Kenyataan Media :
Rakyat harus sedar RUU355 adalah helah politik UMNO untuk mengumpan PAS.
1. Pengumuman oleh Pengerusi BN Dato Seri Najib Razak semalam bahawa kerajaan tidak akan bentang RUU355 terbukti rang undang-undang itu adalah jelas satu helah politik UMNO untuk mengumpan PAS.
2. Ketika negara dilanda krisis kewangan, kejatuhan ringgit & rakyat terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, kerajaan BN perlu mengalih perhatian & fokus rakyat dan malangnya RUU355 telah dijadikan senjata politik walaupun rang undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
3. Semua rakyat wajib sedar perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Perlembagaan adalah undang-Undang tertinggi negara kita dan mana-mana Akta yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah & tidak berkesan.
4. Perlu diperhatikan UMNO sedar sentimen perkauman & agama adalah jalan paling senang untuk memesong pandangan rakyat walaupun ia boleh mengundang musibah kepada rakyat & negara. Pengumuman Dato Seri Najib pada 29 Mac kini mengesahkan perkara ini sedangkan perkara ini telah berlarutan bertahun-tahun.
5. Berdasarkan kepada pengumuman oleh Najib, kini pihak kami berdoa & diharapkan semua rakyat harus sedar & menilai sendiri, jangan lagi ada yang masuk perangkap oleh pihak yang bertopengkan agama tapi hanya untuk kepentingan peribadi mereka.
Tarikh : 30 MAC, 2017.