Riza Aziz dipanggil ke SPRM untuk kali ketiga berturut-turut

(05-07-2018)

Riza Aziz akan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lagi esok, buat kali ketiga berturut-turut. Riza, 48, disoal siasat selama 9 jam semalam, diikuti enam jam hari ini. Namun, itu masih belum cukup. Sumber SPRM memberitahu Riza akan dipanggil sehingga Jumaat sekiranya diperlukan. “Ya, SPRM akan merekod keterangannya lagi esok. Akan bersambung (hingga Jumaat) jika perlu,” kata sumber berkenaan.

Riza Aziz, anak tiri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas enam jam beliau memasuki bangunan itu di Putrajaya pada jam 3.05 petang semalam. Anak lelaki daripada perkahwinan pertama Datin Seri Rosmah Mansor itu tidak bercakap kepada media. Anak tiri Najib itu kini disoal siasat SPRM berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas didakwa menghasilkan filem-filem Hollywood menggunakan wang dana tersebut. Riza menerajui Red Granite Pictures, syarikat produksi filem arahan Martin Scorsese The Wolf of Wall Street, yang turut dibintangi pemenang Oscar Leonardo DiCarprio. Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa bahawa AS$64 juta diseleweng dari 1MDB telah diberikan kepada Red Granite bagi mendanai kos penerbitan beberapa filem Hollywood.

Jumlah berkenaan dikatakan merupakan sebahagian daripada wang AS$230 juta yang didakwa diseleweng dari 1MDB. DOJ percaya bahawa wang itu dipindahkan ke dalam akaun yang dikawal oleh Riza. Syarikat berkenaan menegaskakan pihak mereka tidak tahu apa-apa tentang dana yang diseleweng untuk mendanai filem terbitan mereka. Menurut DOJ, Riza sebelum ini mendakwa AS$94 juta dari dana 1MDB yang diterimanya adalah “hadiah”. Difahamkan, SPRM mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai hubunganya dengan Low Taek Jho, atau Jho Low. Riza mendiamkan diri sejak namanya dikaitkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan ke atas 1MDB. Pada Mac, penerbit-penerbit filem “the Wolf of Wall Street” telah bersetuju untuk membayar semula AS$60 juta (RM242.4 juta) kepada kerajaan AS selepas filem itu didakwa dibiayai oleh wang yang dicuri dari dana 1MDB.

Mac tahun ini juga, CNN melaporkan bahawa Red Granite Pictures yang turut menghasilkan filem komedi berbajet besar “Daddy’s Home” dan “Dumb and Dumber To”, diminta supaya membayar wang itu secara tiga kali ansuran selama 12 bulan (mulai Mac), menurut dokumen yang difailkan dengan mahkamah daerah AS di California. Red Grabite dituduh menerima AS$64 juta (RM268 juta) sebagai sebahagian daripada AS238 juta (RM961 juta) yang didakwa dicuri dari 1MDB. DoJ percaya wang tersebut dipindahkan ke akaun yang dikawal oleh Riza. Anak tiri Najib itu dituduh mengguna wang dana 1MDB bagi membeli aset mewah dari Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan juga poster-poster filem. DoJ juga mendakwa Riza mendakwa AS$94 juta (RM380 juta) yang diterimanya adalah merupakan “hadiah”.

Secara keseluruhan, DoJ sedang cuba merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB. Siasatan 1MDB di Malaysia dibuka semula sebagai sebahagian daripada menifesto 11 hari kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad telah berjanji akan membuka semula dan menyiasat kes-kes seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, skandal 1MDB dan kes lain yang berkaitan dengan Najib. Awal hari ini, Najib didakwa atas tiga pertuduhan melakukan jenayah pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

张哲敏拨1万支持培元义跑 政府正着手处理承认统考

(30-6-2018)

金宝培元独中今早举行义跑筹募学校经费,候任克兰芝州议员张哲敏拨出1万令吉,身体力行支持培元义跑,支持独中,让华教在马来西亚发扬光大。

张哲敏由于必须出席吉隆坡的一场会议所以不克出席,由特别助理古海燕代表致词时作出该项宣布。

古海燕说独中每年都替国家栽培1万名毕业生,但是只有区区1000到2000名学生到国内私立大专升学。其余的都到国外升造,让国家白白流失了许多人才。

她表示希望联盟新政府将在最短的时间内着手处理承认独中统考文凭,让统考毕业生也能够在本地国立大学就读,把人才留在马来西亚。

“此外新政府也将实行制度化拨款,让独中每年都可以固定得到政府的年度拨款,时间一到,钱马上到。”

她指出新政府一旦实行制度化拨款再加上2008年当时民联政府实行的“以地养校”政策至今,将可以舒缓霹雳州内9所独中的财务状况和经费。

一同出席的有前克兰芝州议员曾福仔、培元独中董事长杨汉保、副董事长曾廷保、培元独中代校长刘婉冰、财政何祖光、州议员助理李蕙如、PSA工艺学院代表杨傔程和卢观英。

(图):古海燕宣布克兰芝州议员张哲敏拨出1万令吉,身体力行支持培元义跑。(左起)刘婉冰、何祖光、曾廷保、杨汉保、曾福仔、杨傔程和卢观英。
(图二):培元独中董事长杨汉保(中)颁发水果礼篮给克兰芝州议员代表古海燕(右)。左为培元独中代校长刘婉冰。

Bayi ditemui di peti sejuk pengasuh

(05-07-2018)

Adam Rayqal Mohd Sufi, Bayi lelaki berusia lima bulan itu dilaporkan hilang pada Selasa sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis di bahagian sejuk peti ais di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, lewat malam Selasa. Ibu dan bapa kepada bayi tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 10.37 pagi Rabu.

Ibu mangsa, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, ditemani ahli keluarga terdekat, disambut saudara mara dan rakan sekerja Farrah Madihah yang sudah menunggu di IPFN HKL sejak 9 pagi lagi. Difahamkan suami isteri itu akan melakukan proses pengecaman terhadap mayat bayi berkenaan sebelum bedah siasat dilakukan. Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan, turut hadir ke IPFN HKL pada jam kira-kira 15 minit kemudian untuk bertemu dengan ibubapa mangsa. Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat. Beliau berkata pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kematian bayi itu untuk mengenal pasti sama ada didera ataupun sebaliknya.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan bermula 9.40 pagi dan selesai 1 tengah hari mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah disebabkan ‘kecederaan di kepala akibat trauma objek tumpul’,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja sulung Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini semalam. Mengulas lanjut, Fadzil berkata hasil pemeriksaan menunjukkan bayi itu mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak kanan dan kesan retak di bahagian tempurung kepala sebelah kiri. Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, Selasa.

Bagaimanapun, polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira jam 11 malam, selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi Rabu, memaklumkan bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau. Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi ini, bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bapa mangsa, Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi, kelihatan keletihan namun tetap tabah ketika berdepan dengan orang ramai malah sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana turut serta mencari anaknya sejak dilaporkan hilang. “Kita mengharapkan yang terbaik dalam pencarian Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayang dia,” demikian kata bapanya, Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi. “Kepada semua rakyat Malaysia saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu dalam pencarian ini walaupun kita tahu…kita harapkan yang terbaik dalam pencariannya tetapi Allah lebih sayangkan dia, insya-Allah Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai pengebumian Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di Kuala Terengganu malam semalam.

Isteri beliau, Farrah Madihah Othman masih kelihatan sugul gagal menahan sebak dan menangis apabila mendengar suaminya mengucapkan kata-kata “Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga” hingga mengheret mereka berada di sekelilingnya turut sama mengalir air mata. Mohd Sufi Naief turut merayu agar orang ramai agar tidak menyebarkan gambar berkaitan mayat anaknya itu sebagai menghormati keluarga yang masih bersedih dengan insiden itu. Kira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk sekitar menghadiri pengembumian Allahyarham.

纳吉称起获11亿财务为礼物 张哲敏驳斥纳吉说法荒谬

(28-6-2018)

针对前首相纳吉称他的相关住处遭警方起获的逾11亿令吉的财务为礼物,霹雳行动党宣传局主任张哲敏直斥纳吉的说法荒谬,根本无法让人信服!

也是候任克兰芝州议员的张哲敏今晚在金宝新街场夜市和克兰芝服务队摆设流动服务柜台后发表文告说纳吉的说法和他解释26亿捐款门如出一辙,是他人毫无条件给予的捐款和礼物。

张哲敏说首相的权力庞大,可以决定政府颁发价值上亿的工程,也可以决定上万个官联公司的高职。倘若他人给予首相天文数字的捐款或礼物,而不要求任何回报完全不符合逻辑。

张哲敏也炮轰纳吉指警方11亿令吉的估价主观和不现实的说法。他说经警方的估价是由专业的估价师估算的价格,而且是以珠宝本身的原价估算。假如是根据市价估算,原本价值4亿4000万令吉的珠宝,真正的市价可增多50%至100%,即高达8亿8000万令吉。

张哲敏也挑战纳吉公开这11亿令吉“礼物”的赠送者和来源,以证明他的清白。他说纳吉至今依然无法明确指出26亿令吉捐款者的身份和出示捐款者的相关文件。

陪同出席的有克兰芝州议员特别助理古海燕、助理李蕙如和助理郑歆妤。

(图):张哲敏(坐左二)挑战纳吉公开这11亿令吉“礼物”的赠送者和来源。(坐左起)古海燕、郑歆妤和李蕙如。

欢迎敦马提议降低投票年龄 张哲敏:在野党应支持修宪

(22-6-2018)

针对首相敦马哈迪提议把马来西亚投票法定年龄从21岁降低至18岁,霹雳州民主行动党宣传局主任张哲敏表示欢迎。

他说纵观全球共有超过100个国家把投票年龄定在18岁。而马来西亚是全球少数9个把投票年龄定在21岁的国家之一,包括阿曼(Oman)、萨摩亚(Samoa)、托克劳(Tokelau)、东加(Tonga)、新加坡、科威特、泽西(Jersey)、喀麦隆和马来西亚。

也是候任金宝克兰芝州议员的张哲敏表示根据马来西亚1971年法定成年人法令,18岁为法定成年人年龄,在法律上不再视为未成年。

张哲敏表示既然18岁在法律上被视为成年人,他们理应被给予机会来决定领导国家的政府和政党。

他说为了推动马来西亚民主进程和让更多国人参与国家政策制定,他呼吁国阵支持希望联盟修改马来西亚联邦宪法,把投票年龄从21岁降低至18岁。

一同出席的有前克兰芝州议员曾福仔和克兰芝州议员特别助理古海燕、党员黄健胜和马绍伦。

(图):张哲敏(坐中)呼吁国阵支持希望联盟修改马来西亚联邦宪法,把投票年龄从21岁降低至18岁。(坐右起)古海燕、曾福仔、黄健胜和马绍伦。