Kartunis Fahmi berharap tiada siapa terlibat dalam Jenayah Korupsi terlepas

(04-07-2018)

Kartunis Fahmi Reza yang popular dengan lakaran “badut” Datuk Seri Najib Razak datang ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk melihat sendiri proses pendakwaan ke atas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Datuk Seri Najib Razak didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Fahmi Reza berkata tindakan mengheret bekas perdana menteri itu ke mahkamah hanyalah langkah permulaan dalam usaha membersihkan negara dari gejala rasuah. Fahmi berkata, Najib sekarang boleh merasai apa yang pernah dilaluinya. “Aku di sini sebagai salah seorang warganegara yang pernah ditangkap, didakwa, dibicara dan dihukum bicara kerana mengkritik kleptokrat Najib Razak. Aku didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur ini [sama seperti Najib] dan akan sambung bicara hujung bulan ini. Jadi, aku di sini untuk dengar sendiri pendakwaan jenayah yang akan dijatuhkan ke atas Najib dan dengar sama ada dia akan mengaku bersalah atau tidak terhadap mana-mana pendakwaan. Akhirnya dia dapat rasa sendiri apa yang aku rasa semasa berada di bawah pemerintahan dia.” kata Kartunis Fahmi.

“Sebagai warganegara, kita semua berminat nak tahu sama ada kita boleh dapat keadilan, kita mahu semua yang terlibat dalam jenayah korupsi di negara ini dibawa ke muka pengadilan. Jadi, aku di sini untuk dengar dan tengok sendiri sama ada kita boleh dapat keadilan atau tidak,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah Tinggi.” sambungnya. Beliau juga berharap tiada sesiapa yang terlibat dalam skandal rasuah itu akan terlepas dari dibawa ke muka pengadilan. “Ini satu permulaan untuk negara kita ke arah dalam perjuangan untuk melawan segala bentuk korupsi penguasa. Ini satu langkah ke hadapan, ke arah membasmi terus (rasuah) dalam pemerintahan, dalam politik negara kita,” katanya.

Fahmi, 41, sering ditangkap oleh polis berhubung lukisan dan lakarannya. Beliau didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 1 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada Februari lalu, beliau didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen berhubung karikatur badut yang dimuat naik di Facebook bersama logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Beliau berjaya membayar denda itu dalam tempoh 24 jam hasil sokongan orang ramai yang memberi sumbangan kepadanya. Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Fahmi hari ini memberitahu wartawan kehadirannya bukan sebagai membalas dendam terhadap Najib. “Tak (datang sebab balas dendam) sebab aku memang ikut kes ini dan juga aku nak dengar sendiri sebab aku berminat sebagai warga negara kita semua berminat nak tahu sama ada kita boleh dapat keadilan. Kita mahu semua yang terlibat dalam jenayah korupsi dekat negara ini dibawa ke muka pengadilan.”

Najib hari ini mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan memohon untuk dibicarakan. Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan RM1 juta berserta dua penjamin. Mahkamah juga memerintahkan supaya pasport biasa dan diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

AG batalkan sidang media akibat kekecohan dari penyokong Najib

(04-07-2018)

Peguam Negara Tommy Thomas terpaksa menukar tempat sidang media tengahari ini akibat asakan daripada kira-kira 50 penyokong Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Sidang media sebelum ini dijadualkan pada tengahari ini di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Sidang media itu diadakan selepas bekas perdana menteri itu didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta di mahkamah sesyen dan dibacakan terhadapnya sekali lagi di mahkamah tinggi. Peguam Negara Tommy Thomas sepatutnya bercakap kepada media selepas prosiding di Mahkamah Sesyen dan Tinggi hari ini berkaitan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa terhadap Najib. Kekecohan berlaku kira-kira 12.45 tengahari tadi dengan menyaksikan penyokong Najib mula bersorak ‘bahasa Melayu’ ketika Thomas mula memberi kenyataan kepada wartawan dalam bahasa Inggeris. Laungan “Hidup Najib” dan “Allahuakhbar” juga bergema. Susulan itu, pihak polis menahan beberapa individu yang dipercayai memulakan provokasi.

Pelakon, Ellie Suriaty yang berada dalam kalangan penyokong itu diberi amaran oleh polis selepas mendesak Thomas mengadakan sidang media dalam bahasa Melayu. Beliau kemudiannya dibawa keluar dari lobi Kompleks Mahkamah KL oleh polis. Exco Pemuda Umno, Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Thomas berbahasa Melayu untuk memudahkan khalayak ramai memahami intipati ucapannya. “Bagi sidang media pun cakap Inggeris. Cakaplah Melayu. Daulatkan bahasa,” katanya. Kakitangan polis akhirnya berjaya memujuk kira-kira 50 penyokong Umno itu supaya meninggalkan kawasan berkenaan. Antara lain, mereka termasuk Ketua Wanita Umno Datuk Seri Noraini Ahmad dan anggota majlis tertinggi Umno , Datuk Lokman Noor Adam.

Tommy yang pada mulanya hendak mengadakan sidang media di lobi mahkamah tetapi akhirnya beliau memutuskan sidang akhbar itu tidak berterusan. Seterusnya, beliau bertindak menukar lokasi siding media ke tingkat 5 Kompleks Mahkamah KL. Thomas setelah dilantik sebagai peguam negara awal bulan ini berjanji akan meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaannya. Beliau berkata dirinya sudah empat dekad menjadi peguam swasta maka kefasihannya dalam bahasa Melayu tidak berada pada tahap sepatutnya. “Saya mohon prosiding dalam mahkamah dibuat dalam Inggeris,” katanya dalam bahasa Melayu kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas 4 pertuduhan dibacakan dalam bahasa kebangsaan.

Kefasihan Thomas dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Mohamed Apandi Ali, awal bulan lalu.

Foundation funds used to settle credit cards bills is just a misunderstanding, says Zahid

(03-07-2018)

There was no embezzlement of Akalbudi Foundation funds, and the issues that had arisen were due to a misunderstanding, said Umno president Ahmad Zahid Hamidi. Umno president Ahmad Zahid Hamidi said today that funds from welfare foundation Yayasan Akal Budi were used to clear credit card debts, but claimed that this was due to a mistake by his officer. According to Zahid, the credit card bills were handed to his officer who “mistakenly used funds from Yayasan Akal Budi” to clear the debts – which required the former deputy prime minister to reimburse the fund using his personal money.

He said the problems were due to a mistake by his officer, who should have used funds from his personal account to pay his and his wife’s credit card bills. He said due to confusion, funds from the foundation’s account were used instead. “My officer didn’t intend to misuse the funds (to clear the credit card debts) but the action was improper. ”However, I have settled all the payments using my own savings in 2016, and I have submitted the receipts for the payments, including a photocopy of the cheque payment made in 2016,” he told reporters after giving his statement at the Malaysian Anti-Corruption Commission headquarters in Putrajaya today. “MACC has recorded my statement. There was no embezzlement of funds involving my family-owned foundation. What the foundation does is related to charity and welfare, such as building mosques, tahfiz centres, orphanages and surau, as well as activities for the poor.”

Zahid was speaking to reporters outside the MACC headquarters after an intense seven hours of questioning. This is the second consecutive day that the Umno president has been subjected to questioning, after spending over nine hours at the commission’s headquarters yesterday. It was initially reported that Zahid was to have his statement recorded over two issues – the alleged abuse of Yayasan Akal Budi funds, and his meeting with a member of the Saudi Royal family regarding a RM2.6 billion donation to former premier Najib Abdul Razak. However, the MACC only recorded his statements on the latter yesterday. With regards to Yayasan Akal Budi, it was reported that RM800,000 had been misappropriated from the foundation to pay for credits cards belonging to Zahid and his wife. After Zahid emerged from the MACC headquarters at 5.15pm today, he said that he hoped his clarification would clear “negative perceptions.” “I hope this explanation can clear the very negative perceptions against me, especially after I won the Umno presidency (on Saturday),” he said.

When asked about Najib’s arrest, he said he was unaware of the news, but stressed that he respects the rule of law. “I did not know Najib was arrested, I was inside. I respect the rule of law, I am confident it was done to clear the case… to clear the perception of the public. “Now the court of public opinion has played an important role in creating the negative perception (towards Najib).”

Bekas Gabenor Bank Negara dipaksa keluar kenyataan

(03-07-2018)

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan bahawa beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Zeti menafikan beliau mengetahui tentang wang dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum ke 13.

“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib. “Malah, pada 3 Julai 2015, saya dipanggil oleh Pejabat Perdana Menteri. Beliau meminta saya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung akaunnya. “Saya maklumkan beliau saya tidak boleh keluarkan kenyataan sebegitu kerana saya tidak tahu menahu tentang transaksi yang berlaku. “Saya kemudiannya menerima panggilan daripada seorang menteri, yang turut membuat permintaan yang sama untuk saya keluarkan kenyataan sebegitu.” Menurutnya, beliau memberikan jawapan yang sama beliau berikan kepada Najib. Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti menyedari mengenai transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya.

“Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya.” “Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada masalah,” katanya dalam wawancara itu. Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran, Najib menjawab: “Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka semuanya baik.” Berhubung perkara berkaitan dengan urus niaga oleh pemegang akaun dalam sistem perbankan, Zeti menjelaskan BNM bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh institusi kewangan pelapor. Katanya, komuniti perbankan menyedari sepenuhnya kawal selia dan garis panduan mengenai laporan sebarang urus niaga yang meragukan dan penilaian wajar yang diperlukan terhadap operasi mana-mana akaun sedemikian.

“Melainkan institusi perbankan berkaitan melaporkan kepada BNM mengenai salah laku dalam akaun atau jika BNM menerima maklumat yang memberi sebab untuk mempercayai bahawa kesalahan telah berlaku, maka bank pusat tidak dapat memulakan penyiasatan terhadap akaun berkenaan,” katanya. Dalam temubual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, baru-baru ini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor BNM menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU-13), namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Najib Razak didakwa di mahkamah esok

(03-07-2018)

Najib Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang tadi di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini hari ini. Penangkapan ini dibuat selepas lebih daripada lima minggu sejak beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan kepada media bahawa Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah ditangkap dan dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini. Hari ini, Shukri Abdull yang berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun berkata Najib ditahan berikutan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. Pasukan petugas khas dianggotai empat individu itu memberitahu tangkapan berkenaan dibuat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

“Najib akan dituduh pada 4 Julai pada jam 8.30 pagi di mahkamah Kuala Lumpur,” kata mereka dalam satu kenyataan media. Siasatan yang diterajui Pasukan Petugas Khas 1MDB juga telah membawa kepada pembekuan 400 akaun bank bernilai RM1.1 bilion serta rampasan jutaan wang tunai dan barangan berharga dari premis-premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu. SPRM juga telah merekod kenyataan dari Najib, isterinya Rosmah Mansor dan anak tirinya Riza Aziz.

Semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Najib akan didakwa dalam tempoh 100 hari selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Persekutuan. Siasatan terhadap 1MDB dibuka sebaik sahaja PH menang dalam pilihan raya pada 9 Mei lalu. Najib disoal siasat sebanyak tiga kali – sekali pada Disember 2015 dan dua kali pada Mei tahun ini – berhubunng peranannya dalam SRC International. SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012, semasa Najib menjadi perdana menteri dan juga menteri kewangan. Dipercayai bahawa RM42 juta dari SRC International disalur ke dalam akaun Najib antara pertengahan 2014 dan Januari 2015.

Menurut laporan, wang itu disalur dari SRC International ke dalam beberapa perantara kewangan milik proksi perniagaan yang rapat dengan Najib sebelum didakwa dimasuk ke dalam akaun peribadinya. Bagaimanapun, Najib telah menafikan semua salah laku yang dituduh terhadapnya. Pada bulan lepas, Najib mendapatkan khidmat sepasukan peguam kanan Amerika Syarikat (AS), termasuk bekas Peguam Negara John Ashcroft dan peguam bicara terkenal David Boeis, petunjuk jelas bahawa beliau akan didakwa atas kehilangan berbilion wang 1MDB.

Beberapa negara termasuk AS, Singapura dan Switzerland juga menyiasat skandal dana negara itu.