DAP akan keluar kerajaan jika…

DAP komited dengan objektif Malaysia Baharu dan akan bertindak keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya ia tidak tercapai, tegas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. “Pemimpin DAP, sama ada di dalam atau di luar kerajaan, tidak teragak-agak untuk meninggalkan gabungan kerajaan jika objektif Malaysia Baharu diabaikan. “Pemimpin DAP tidak akan jadi lemah seperti pemimpin-pemimpin MCA,” katanya dalam kenyataan. Istilah Malaysia Baharu muncul selepas Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak enam dekad lalu. Beliau berkata demikian menjawab kebimbangan ahli perniagaan Tan Sri Clement Hii bahawa DAP akan jadi seperti MCA.

Kit Siang dalam pada itu turut menyenaraikan sebab mengapa DAP tidak akan jadi MCA2. Antaranya adalah kerana DAP parti berbilang kaum, berbeza dengan MCA yang mewakili hanya orang Cina. “Politik berbilang bangsa DAP adalah satu-satunya cara untuk membina sebuah Malaysia bersatu padu dan berjaya, amalan politik berteraskan satu kaum sahaja tidak akan mampu menyatukan Malaysia yang berbilang kaum,” ujarnya.

Prihatin nasib pekebun kecil getah, Kementerian Kewangan umum bantuan RM164 juta

Kerajaan Pakatan Harapan prihatin terhadap nasib pekebun kecil getah yang kekurangan pendapatan sepanjang musim tengkujuh. Oleh itu, Kementerian Kewangan yang diterajui Menterinya, Lim Guan Eng, mencadangankan kepada kerajaan supaya memberikan bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup mereka. Jemaah menteri bersetuju dengan cadangan tersebut dan meluluskan peruntukan lebih RM164 juta yang akan disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada kementerian berkaitan. Bantuan sebanyak RM600 setiap seorang itu akan memberi manfaat kepada 274,000 pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah RISDA. Ia akan diagihkan dalam dua peringkat – RM300 pada penghujung tahun ini, manakala selebihnya pada awal tahun hadapan. “Bantuan ini melibatkan penerima seramai 255,997 pekebun kecil getah yang merupakan pemilik yang mengusahakan sendiri kebun mereka (pemilik pengusaha) dan 18,642 penoreh bukan pemilik yang mengusahakan tanah berkeluasan tidak melebihi tidak melebihi 2.5 hektar.

“Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan tahun 2018 berjumlah RM164, 783,400 kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia RISDA,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan, hari ini.

Tegakkan Keadilan Demi Teoh Beng Hock Gesa Polis Buka Semula Siasatan Segera

Kenyataan Media Bersama Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (AJK DAPSY) Leong Yu Sheng, Tan Tiong Yih dan Woo Kah Leong pada 25.12.2018; Kami menyeru kerajaan Pakatan Harapan untuk menegakkan keadilan demi Teoh Beng Hock tanpa berlengah lagi. Difahamkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk membuka siasatan semula terhadap kematian Teoh Beng Hock pada Jun 2018. Saudara Teoh telah meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di Bangunan SPRM selepas memberikan keterangan.

“Walaupun Mahkamah Rayuan telah memutuskan rejim kerajaan sebelum ini untuk membayar RM600,000.00 kepada keluarga Teoh sebagai pampasan, namun sebenarnya pembunuh sebenar Teoh masih belum dihadapkan ke muka pengadilan dan maka keadilan demi Teoh Beng Hock masih belum ditegakkan sehingga kini walaupun anak Teoh sudah berusia 8 tahun,” ujar ketiga-tiga AJK DAPSY tersebut. Sesungguhnya pembukaan semula siasatan kes terhadap insiden Teoh Beng Hock adalah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan di bawah Malaysia Baharu adalah bertekad untuk menegakkan keadilan demi individu seperti Teoh Beng Hock yang dizalimi di bawah rejim UMNO BN.

Bersama dengan saudara Lim Kit Siang serta Ramkarpal Singh yang turut menyeru untuk membuka semula siasatan, kami sekali lagi menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk menegakkan keadilan demi Teoh Beng Hock serta mendesak pihak polis untuk membuka siasatan kes tanpa berlengah lagi.

Kit Siang minta pemimpin PH henti berbalah

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengesa pemimpin Pakatan Harapan agar berhenti membuat serangan sesama sendiri secara terbuka. Walaupun menyokong kebebasan bersuara, katanya, ia tidak harus dilihat menjejaskan perpaduan dan tujuan bersama gabungan tersebut. “Saya amat bersetuju dengan amaran yang disuarakan Pengarah Strategi dan Dasar Bersatu Datuk Rais Hussin berkenaan serangan sesama sendiri di kalangan pemimpin Pakatan Harapan, kerana ia bakal mengundang persepsi negatif dan kesan buruk terhadap Pakatan Harapan,” ujarnya dalam kenyataan.

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月15日土曜日

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan pemimpin Pakatan Harapan perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan parti. “Jika SOP seumpama itu tidak berjaya, Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu campur tangan dan memikirkan mekanisme yang sepatutnya untuk pemimpin Pakatan Harapan menyatakan kebimbangan atau rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang kenyataan atau prestasi pemimpin dari komponen lain, supaya objektif Pakatan Harapan untuk membina Malaysia Baharu tidak terjejas,” ujarnya.

VIDEO: 下月推保健食物卡 倪可敏:料2万戶受惠。

VIDEO: 下月推保健食物卡 倪可敏:料2万戶受惠。

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月15日土曜日

Pembalakan tak ikut SOP jejaskan sumber air Orang Asli

Aktiviti Pembalakan tidak mengokut Prosedur Operasi Standard (SOP) memusnahkan kawasan tadahan air dan pencemaran air sungai di beberapa perkampung Orang Asli, tegas Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. Katanya, akibat daripada tindakan tidak bertangggungjawab itu, katanya, masyarakat Orang Asli terdedah kepada penyakit berjangkit serta penyakit kulit ekoran penggunaan air sungai tidak bersih.

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

VIDEO: Nga Kor Ming beri RM1.6 juta kepada Masjid Al Taqwa

Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部さんの投稿 2018年12月15日土曜日

“Saya akan mendapatkan laporan berhubung syarikat pembalakan yang menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli bagi memastikan mereka mempunyai lesen yang sah atau menjalankan aktiviti berkenaan secara haram,” katanya seperti dipetik Bernama. Selepas meninjau perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 dan Kuala Koh di Gua Musang, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, berkata kedua-kedua kawasan berkenaan terkesan dengan pencemaran akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih besi. “Saya dapat lihat juga pembalak membuang sisa kayu ke dalam anak sungai tanpa mengambil langkah seperti yang ditetapkan dalam SOP supaya kawalan berhubung perkara itu lebih selamat,” katanya. – Roketkini.com