Anwar bebas beberapa hari lagi

(11-05-2018)

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibebaskan beberapa lagi lagi, bukan hari ini seperti dilaporkan sebuah media sebentar tadi. “Saya hilang suara. Sudah perjelas pada Sinar yang salah dengar cakap saya – akan dibebaskan segera, dalam beberapa hari lagi. Tetapi kita harap hari ini,” kata anak Anwar, Nurul Izzah. Memetik Nurul, Sinar Harian sebentar tadi melaporkan Anwar “insya-Allah” akan dibebaskan hari ini. Nurul dipetik berkata demikian ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat Anwar dirawat. Akhbar itu juga melaporkan beberapa dokumentasi perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini juga berkata: “Bukan hari ini”. Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi menjelaskan “Pengampunan dan pembebasan adalah dua perkara yang berbeza”. Beliau juga memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat Anwar di pusat rawatan itu hari ini. Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar menafikan pertuduhan itu dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik. Beliau sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun depan. Sementara itu, Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan Anwar dilapor menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan. Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di situ seawal jam 12 tengah hari.

Mahathir hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong bersedia memberi pengampunan penuh diraja kepada Anwar, yang membolehkannya terus bergiat dalam politik.

Dr M jumpa Taib, PBB nilai semula kedudukan dalam BN

(11-05-2018)

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertemu dengan Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, menurut seorang pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata, mesyuarat itu turut dihadiri bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, di Kuala Lumpur. “Taib akan memanggil Ketua Menteri Sarawak Abang Johari sama ada hari ini atau esok untuk bertemu,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemimpin PBB itu tidak menolak kemungkinan membentuk gabungan di peringkat negeri, yang dirancang sebelum pilihan raya umum ke-14 untuk keluar BN jika Putrajaya ditawan Pakatan Harapan. “Kerajaan negeri yang bebas dari BN akan membawa idea agenda Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya. Katanya, Abang Johari akan memanggil mesyuarat tergempar pada Rabu depan dengan anggota parlimen BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan nasib mereka dalam BN. BN Sarawak terdiri dari empat parti iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP.

Widow Gurmit Kaur says “Karpal is smiling up there.”

(11-05-2018)

For Gurmit Kaur, the wife of the late veteran DAP leader Karpal Singh, May 10 this year is a very special day. “On this date, we changed the government. It has become historical, a new Malaysia was born on my birthday,” she said in a moving message on her Facebook. “I turned 70 on this date. This was the best birthday gift for me from Karpal because I know he has a hand in this victory,” she added.

“My inner sense tells me that if we won, it was not only with the hard work put in by the Pakatan Harapan and the rakyat but we certainly had a spiritual hand in the whole campaign.” Gurmit said God works in mysterious ways. From God’s hand, Karpal moved the nation on to form a new government. She said the country was Karpal’s passion and he made endless sacrifices, such as leaving to go back home and get blessings from God to see the country move on. On this, she was referring to Karpal’s untimely and tragic death on April 17, 2014, in a car accident in Kampar, Perak. “With his blessings, I joined in the GE14 campaign. I’m so overjoyed today that finally, his mission has been accomplished,” Gurmit said. According to her, Karpal had always said ‘We are dealing with animals. Only God can save us from the devil.’ She said this would not have happened without Karpal’s intervention from Heaven.

“May his soul rest in peace. Finally, his mission is accomplished. But for him to leave us to carry on his fight has created a big void in my life and the void will always remain. Today I’m a proud mother of not only five accomplished children but I’m also a proud Malaysian,” Gurmit said. She ended her Facebook post by asking the public to share her message because “Karpal is smiling up there”. On May 9, Pakatan Harapan, which Karpal helped to build, swept the country to power in a landslide victory that nearly decimated the BN and saw former prime minister Najib Razak toppled from his seat.

The new government has installed Dr Mahathir Mohamad, who ditched his former party Umno and formed Bersatu, which subsequently became Harapan’s ally and helped deliver a stunning knockout blow to BN’s 61-year rule.

HARAPAN, BN diberi tempoh hingga esok bukti miliki majoriti mudah

(11-05-2018)

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberikan tempoh sehingga esok kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri. Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata BN diberi masa sehingga pagi esok manakala PH sehingga 2 petang esok untuk membuktikan kedua-dua parti mempunyai 30 kerusi DUN.

“Mengikut laporan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakatan Harapan mempunyai 29 kerusi jadi Sultan Nazrin menawarkan pilihan pertama untuk pakatan itu menubuhkan kerajaan dengan syarat ada majoriti mudah 30 kerusi. “Bagaimanapun, pagi tadi pejabat Sultan menerima surat daripada BN memaklumkan mereka ada majoriti mudah iaitu 27 kerusi DUN BN dan tiga kerusi DUN PAS. “Daripada surat itu dinyatakan setuju tubuh satu kerajaan bersama BN. Bagaimanapun Sultan mahu kesahihan kandungan surat itu dan meminta BN membawa bukti dan sokongan 30 ADUN pagi esok,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta di sini hari ini. Untuk menubuhkan kerajaan negeri sesebuah parti memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ada. Mengulas lanjut, Mohd Annuar berkata sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat membuktikan mereka mempunyai majoriti mudah, Sultan Nazrin tidak akan menangguhkan pembentukan kerajaan petang esok. “Sultan perlu berpandukan perlembagaan,” katanya. Terdahulu, kepimpinan Pakatan Harapan negeri terdiri daripada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming; Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi; Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nor Manuty dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu mengadakan pertemuan dengan Sultan Nazrin.

Kesemua mereka memasuki perkarangan istana kira-kira 3.25 petang tadi dan keluar setengah jam kemudian. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu lalu, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjaya memenangi 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri, sementara Barisan Nasional 27 dan PAS (tiga).