PANAS! Menteri BN Kantoi bila TAK boleh jawab soalan indeks Rasuah oleh Ahli Parlimen Taiping. Sebarkan!

(10-8-2017)

PANAS! Menteri BN Kantoi bila TAK boleh jawab soalan indeks Rasuah oleh Ahli Parlimen Taiping. Sebarkan!

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Lagenda 1MDB

1. 1MDB bukanlah dana kekayaan sepertimana yang diwar-warkan. Selain daripada RM1.0 juta yang disumbangkan oleh Kerajaan, yang lain daripada RM 42,000,000,000 (42,000 juta) itu adalah wang yang dipinjam. Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ianya adalah liabiliti yang dikenakan ke atas 1MDB dan jika ianya gagal Kerajaan perlu membayar balik faedah dan pokok pinjaman. Jumlahnya adalah begitu besar dan jika Kerajaan tidak mampu membayarnya Kerajaan boleh jatuh bankrap. Ini adalah apa yang telah berlaku kepada Greece.

2. Kemungkinan ini berlaku membebankan pengurusan 1MDB dengan tanggungjawab yang berat dan menunjukkan kecuaian pengawasan oleh pihak Kerajaan. Dan dengan pantas sekali telah jelas kelihatan bahawa eksekutif dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka secara serius.

3. Shahrol, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB meminjam RM5.0 bilion daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah.

4. Pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi. Dalam satu kes Goldman Sachs telah dibayar komisen 10% untuk mendapatkan pinjaman dengan faedah 5.9%. Ini bermakna bahawa 1MDB hanya mendapat 90% daripada pinjaman tetapi perlu membayar faedah ke atas 100%. Ia adalah sama juga untuk pokok pinjaman.

5. Wang ini kononnya digunakan untuk membeli loji janakuasa dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesen-lesen untuk beberapa loji janakuasa ini hampir akan tamat. Jika pembelian telah ditangguhkan sehingga tamat tempoh lesen, harga pembelian akan menjadi kurang daripada harga pasaran.

6. Tetapi pengurusan seolah-olah tidak kisah untuk mendapatkan harga yang terbaik. Akibatnya apabila loji janakuasa ini dijual kepada orang Cina, 1MDB mengalami kerugian lebih daripada RM1.0 bilion.

7. Terdapat dua kes yang lain di mana Ketua Pegawai Eksekutif Shahrol telah bertindak tanpa kelulusan pengarah 1MDB. Dia telah memeterai usaha sama (JV) dengan Petro Saudi sebelum dilakukan “due diligence” yang intensif dan wajar. Kemudian dia melabur USD1.0 bilion dalam JV tersebut, juga tanpa kelulusan Lembaga.

8. Pelaburannya begitu besar dan ia memerlukan kajian “due diligence” yang menyeluruh dan perinci sebelum ianya dapat dibentang untuk mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Ketua Pegawai Eksekutif sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk melabur jumlah wang yang begitu besar. Tetapi ini adalah apa yang dia lakukan.

9. Tidak dapat dibayangkan bahawa dalam tiga ketika Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrol, akan bertindak tanpa mengikuti peraturan syarikat. Dalam Memorandum Syarikat Seksyen 117 dinyatakan bahawa semua hal ehwal syarikat itu mesti diluluskan oleh Penasihat 1MDB, iaitu oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

10. Walaupun Shahrol mungkin cukup berani untuk bertindak tanpa kelulusan pihak Lembaga, tidak dapat dibayangkan bahawa beliau akan bertindak tanpa kelulusan Najib. Tanggungjawab bagi tiga tindakan yang dilakukan oleh Shahrol sudah semestinya telah dibuat selepas, atau atas arahan Najib, Penasihat syarikat. Jika tidak, dia akan telah dimarahi dan mungkin dipecat oleh Najib.

11. 1MDB tidak dapat membayar faedah sejumlah RM2.0 bilion bagi pinjaman. Ia terpaksa meminjam untuk membayar. Pinjaman kini telah meningkat kepada RM50 bilion mungkin kerana pinjaman berikutan. Peningkatan dalam jumlah pinjaman ini dicatitkan dalam laporan PAC.

12. Kemudiannya dilaporkan bahawa Najib mempunyai USD681,000,000, bersamaan dengan RM2.6 bilion Malaysia di dalam akaun peribadi rahsia beliau di Ambank. Tiada Perdana Menteri Malaysia harus mempunyai wang begitu banyak di dalam akaun peribadi. Beliau harus menolak sebarang pemberian sedemikian. Jika sekiranya ia bukan suatu jenayah, ianya adalah salah dari segi moral.

13. Pada mulanya Dato Sri Najib telah menyangkal kebenaran laporan itu. Beliau berkata beliau tidaklah begitu bodoh sehingga sanggup meletakkan wang di dalam akaun peribadinya. Tali barut beliau semuanya melaung-laung kata-katanya.

14. Kemudiannya beliau mengakui bahawa beliau memang mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun beliau, tetapi ianya adalah hadiah. Kemudian beliau menjelaskan bahawa ianya adalah sumbangan dari Arab oleh kerana tindakan beliau terhadap I.S. dan minat beliau terhadap Islam.

15. Kemudiannya Arab tersebut menjadi seorang putera dan seterusnya Allahyarham Raja Saudi.

16. Tiada satu pun penjelasan beliau boleh dipercayai. Tiada siapa yang akan memberi jumlah wang sebesar ini kepada sesiapa pun walaupun beliau pernah melakukan sesuatu untuk Islam atau bagi perjuangan-perjuangan yang lain. Apa yang dipercayai adalah wang ini datangnya dari 1MDB, satu-satunya sumber wang begitu banyak yang boleh diakses oleh Najib. Sudah semestinya beliau menafikannya tetapi beliau tidak mempunyai sebarang bukti berdokumen untuk membuktikan bahawa wang itu tidak daripada 1MDB.

17. Kemudiannya IPIC yang telah dilantik sebagai penjamin bagi pinjaman untuk 1MDB membuat kenyataan kepada pihak berkuasa di London bahawa wang sejumlah USD1.7 bilion yang patut diterimanya tidak dibayar oleh 1MDB. Oleh sebab itu, mereka enggan membayar faedah berjumlah USD50 juta yang perlu dibayar ke atas pinjaman yang diambil oleh 1MDB.

18. 1MDB berkata ia telah pun membayar wang itu kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands).

19. IPIC menyatakan bahawa Aabar PJS(BVI) bukanlah sebuah syarikat kumpulan IPIC walaupun ia mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd. Syarikat ini tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB. IPIC membayangkan bahawa syarikat yang dibayar oleh 1MDB mungkin adalah sebuah syarikat palsu.

20. Terdapat saranan bahawa telah berlaku penipuan, dan Arul, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB mengakui bahawa mungkin wang telah dibayar kepada syarikat yang salah. Tetapi 1MDB menegaskan bahawa IPIC perlu membayar faedah USD50 juta itu kerana ia adalah penjamin pinjaman. 1MDB tidak akan membayar.

21. Seseorang penjamin boleh dibertanggungjawabkan untuk membayar jika 1MDB adalah benar-benar tidak mampu membayar. Tetapi penjamin tidak diwajibkan untuk membayar hanya kerana 1MDB enggan membayar. Selain itu, IPIC sebagai penjamin tidak dibayar wang sejumlah USD1.7 bilion yang perlu dibayar.