Hadiah istimewa Hari Raya buat Pakcik Yusof, Impian Perak DAP bina bumbung baru utk keluarga OKU di Taiping

Kenyataan Media :

23/6/17

Hadiah istimewa Hari Raya buat Pakcik Yusof, Impian Perak DAP bina bumbung baru utk keluarga OKU di Taiping

Pakcik Mohd Yusof, berumur 69 tahun adalah seorang OKU warga emas yang tinggal di Lorong 2, Aulong Lama, Taiping. Bumbung rumah papan beliau telah bocor sekian lama, walaupun beliau cuba mendapat bantuan dari pelbagai agensi & jabatan kerajaan, usaha & impian beliau untuk mendapat bumbung baru tetap tidak kesampaian.

Mengetahui masalah beliau, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berserta dengan ADUN Aulong Leow Thye Yik dan ADUN Pokok Assam Teh Kok Lim telah melawat beliau & hari ini membawa berita gembira kepada beliau sekeluarga di mana DAP Perak dibawah program ” Impian Perak” akan memberi sumbangan untuk menukar bumbung rumah Pak Yusof, berita baik ini umpama Hadiah Hari Raya Aidilfitri yang paling bermakna kepada Yusof sekeluarga kerana mereka tidak perlu lagi khuatir terhadap kebocoran bumbung khususnya pada musim hujan.

Pak Yusof memberitahu wartawan bahawa beliau sekeluarga amat berterima kasih kepada DAP dan beliau berasa terhutang budi kepada wakil rakyat DAP yang amat prihatin terhadap masalah rakyat.

Kerajaan Negeri perlu menangani masalah kemiskinan

Kor Ming yang juga merupakan Pengerusi DAP Perak berkata, mengikut laporan Jabatan statistik Jabatan Perdana Menteri, Perak kini merupakan negeri kedua paling miskin di seluruh negara, 81% keluarga di negeri ini mempunyai pendapatan purata bulanan yang kurang dari paras kebangsaan iaitu RM6145, manakala terdapat lebih 20% rakyat di negeri ini mempunyai pendapatan kurang dari RM2,000.

Laporan Jabatan Statistik juga menunjukkan negeri Perak kini mempunyai jumlah keluarga miskin atau berpendapatan rendah yang paling ramai di seluruh negara. Sebanyak 122,000 buah keluarga di negeri ini merupakan keluarga berpendapatan amat rendah & memerlukan bantuan. Ini menunjukan kerajaan negeri BN yang ada pada hari ini telah gagal dalam meningkatkan pendapatan rakyat khususnya kos sara hidup kian membebankan selepas kerajaan BN melaksanakan cukai GST.

Kor Ming menyeru kerajaan negeri mencari jalan untuk mengatasi masalah kemiskinan yang sedang dihadapi oleh rakyat. Kerajaan negeri perlu lebih pro-aktif dalam membantu rakyat mencari jalan menambah pendapatan dan bukan bergantung kepada bantuan semata-mata.

( Gambar) :

SEBELUM : ADUN Aulong Leow Thye Yik menunjukkan bumbung rumah Pak Yusof yang sudah bocor dan amat teruk.
SELEPAS : Pak Yusof amat gembira setelah impian Perak DAP membantu beliau menukar bumbung rumah yang bocor bagaikan hadiah Hari Raya yang cukup bermakna. Dari kiri Megam, Kok Lim, Kor Ming & Thye Yik.