Najib minta tangguh lagi perbicaraan kes SRC: Apa mahu takut?

Rakyat tentu kesal dan kecewa dengan sikap tidak konsisten bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam berdepan perbicaraan kesnya di mahkamah. Apa tidaknya, sehari sebelum Najib menunjukkan “taring” mahu perbicaraan kesnya di mahkamah disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan, tiba-tiba semalam beliau memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan tersebut yang sepatutnya dilangsungkan esok (Rabu).

VIDEO: Ini dia Islam UMNO yang kini didokong oleh pemimpin PAS. Malu apa?

Ini dia Islam UMNO yang kini didokong oleh pemimpin PAS. Malu apa? https://youtu.be/Uy2GQY0-TMk

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Saturday, April 13, 2019

Bagi Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh, tindakan Najib itu jelas menunjukkan bahawa bekas Presiden UMNO itu hanya berani di media sosial, tetapi hakikatnya takut untuk menghadapi kesnya di mahkamah. “Suatu pusingan U yang begitu besar oleh Najib Razak, ini sudah tentu tidak selari dengan sikap sebenar yang diharapkan daripada seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Bossku baru-baru ini. “Sudah tiba masa rakyat tanya pada Najib Razak: ‘Apa mahu takut?’,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan dalam kenyataan hari ini. Ahad lalu, Najib menyatakan sokongan terhadapa cadangan untuk menyiarakan secara langsung perbicaraannya di mahkamah yang sepatutnya berjalan esok. Bagaimanapun, semalam, Najib menerusi peguamnya Harvinderjit Singh memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Perbicaraan kes rasuah melibatkan dana 1MDB sebelum ini telah ditetapkan dari 15 April hingga 3 Mei.

VIDEO: Saksikan Taktik kotor UMNO BN curi duit FELDA!! 🔥🔥😡

Saksikan Taktik kotor UMNO BN curi duit FELDA!! https://youtu.be/7GMTlGZyuy4

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Saturday, April 13, 2019

Mahkamah kemudian menetapkan 5 April untuk pengurusan kes bagi mendapatkan pengesahan sama ada perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd akan dijalankan pada 15 April ini atau sebaliknya. Najib menghadapi empat pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram menurut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. – Roketkini.com

VIDEO: Satu lagi rompakan siang hari UMNO. 💥💥

Satu lagi rompakan siang hari UMNO. https://youtu.be/Uy2GQY0-TMk

Posted by Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 on Friday, April 12, 2019