Kerajaan wajib pulihkan skim susu & sarapan pagi percuma untuk murid-murid miskin dengan SEGERA

Kenyataan Media : –

Kerajaan wajib pulihkan skim susu & sarapan pagi percuma untuk murid-murid miskin dengan SEGERA

1. Kerajaan BN hari ini digesa memberi peruntukan memulihkan skim bekalan susu & sarapan pagi percuma yang ditawarkan kepada golongan murid-murid sekolah miskin supaya kesejahteraan pelajar-pelajar miskin tidak terjejas.

2. Dalam bajet tahun ini, banyak peruntukan berkaitan kebajikan rakyat serta pendidikan telah dipotong, akibatnya kebajikan pelajar-pelajar termasuk golongan mahasiswa terjejas dengan teruk.

3. Sejak tahun 2015, Peruntukan kepada Universiti awam tempatan secara umum telah dipotong sebanyak 30%, ia termasuk UKM, UTM, UM & UPM. Potongan peruntukan secara ketara bukan saja menjejaskan mutu pendidikan tinggi negara, ia juga menggugat usaha negara kita untuk menjadi pusat pendidikan tinggi serantau sebagaimana yang termaktub dalam pelan Pembangunan Induk Pengajian Tinggi. Kesan ini dapat dilihat dari pengumuman Thames University World ranking pada bulan Mac tahun ini dimana TIADA sebuah Universiti awam negara kita disenarai dalam kedudukan TOP 50 di benua Asia sebaliknya Nasional University of Singapore( NUS) berjaya menduduki tempat pertama buat kali pertama.

4. Akibat salah urus tadbir oleh kerajaan BN, rakyat kini merasai baham dan yang terbaru adalah skim susu & sarapan pagi percuma murid-murid miskin mengalami masalah besar kesuntukan peruntukan sehingga pihak sekolah TIDAK ada duit untuk membeli makanan untuk pelajar2 miskin.

5. Memandangkan keadaan semakin meruncing, saya dengan ini menggesa kerajaan BN dengan segera memberi peruntukan yang mencukupi supaya memulihkan skim sarapan pagi percuma kepada pelajar-pelajar miskin dengan SEGERA .

6. Sebagai pemimpin Pakatan Harapan yang penuh bertanggungjawab, saya dengan ini menghulurkan sumbangan peribadi memberi tajaan kepada SK Sri Kepayang Ipoh selama 2 tahun supaya pihak sekolah dapat membekalkan makanan berkhasiat yang mencukupi untuk murid-murid sekolah tersebut yang miskin dan amat perlukan bantuan.

( Gambar) : YB Nga Kor Ming bersama pasukan khidmatnya menghulurkan sumbangan kepada SK Sri Kepayang di Ipoh sebagai penaja program sarapan pagi percuma murid-murid miskin selama tempoh 2 tahun.

Sekian, terima kasih.

Tarikh : 21/4/17

YB Nga Kor Ming

Pengerusi DAP Perak/ADUN Kepayang