerja kotor yang akan menggadaikan masa depan negara.
6. Perlu ditegaskan SPR wajib berlaku adil, berkecuali dan penuh dengan integriti seperti yang diperuntukkan oleh Art 113 Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya SPR gagal memastikan senarai pemilih adalah bersih & telus ,ia jelas menggadaikan kewibawaan badan tersebut dan Pengerusinya Dato Seri Mohd Hashim adalah tidak layak memimpin suruhanjaya tersebut & wajib letak jawatan.
Tarikh : 9hb Jun, 2017
YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak
YB V Sivakumar
Setiausaha Kehormat Pakatan Harapan negeri Perak