Menteri Besar Perak Zambry harus ikut teladan negeri Pakatan Harapan, beri bonus raya kepada penjawat awam di Perak

Kenyataan Media : –

Menteri Besar Perak Zambry harus ikut teladan negeri Pakatan Harapan, beri bonus raya kepada penjawat awam di Perak

( Taiping 14/6/17)

Pengerusi DAP Perak mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Dato Seri Mohd Azmin Ali atas kejayaan memberi bonus raya 2 bulan kepada lebih 17,000 penjawat awam kerajaan negeri tersebut.

Nga Kor Ming juga mengucap tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang memberi bonus raya 0.75 bulan atau minima RM1,000 kepada lebih 4,000 orang penjawat kerajaan negeri tersebut.

Nga berkata, pemberian bonus oleh 2 kerajaan negeri Pakatan Harapan membuktikan dengan urus tadbir yang baik dan amalan penuh berintegriti, kedudukan kewangan Pulau Pinang & Selangor kini mendahului negeri-negeri lain.

Rizab Pulau Pinang & Selangor tambah berkali ganda ??

Ahli Parlimen Taiping itu berkata, Pulau Pinang kini mempunyai rizab RM1.6 billion, satu peningkatan lebih 2 kali ganda sejak Pakatan mengambil alih pemerintahan negeri itu sejak 2008. Sementara itu, Selangor mempunyai rizab hampir RM4 billion, satu peningkatan lebih 6 kali ganda, kedua-duanya boleh disifatkan sebagai pencapaian yang amat cemerlang.

Beliau berkata, malahan kerajaan Pulau Pinang kini adalah negeri yang mempunyai paling sikit hutang. Kerajaan Pulau Pinang telah berjaya membayar 90% hutang kepada kerajaan Persekutuan yang dulu ditinggalkan oleh kerajaan BN dahulu sebanyak RM600 juta.

Perak disaran mengikut teladan baik negeri Pakatan Harapan

Nga berkata, beliau berasa sedih negeri Perak dibawah pemerintahan BN kini telah merosot menjadi negeri kedua paling miskin, malahan lebih 81% pendapatan purata keluarga dalam negeri ini adalah kurang dari paras purata kebangsaan. ”

” Jabatan Statistik Jabatan Perdana Menteri juga mengesahkan Perak kini mempunyai jumlah keluarga berpendapatan rendah yang paling ramai di seluruh negara, dimana 122,000 buah keluarga mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2,380.00. Keadaannya amat menyedihkan.” Beliau mengeluh.

Memandangkan rakyat kini dibeban dengan pelbagai cukai, DAP minta Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Abdul Kadir mengikut contoh kerajaan Selangor & Pulau Pinang, memberi bonus raya kepada penjawat awam dalam negeri ini supaya membantu umat Islam meringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Nga berkata demikian setelah melawat keluarga miskin di Kampung Pokok Assam dan menyampaikan bantuan kepada keluarga pesakit buah pinggang Encik Ismail & isterinya Puan Maimunah yang merupakan pekerja potong rumput kontraktor majlis perbandaran. Turut hadir bersama ADUN Pokok Assam YB Teh Kok Lim, ADUN Aulong YB Leow Thye Yik dan Naib Ketua parti Amanah Taiping Nalli.

( Gambar 1 ) : Nga Kor Ming menyampaikan bantuan kepada pesakit buah pinggang Ismail & isterinya Maimunah. Turut hadir ADUN YB Teh Kok Lim & YB Leow Thye Yik.
( Gambar 2 ) : Kor Ming & Kok Lim mendengar suara nurani dari Ismail yang mengadu tentang kesusahan hidup yang terpaksa ditanggung oleh keluarganya setelah cukai GST 6% dilaksanakan.