劲爆 !爆料!再爆【首相】惊人消息!(内附视频)

(20-6-2017)

劲爆 !爆料!再爆【首相】惊人消息!(内附视频)

人民公正党班登国会议员拉菲兹计划下周爆料,揭露捷运工程如何与一马发展公司(1MDB)的关系,更扬言首相拿督斯里纳吉夫妇会为了此事「发烧」。

捷运新路线昨日开通,纳吉夫妇与内阁部长们出席了隆重的开通仪式,场面热闹,不过,拉菲兹昨晚在希望联盟「爱马来西亚,反盗贼统治」讲座上就说,他给纳吉夫妇「机会」尝试乘坐捷运。

「先给他们机会,因为他们每个星期都哭到眼睛红肿,所以在这个星期,先给纳吉和罗丝玛乘搭捷运,能乘搭多少次就多少次。」

他放话说,自己在下周将谈捷运捷运到底如何也与一马发展公司有关。

「这个星期,先让他们享受,因为下星期,他们将因为捷运和国家基建公司与一马发展公司扯上关系的问题,而发高烧。」

打菲兹也是公正党副主席,他准备揭发此事,是要响应纳吉讥讽「加影行动」的言论。

「纳吉说,这(捷运开通)才是真正的加影行动,有人问我要否响应。我说没关系,让他们先享受一个星期。」

PANAS! BERAPI Najib kena dengan Tun Mahathir! DEDAK Perompak Bugis!

(12-6-2017)

PANAS! BERAPI Najib kena dengan Tun Mahathir! DEDAK Perompak Bugis!

Tun Mahathir ajak Gen Y mengundi, singkir ‘kerajaan kleptokrat’ Najib

KUALA LUMPUR, 24 MEI: ‘Semuanya sama’. Mungkin itu tanggapan sebahagian rakyat Malaysia khususnya golongan muda atau Gen Y terhadap politik.

Akibatnya, sebahagiannya mengambil keputusan memilih untuk tidak mengundi kerana berasakan politik itu membosankan.

Namun, keputusan untuk tidak mengundi hanya boleh menyebabkan situasi ekonomi dan politik negara menjadi mundur dan tidak stabil.

“Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.

“Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib. Najib menang; semua kalah,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam tulisannya di blog beliau baru-baru ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menegaskan, perubahan dalam negara ini hanya boleh tercapai dengan gandingan orang muda dan ‘lama’.

Oleh yang demikian, penglibatan golongan muda atau Gen Y dalam politik amat penting demi masa depan negara yang lebih baik.

“Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka,” kata Dr Mahathir lagi.

Menurut beliau, tanpa penglibatan golongan muda, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menang.

“Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama.

“Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah. Bermakna penerima dedak akan menang. Bermakna cash akan terus jadi King,” katanya lagi. –Roketkini.com

Melayu-UMNO patut bimbang kalau Najib kekal PM – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 3 MEI: UMNO dan orang Melayu sepatutnya bimbang apabila Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri, dab bukannya jika Lim Kit Siang mengambil alih jawatan tersebut.

Kenyataan tersebut dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini.

“Rekod Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.

“Sebaliknya rekod DAP di Pulau Pinang tidak seburuk Kerajaan BN di pusat,” ujar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Menurut beliau kenyataan Najib bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO tewas dalam pilihanraya akan datang adalah tidak berasas sama sekali.

“Kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

“Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi,” jelas beliau.

Sebaliknya ujar Tun Mahathir, Najib Razak sendiri yang telah membuat perjanjian ketenteraan dengan China.

“Kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.” tegasnya.

Kenapa Melayu boleh sokong MCA?

“MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu.

“Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu,” tambah beliau lagi.

Mahathir turut mempersoalkan bagaimana orang Melayu dan UMNO masih tidak membantah walaupun MCA yang sebenarnya menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.

“DAP adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India.

“Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia,” tegas beliau. – Roketkini.com

Keindahan Bulan Ramadan : Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming (DAP) dijemput Berbuka Puasa di masjid, beri sumbangan kepada masjid & beli baju raya kepada kanak-kanak Islam. Keharmonian yang cukup cantik, negaraku kita bina semula!

(11-6-2017)

Keindahan Bulan Ramadan

Keindahan Bulan Ramadan : Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming(DAP) & ADUN Pokok Assam Teh Kok Lim dijemput berbuka puasa di masjid, beri sumbangan kepada masjid & membeli baju raya kepada kanak-kanak beragama Islam. Inilah keindahan ajaran Islam sebenar yang maha penyayang & pemimpin yang berkhidmat & berbakti untuk semua. Negaraku kita bina semula! 👍🏼