Kenyataan Media
DAP : GST dah menyusahkan, jangan bebankan rakyat dengan cukai Perlancongan lagi
(Ipoh 14/6/17)
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming hari ini minta Kerajaan BN jangan bebankan hidup rakyat dengan cukai perlancongan baru yang bakal dilaksanakan mulai 1hb Julai ini.
Nga Kor Ming menyoal kepada kerajaan adakah dana kerajaan sudah kering kontang sehingga perlu mengutip cukai baru ini walaupun kerajaan BN telah melaksanakan cukai GST 6% sejak tahun 2015.
Soal : Adakah cukai perlancongan akan diguna untuk bayar hutang 1 MDB?
Nga juga bertanya kepada kerajaan adakah cukai perlancongan ini akan diguna pakai untuk membayar hutang 1 MDB sebanyak RM50 billion kerana cukai GST yang dikutip kini terpaksa diguna untuk membiayai kos bayar hutang negara yang mencecah RM29.4 billion setahun.
Ahli Parlimen Taiping ini berkata, rakyat yang mendiami hotel telah dikenakan caj perkhidmatan 10% dan cukai GST 6%, sekiranya cukai hotel ini dilaksanakan, ia bererti rakyat terpaksa menanggung cukai tiga kali atau “triple Taxation.” Ini adalah satu beban yang cukup berat & sejenis bentuk kezaliman. ” Nga berkata.
Berkenaan dengan gaduh di antara Menteri Perlancongan & Kebudayaan Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz dan Menteri Perlancongan Negeri Sarawak, Dato Abdul Karim, Nga mengingatkan bahawa semasa parlimen meluluskan Akta Cukai Perlancongan pada pagi 4.57 am April tahun ini, tidak ada seorangpun Ahli Parlimen dari BN Sabah & Sarawak yang membantah kelulusan Akta itu maka tindakan membantah oleh BN Sarawak sekarang adalah sikap hipokrit, rakyat boleh nilai sendiri.
Nga juga membidas sikap kerajaan BN yang sengaja meluluskan Akta undang-undang pada waktu larut malam atau waktu subuh pagi, beliau menyifatkan ia ” amalan pencuri”, kerana ” hanya pencuri akan muncul pada waktu larut malam”.
Nga minta kerajaan menangguhkan kutipan cukai perlancongan ini kerana pada waktu ini rakyat sudah terasa dengan baham kenaikan kos sara hidup yang amat membebankan.
Nga Kor Ming memberitahu pemberita sedemikian setelah hadir memberi sumbangan kepada Masjid Expo di Kamunting, Taiping sempena bulan Ramadan. Selain sumbangan kepada Masjid, pasukan khidmat DAP Parlimen Taiping turut membeli baju raya kepada 150 orang kanak-kanak yang beragam Islam. Turut hadir di majlis penyampaian sumbangan ini termasuk ADUN Pokok Assam YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Hj Azam Abdullah, Ketua parti Amanah Taiping, Hj Mohd Saad , setiausaha Amanah Taiping, Abdul Walad dan Ketua bahagian PPBM Taiping, Tn Hj Othman.