PESANAN DS ANWAR IBRAHIM MENGENAI PENDAKWAAN LIM GUAN ENG
4 JULAI 2016
Saya amat terkejut dengan penangkapan, penahanan, dan pendakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di mana pasukan pendakwaan diketuai sendiri oleh Peguam Negara TS Apandi Ali.
Ini merupakan satu pendakwaan keji dan bersifat politik yang berniat menggugat pihak pembangkang dengan menjadikan pimpinan sebagai sasaran. Berdasarkan siasatan dan pendakwaan sehingga kini, saya yakin serangan-serangan seperti ini tidak akan berhenti dengan Lim Guan Eng sahaja tetapi akan diperluas kepada pimpinan lain, malah mungkin juga dari kalangan bekas pimpinan UMNO-Barisan Nasional yang telah bangkit untuk berjuang demi menyelamatkan Malaysia.
Ini bukan kali pertama Guan Eng diuji sebegini; beliau pernah berkorban untuk menegakkan keadilan buat mereka yang dizalimi. Saya yakin beliau dan DAP akan tabah dalam menghadapi serangan terbaru ini.
Saya juga berdoa agar isteri beliau, Betty, serta anak-anak dan keluarga akan tabah dalam mengharungi dugaan ini, seperti juga keluarga saya.
Sekiranya DS Najib beranggapan melemah dan memperalat agensi-agensi utama sebegini akan mendiamkan pembangkang, beliau cukup salah. Pemimpin seperti Guan Eng dan ramai lagi tidak akan sesekali berundur; malah mereka akan bangkit untuk berjuang dengan lebih kuat demi demokrasi, keadilan dan urus tadbir kerajaan yang baik.
Parti-parti di dalam Pakatan Harapan serta pihak-pihak lain termasuklah parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan dan individu yang mempunyai niat dan tujuan yang serupa demi demokrasi dan keadilan di Malaysia mestilah bersatu menuju matlamat yang sama – mengalahkan rejim korup UMNO-BN.
–
MESSAGE FROM DS ANWAR IBRAHIM ON THE PROSECUTION OF LIM GUAN ENG
4 JULY 2016
I am appalled by the recent arrest, detention and prosecution by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) of Penang Chief Minister Lim Guan Eng, led by none other than Attorney-General Apandi Ali.
This is without doubt a scurrilous and politically-motivated prosecution meant to sow disarray in the opposition by targeting our leaders. Based on current trends of investigations and prosecutions, I am certain that these attacks will not end with Lim Guan Eng but will likely widen to other leaders, perhaps to involve even former leaders of UMNO-Barisan Nasional who have been awakened to the need for reforms and change to save Malaysia.
Guan Eng is not new to such harassment; he has been forced to sacrifice his freedom before for victims of injustice. I am sure he and the DAP will remain resolute in the face of this new onslaught.
My thoughts also go out to Betty and their children and families who will endure these new travails as my own family has had to endure.
If Prime Minister Najib thinks that emasculating and manipulating the key agencies in this way will silence the opposition, he is mistaken. Leaders like Guan Eng and others will not be cowed; they will continue to champion the cause of democracy, justice and good governance.
The parties in Pakatan Harapan and other like-minded political parties, civil society groups and individuals who share our common quest for democracy and justice in Malaysia must unite towards one common objective – the removal of the UMNO-BN corrupt regime from the seat of power in Malaysia.