PM : Kapal mewah Equinimity tidak buka untuk kunjungan orang ramai

(11-08-2018)

Kapal layar mewah, Equanimity, tidak akan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati bagi mengekalkan nilai dan memelihara keadaan kapal itu, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata kapal berkenaan akan dijual dengan secepat mungkin memandangkan kos penyelenggaraannya sahaja menelan belanja kira-kira RM2 juta sebulan. “Kita perlu menjaga kapal layar itu supaya berkeadaan baik. Tetapi jika anda membenarkan beratus-ratus orang datang dan melihat kapal layar ini ia mungkin akan mengalami kerosakan dan memberi satu gambaran tidak baik,” jelas beliau.

“Pembeli mungkin tidak mahu membeli sebuah kapal yang dipamerkan sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di atas kapal itu, yang dianggar bernilai RM1 billion, yang kini berlabuh di Boustead Cruise Centre, di sini hari ini. Kapal layar mewah itu, dipercayai mempunyai hubung kait dengan seorang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Low Taek Jho, boleh pulang ke Malaysia dan menuntut Equanimity jika merasakan dirinya pemilik yang berhak ke atas kapal pesiar mewah itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Satu-satunya orang yang mahu ambil tindakan undang-undang adalah Low. Untuk ambil tindakan undang-undang, dia boleh datang dan buktikan pada kita (kapal itu) kepunyaannya,” ulas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

“Ia sangat mahal, kami mahu tahu dari mana dia dapat wang dan bila kita jejak wang itu, akhirnya kita akan dapati ia dari 1MDB,’ katanya dalam sidang media di Pelabuhan Kelang, selepas menaiki kapal itu hari ini. Beliau bersama-sama sekumpulan pengiring – termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu – membuat lawatan itu selepas mendapat kebenaran mahkamah semalam. Mahathir mendakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah memberi jaminan kapal itu memang milik Low tetapi dibayar menggunakan wang daripada 1MDB. “Mereka (DOJ) kata jika kita mahu simpannya, kita berhak kerana ia milik kita, dibeli menggunakan wang rakyat yang dicuri dan apabila kita akhirnya menjual (Equanimity), kita berhak ke atas hasilnya. Tetapi Low dakwa kapal itu miliknya. Dia boleh pulang dan tuntutnya,” katanya. Pada 7 Ogos lalu, Low menerusi peguamnya dilaporkan berkata, Malaysia mendapatkan Equanimity “secara tidak sah” daripada pihak berkuasa Indonesia serta mencabuli undang-undang negara itu dan keputusan mahkamah.

Di samping itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi memburu ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. “Siasatan terhadapnya berjalan macam biasa,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan usaha memburu Jho Low. Blog Sarawak Report sebelum ini melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan satu laporan berita berhubung penahanan Jho Low di China. Bagaimanapun, laporan itu tidak mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak mengenai penahan berkenaan. Pasport Jho Low dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun lepas atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1MDB. Terdahulu, Mohamad Fuzi mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat kapal layar mewah penuh kontroversi, Equanimity, yang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre di sini.

Sementara itu, ditanya mengenai kes 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) disyaki terlibat dalam penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM3.5 juta, Fuzi menjawab ia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM). Beliau berkata pihaknya tidak terlibat dalam menjalankan siasatan kes berkenaan. “Individu yang terlibat juga bukan anggota polis kita, itu anggota polis tambahan,” katanya. Pada Rabu, seramai 17 pengawal keselamatan JPM direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta. Antara yang direman adalah seorang pegawai keselamatan gred 52 dan selebihnya pengawal keselamatan gred 11 hingga 38.

Prime Minister confirmed Equinimity bought by 1MDB funds

(11-08-2018)

Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has arrived at the Boustead Cruise Centre here to inspect the Equanimity. He has boarded the RM1billion superyacht Equanimity, which is involved in the 1MDB scandal. He arrived at the Port Klang jetty where the yacht is docked at around 11.40am, and was promptly escorted to the docking bay. Also present were Finance Minister Lim Guan Eng, Defence Minister Mohamad Sabu, Deputy Defence Minister Liew Chin Tong, Armed Forces chief Tan Sri Jen Zulkifli Zainal Abidin, Navy chief Admiral Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Inspector-General of Police Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

An entourage of 13 people were allowed onto the yacht, including Mahathir, Defence Minister Mohamad Sabu, Finance Minister Lim Guan Eng and Defence Deputy Minister Liew Chin Tong, after obtaining the court’s permission yesterday. The tour took around an hour, after which they would give a briefing to the press. The superyacht linked to fugitive businessman Low Taek Jho, also known as Jho Low, and the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal was originally seized by Indonesian authorities in Bali on Feb 28 on the application of the US Department of Justice (DOJ). The yacht has since been the subject of a legal battle between the US Department of Justice (DOJ) and and the yacht’s registered owner Equanimity (Cayman) Ltd. The firm is allegedly owned by Penang-born financier Low Taek Jho through intermediaries. The DOJ seized the yacht and asserted ownership of it on behalf of Malaysia and 1MDB because money belonging to the country was used to purchase it.

The US DOJ’s suit to seize the yacht is one of 30 civil forfeiture suits the agency has filed to seize properties allegedly bought through funds misappropriated from 1MDB, which had been channelled through the US financial system. Indonesian authorities handed over the vessel to Malaysian marine police off Batam island on Monday (Aug 6). The Equanimity arrived in Port Klang the following day where it was docked at the Cruise Centre. On Monday, the DOJ in a filing to the California Central District Court proposed a suspension of all proceedings in the department’s legal actions regarding the vessel. This was to allow the US government and any interested claimant the opportunity to inquire of Malaysia through formal channels what its intentions are with respect to the yacht. The Prime Minister and the other officials are expected to be briefed here on the Equanimity and its seizure before boarding the superyacht for an inspection. The media have been told that they will not be allowed to board the vessel.

US authorities have confirmed that superyacht Equanimity was purchased by Taek Jho Low using funds stolen from 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad said today. “They have identified this boat as being bought with stolen money from 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and it belonged to Jho Low. They have documents on this and said if we wanted to keep it, we are entitled to it because it was bought with our stolen money,” the Prime Minister said after visiting the Equanimity in Pulau Indah. Dr Mahathir added that the seizure of the Equanimity did not violate any ongoing investigations by the United States authorities.

Perak Berjaya Menarik Pelaburan Berjumlah RM1.5 bilion

(11-08-2018)

Perak berjaya menarik pelaburan sejumlah RM1.5 bilion melalui projek pembangunan Bandar Integrasi Sarung Tangan di Mukim Bidor. Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Kossan Rubber Industries Berhad hari ini merupakan satu usaha baik bagi merancakkan ekonomi negeri kelak. “Satu perjanjian antara Kossan dan PKNP yang telah memilih daerah Batang Padang sebagai lokasi pelaburan terbaru mereka dengan perbelanjaan RM1.5 bilion akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat adalah satu usaha yang baik,” katanya dalam satu sidang selepas menyaksikan majlis perjanjian kerjasama PKNP-Kossan Rubber Industries Bhd di Bangunan Darul Ridzuan.

Katanya lagi, Kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama dan memberi ruang kepada pelabur tempatan yang juga bertaraf dunia untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dalam usaha meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat. Terdahulu Kossan Rubber Industries Bhd akan membangunkan tanah perindustrian milik PKNP berkeluasan 824 ekar terletak di Mukim Bidor dengan pembinaan kilang sarung tangan getah akan memberi lebih 6,000 peluang pekerjaan kelak. Syarikat ini juga merupakan sebuah Syarikat Pembuatan Sarung Tangan yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia sejak tahun 1996 dengan penghasilan produk 100 peratus untuk pasaran eksport melebihi 190 buah negara di seluruh dunia. Sementara itu pada majlis yang sama turut berlangsung majlis tandatangan Perjanjian kerjasama di antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan ECK Sdn Bhd untuk pembinaan 321 unit rumah mesra rakyat di Tronoh.

Menteri Besar Ahmad Faizal juga menjelaskan bahawa projek pembinaan di kawasan perumahan seluas 25 ekar di kawasan Tronoh melibatkan pembinaan rumah 1200 kaki persegi termasuk anjung akan dijual pada harga RM90,000 bagi setiap unit. “Projek ini adalah satu perkara yang dinantikan oleh rakyat walaupun ia satu projek kecil hanya melibatkan 321 unit rumah namum saya ingin melihat keupayaan pihak pemaju untuk melaksanakannya jika ia dapat dibina dalam masa yang ditetapkan,” katanya. Projek perumahan ini juga akan memberi keutamaan kepada pembeli yang terdiri daripada golongan sasar dan anak Perak sendiri. Perumahan berkonsepkan mesra pemilik seluas 750 kaki persegi ini dijangka siap dibina dalam tempoh masa satu tahun. Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan dasar perumahan rakyat baharu pada September ini khususnya untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata kajian menyeluruh akan dijalankan secepat mungkin agar harga minimun rumah kos rendah dapat diseragamkan memandangkan pendapatan golongan berpendapatan rendah (B40) bagi negeri ini lebih rendah berbanding semenanjung. “Kita akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Perumahan Tempatan Negeri bagi membincangkan perkara itu agar harga rumah mampu milik dapat diseragamkan sebelum kita umumkan kelak. Jika harga minimum ini ditetapkan maka para pemaju tidak boleh menaikkan harga rumah sesuka hati,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat Samarahan di sini hari ini. Zuraida berkata, melalui polisi baharu itu, spesifikasi sebuah rumah harus mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi.

“Selain keluasan, kementerian juga mahu pemaju yang mengendalikan projek itu nanti menyediakan kemudahan yang sempurna seperti surau, tadika dan taman permainan yang boleh menampung kapasiti penduduk di taman perumahan itu,” jelas beliau.

Tun M Assures Orang Asli Over Land Encroachment Issue

(11-08-2018)

Two hundred and twenty Orang Asli of the Temiar community from Kelantan today met Tun Dr Mahathir Mohamad and came away assured that the Prime Minister will help resolve a problem associated with their customary land. The residents of 17 settlements in Gua Musang had come in five buses to seek Dr Mahathir’s help to find a solution to the problem of their customary land being encroached by several companies and used for durian farms since Feb 18, so much so that they had to erect barricades to keep away the intruders.

Five spokesmen for the Orang Asli handed a memorandum and explained their problem to Dr Mahathir. Among them were Jaringan Kampung Wilayah Tanah Adat Pos Simpor chairman Nur Mohd Shafiq Dendi Abdullah and Association for the Protection of the Natural Heritage of Malaysia (Peka) president Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. Nur Mohd Shafiq Dendi said that during their meeting, Dr Mahathir asked where the Orang Asli were who had come to see him and when told that they were outside the Perdana Putra building, he expressed the desire to meet all of them. He then came out to the compound of the building and spoke with the Orang Asli. Dr Mahathir said he sympathised with the plight of the Orang Asli who had to erect barricades to prevent their land from being encroached by outsiders who worked the land illegally.

“I listened to their problem. The Pakatan Harapan government sympathises with them and is prepared to help find a solution to the issue. I can only say that I will help them by negotiating with the Kelantan PAS government because land comes under the jurisdiction of the state government which were governed by PAS,” he said to reporters after meeting the 220 Orang Asli residents. Prime Minister Dr Mahathir said the government would also look at the issue from the legal angle to find the best immediate solution to the issue that had been plaguing these residents for a long time. “The positive sign is that Tun (Dr Mahathir) is really concerned and we can bank on the Prime Minister to help resolve the issue immediately,” said Nur Mohd Shafiq Dendi.

Shariffa Sabrina said the spirit displayed by the Prime Minister, who went to the extent of coming to the compound of the Perdana Putra building to meet the Orang Asli, boosted their confidence that the issue could be resolved. The activist who strongly condemned illegal logging said she was confident that the Prime Minister understood the plight of the Orang Asli residents whose land had been encroached.