PAKATAN HARAPAN PERAK MAHU MB & EXCO ISYTIHAR HARTA DENGAN SEGERA
1. Prinsip ketelusan, akauntabiliti & integriti dalam segala urusan pentadbiran kerajaan adalah sebahagian prinsip utama dalam perjuangan PAKATAN HARAPAN.
2. Berdasarkan kepada prinsip2 utama sedemikian, mesyuarat pre-Council ADUN Pakatan Harapan Perak dengan sebulat suara memutuskan supaya meminta Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry bin Abdul Kadir serta barisan EXCO kerajaan negeri mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Undangan Negeri sempena persidangan yang akan bermula pada 4hb April, 2017 ini.
3. Pakatan Harapan berpendapat pengisytiharan harta oleh Menteri Besar & kabinet negerinya kepada institusi Dewan Undangan Negeri bukan saja akan membantu membela integriti kerajaan negeri, ia juga akan membantu mencegah skandal rasuah tanah sepertimana yang telah berlaku di Johor & skandal projek pengairan & saliran di negeri Sabah.
4. Pakatan Harapan berpendapat tindakan Menteri Besar & EXCOnya yang membuat akuan sumpah anti rasuah di depan SPRM pada minggu ini sebenarnya adalah tidak berguna kerana ia tidak mengikat dari segi undang-undang. Sikap Menteri Besar & EXCOnya yang enggan isytihar harta kepada Dewan Negeri sebaliknya menolak cadangan tersebut telah memberi pandangan cukup negatif terhadap pimpinan BN kerana ia terbukti gagal mematuhi prinsip ketelusan & akauntabiliti.
Sebenarnya negeri2 ditadbir oleh BN yang juga mempamerkan sandiwara atau wayang yang sama, kejadian rasuah bukan saja berulang tetapi jumlah duit rakyat yang disapu sudah sampai ke suatu tahap yang amat menggerunkan.
5. Mengambil maklum bahawa skandal 1 MDB telah menjadi skandal kewangan terbesar di dunia dan kedudukan Malaysia dalam indeks transparency International kini menjunam ke tangga ke-55, iaitu kedudukan paling teruk sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, maka Pakatan Harapan menggesa kerajaan melakukan reformasi ke atas institusi kerajaan termasuk pengisytiharan harta oleh ketua kerajaan iaitu Menteri Besar & Perdana Menteri.
6. Pakatan Harapan Perak menegaskan demi memikul prinsip integriti, akauntabiliti & ketelusan, sekiranya Pakatan diberi mandat untuk membentuk kerajaan Negeri pada PRU-14, kerajaan Pakatan Harapan akan membuat PENGISYTIHARAN HARTA seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang & Selangor sekarang.
Kenyataan media ini telah disediakan oleh :
1. YB Dato Seri Nizar bin Jamaluddin
Ketua Pembangkang DUN Perak/ AMANAH
2. YB Dato Ngeh Koo Ham
Ketua Whip ADUN DAP Perak
3. YB Chan Lik Kang
Ketua Whip ADUN Keadilan Perak