Putrajaya perlu dipulangkan semula kepada Tun M – Hannah Yeoh

(04-05-2018)

Bercakap di hadapan kira-kira 5,000 hadirin malam tadi, bekas Speaker wanita pertama Malaysia Hannah Yeoh menyeru pengundi di Putrajaya mengembalikan kawasan parlimen itu kepada ‘jurubina’ asalnya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Seruan itu dibuat sebagai mengulas kempen Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak yang mahu supaya kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang bersempena nama bapanya  dikembalikan kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Najib Razak telah menyatakan dalam petikan akhbar menyeru pengundi Bandar Tun Razak  memulangkan kerusi itu kepada BN kerana itu nama bapa beliau.”

“Tetapi pada malam ini saya menyeru semua penjawat awam, semua pengundi Putrajaya untuk memulangkan kerusi Parlimen Putrajaya kepada jurubina Putrajaya sendiri iaitu Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. Terlebih dahulu calon Parlimen Segambut itu menyeru seluruh penjawat awam dan rakyat Malaysia supaya berani melakukan perubahan dengan keluar dari zon selesa. “Saya minta penjawat awam di Putrajaya tinggalkan zon selesa. Jangan takut kepada BN. 10 tahun lalu semasa PRU11 dan PRU12 ramai penjawat awam (Selangor & Pulau Pinang) takut. “Tapi bila berlaku perubahan, kebajikan mereka dijaga dengan baik. Hasil negeri dipulangkan – Bonus (dapat) tiga bulan (gaji). Banyak anugerah diberi seperti di Pulau Pinang. Kebajikan penjawat awam dijaga oleh (kerajaan) negeri,” katanya. Keberanian oleh penjawat awam katanya amat penting sebagaimana yang ditunjukkan sendiri oleh guru sekolahnya Cikgu Raja Kamarulzaman pada PRU yang lalu.

Semangat yang ditonjolkan gurunya itu telah banyak membawa perubahan besar termasuk menjadi perintis Speaker wanita pertama di Malaysia setelah gabungan pembangkang memenangi Selangor dan Pulau Pinang. “Beliau dihina oleh kawan-kawannya apabila berkempen untuk saya. Tetapi beliau berkata kepada saya jangan takut berkempen kerana beliau percaya kepada saya, ini satu contoh penjawat awam yang tidak takut melakukan perkara yang betul. “Saya percaya kita ada ramai lagi penjawat awam seperti ini yang sudah tidak tahan dengan rasuah di Putrajaya. “Saya percaya dengan dorongan ahli keluarga, penjawat awam akan keluar mengundi dan mengubah nasib Putrajaya dan Malaysia 9 Mei nanti!” katanya lagi.

Antara penceramah utama yang menjadi tumpuan malam tadi ialah Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad – Roketkini.com

Mahathir gegar Putrajaya

(04-05-2018)

Putrajaya malam tadi melakar sejarah apabila kawasan parkir bersebelahan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dibanjiri ribuan hadirin bagi mendengar amanat tokoh utama Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad. Meski kawasan tersebut basah dan berbecak, orang ramai terus berpusu-pusu memenuhi ruang hadapan pentas utama seawal jam 8.30 malam sebelum majlis bermula kira-kira jam 9.00 malam. Apa yang membanggakan, gelombang kebangkitan rakyat bersejarah ini dihadiri segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dan sebahagian besar merupakan golongan muda dan teruja.

Antara barisan tokoh utama yang menyampaikan ucapan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, calon-calon HARAPAN Parlimen Putrajaya Dr Samsu Adabi; Hannah Yeoh (Segambut), Dr Dzulkefly Ahmad (Sungai Besar), Anthony Loke (Seremban) dan pemimpin-pemimpin HARAPAN Wilayah Persekutuan dengan penampilan khas Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. Dalam ucapannya dihadapan sekitar 5,000 hadirin dan lebih 40,000 tontonan secara langsung di Facebook, Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kagum kepada pengundi di Putrajaya. “Saya hairan, saya ingat orang Putrajaya takut. Saya tak sangka begini ramai hadir untuk mendengar penerangan Pakatan Harapan.”

“Saya yakin tuan puan bukan saja datang untuk mendengar syarahan tapi juga untuk tunjukkan rasa tanggungjawab terhadap nasib masa depan negara kita,” katanya. Pengerusi HARAPAN itu turut menyindir calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor.“Memang di sini banyak duit dihambur Tengku Adnan. Sejak jadi Setiausaha Agung UMNO, begitu kaya sekali…Daripada mana datang duit itu?” soalnya. Di akhir ucapannya Mahathir melahirkan rasa gembira dengan jumlah kehadiran yang memberangsangkan. “Saya gembira lihat jumlah yang besar begini. Saya gembira!”

“Saya yakin (PRU) 9 Mei ini kita tumbangkan kerajaan kleptokratik yang telah samun berbilion-bilion. Kita akan ganti kerajaan kleptokratik dengan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya lagi. – Roketkini.com

Dr M to deliver special address on eve of GE14

(04-05-2018)

The 14th General Election. Pakatan Harapan chairperson Dr Mahathir Mohamad will be delivering a special address to Malaysians on May 8 – the eve of polling day – at 10pm in Langkawi. Bersatu youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said Mahathir’s speech will be also be aired live on Facebook and Harapan aimed to reach out to some 10 million voters nationwide. “At the same time, at all the 222 parliament seats, there will be mega ceramahs. At 10pm, all of the ceramahs will be halted to make way for Mahathir’s special address,” he said during a joint press conference with Mahathir at the Perdana Leadership Foundation in Putrajaya today.

Mahathir, meanwhile, said he believes that BN would have reasons to be frightened by his announcement today. “And of course the government will think of ways to stop us from reaching the people. “That has been the way of the BN government,” Mahathir claimed. Mahathir also reiterated that the sign of fear towards him could be seen as even his photos on Harapan’s campaign posters were cut out by the Election Commission. “So this one we’re going to make full use of the social media and we want to reach 10 million people. 10 million voters,” he stressed. When asked his views about Harapan’s campaign so far, Mahathir noted there has been mounting interests as the number of crowds who attended their rallies had swelled up to 40,000 in certain areas. “Before parliament was dissolved we would expect four to five thousand people, but now the figures had gone up to 20,000, 25,000 and in Kuantan, there were 40,000 people who came.”

He added that the large turnout was also despite various attempts to restrict Harapan from holding their campaigns.

倪可敏指落后马袖强2000票,选情告急!

(4-5-2018)

距离投票日还剩下约6天,希盟安顺国席候选人倪可敏指本身目前仍落后国阵候选人拿督斯里马袖强2000票,选情告急!倪可敏今晚在安顺市中心行动党「木兰之夜」座谈会上表示,

根据最新选情,他还落后马袖强约2000票,主要是受到4大因素影响。他指出,第一是伊党在安顺插上一脚搅局,其次是对手国阵太有钱及砸钱、不排除选民贪小便宜收取金钱投对手及非法赌博集团。

他为此呼吁安顺选民要有21世纪的思维及全球性的视野,千万不要为了眼前的利益,作出典当国家及下一代子孙未来的行为。倪可敏也说,他在安顺张掛了2500张横幅,惟上午张掛后晚上就遭人拆除,他质疑是国阵的杰作。

此外,今晚的「木兰之夜」主要邀请行动党女性青年前来演讲,同时也有音乐表演团为出席者带来耳目一新的拉阔演奏,吸引逾1000名市民驻足聆听。

Rafidah, Daim and Mahathir to storm Malacca this Friday

(03-05-2018)

14th General Election. Malacca PKR chief Shamsul Iskandar Md Akin has announced that former Umno ministers Rafidah Aziz and Daim Zainuddin will be attending a Ceramah Perdana in Malacca this Friday. Rafidah Aziz was the former Minister of Trade and Industry from 1987 to 2008 while Tun Daim Zainuddin was the former Finance Minister of Malaysia from 1984 to 1991. They will be joining Pakatan Harapan chairperson Dr Mahathir Mohamad for the night programme at the state seat of Bukit Katil, previously known as Bukit Baru.

“I managed to speak to Daim’s son and insya Allah, he will join us on May 4 (Friday) in the programme with Mahathir. “And I don’t know whether I can say this yet, but Rafidah will also be joining us that night,” Shamsul said to applause from a crowd of 250 at a ceramah in Ayer Keroh tonight. Rafidah was the international trade and industries minister and Daim the finance minister during Mahathir’s premiership. Known as the ‘Iron Lady’, Rafidah has been critical of the government in recent months. Daim, who kept relatively quiet before, has begun to appear on the campaign trail for Harapan. While campaigning for Lembah Pantai candidate Fahmi Fadzil tonight, he said he made the decision due to the government’s insistence on bulldozing the redelineation report and Anti-Fake News bill through Parliament. Shamsul is Harapan’s candidate for the Hang Tuah Jaya (previously Bukit Katil) parliamentary seat, where he will defend his incumbency against former Malacca chief minister Mohd Ali Rustam.

Ayer Keroh and Bukit Katil are state seats under Hang Tuah Jaya.