Kedah potong gaji MB, exco 10 peratus

(31-5-2018)

Kerajaan Kedah mengumumkan keputusan untuk memotong gaji asas menteri besar dan kesemua 10 anggota exconya sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa bulan ini. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat exco yang diadakan di Wisma Darulaman, hari ini. “Ia sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan dan prihatin terhadap masalah kewangan negeri.

“Sesungguhnya, pimpinan kerajaan negeri bersama-sama dengan rakyat ketika ini menanggung pelbagai bebanan dan tanggungan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Mukhriz berkata keputusan sebulat suara itu juga selari dengan ketetapan dibuat kerajaan Persekutuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini Mahathir mengumumkan gaji asas jemaah menteri dipotong sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa serta merta.

Langkah itu turut diikuti oleh kerajaan negeri Kedah hari ini yang mengurangkan gaji anggota exco sebanyak 10 peratus.